Table of Contents
NOVEL PANTAI KASIH adalah Komsas SPM Tingkatan 4. Berikutnya ialah nota novel Pantai Kasih termasuk sinopsis, tema novel, plot, persoalan, watak perwatakan, nilai pengajaran dan gaya bahasa.
SINOPSIS NOVEL PANTAI KASIH
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
TEMA NOVEL PANTAI KASIH
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
Tabah menghadapi kematian anak perempuannya.
Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
PERSOALAN NOVEL PANTAI KASIH
Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.
Sikap lebihmementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yangtidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkanrawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk disekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin danstatusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memangtidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.
Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tanggamenggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam danminum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namunsikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorangyang pemilih.
Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.
Raiha bersetuju untukmelakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglahyang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjaditanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibatkemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untukmelakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.
Felecia mengaku kesalahannyaWalaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yangmenuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itudihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya keranatakut.
Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan.
Walaupun Raiha sudah mengetahuipunca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yangmembakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha redadengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhandan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Feliciasebaliknya reda menerima berita tersebut.
WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL PANTAI KASIH
Raiha
- Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama6 bulan
- Doktor pakar bedah
- Anak kepada doktor pakar bedah
- Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar Perunding Pembedahan.
- Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
- Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
- Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
- Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak kesayangannya.
- Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
- Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
- Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyangmereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Doktor Uwang
- Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
- Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
- Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
- Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
- Berwajah kacak dan segak
- Berusia pertengahan empat puluhan
- Bertubuh sederhana
- Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
- Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
- Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron
- Bekas Pesakit Doktor Uwang
- Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untukbertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
- Kurus cengkung dan pucat
- Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
- Mempunyai masa depan yang cerah
- Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
- Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara
Doktor Sadiz
- Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
- Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
- Pakar Perunding Pembedahan
- Pakar Bedah Otak
- Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
- Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
- Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinyaRaiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anakperempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.
- Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahuikelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
- Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
- Seorang yang optimistik.
- Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
- Sudah meninggal dunia
- Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
- Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
- Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
- Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
Sister Felicia Landosi
- Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan DoktorSadiz
- Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
- Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marakakibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz
- Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama danberkhidmat di hospital yang sama.
- Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu UnongSiron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatanwalaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.
LATAR TEMPAT NOVEL PANTAI KASIH
Latar Pusat Rawatan
- Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwango Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah
- Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selamaenam kali pembedahan
- Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
- Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
- Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh pen
- Pantai Kasih eroboh yang menyamar sebagai doktor.
Apartment Raiha
- Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
- Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat RawatanPantai Kasih
- Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaranmenghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
Rumah Tumpangan
- Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluardari rumah agam milik Doktor Sadiz
- Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentungakibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuanmereka berada di situ pada waktu itu.
Rumah Doktor Uwang
- Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganyao Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksaDoktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
- Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.
Mahkamah Keluarga
Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwakematian anak perempuan mereka akibat rentung.
Wad Super VVIP
Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasiho Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintango Dihuni oleh pesakit elit bergelar datino Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.
Daerah Inanam
Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendaho Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini
Hospital Kinabalu
- Tempat Raiha baharu bertugas di situ.o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
- Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawa
LATAR MASA NOVEL PANTAI KASIH
Malam Hari – Kemalangan Doktor Uwang
- Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawaberlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang danpergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas danmelanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
- Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadappesakit gologan menengah dan sederhana.
Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahanSister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
- Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Dengan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
- Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas diadisambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
- Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang kerumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumahdidapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakanRaiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.
Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilankecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu.Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharusahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
- Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehinggamenyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan keatasnya.
Waktu Senja – Pembedahan keenam
Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsungpada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raihaselepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
LATAR MASYARAKAT NOVEL PANTAI KASIH
Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambilalih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidakmenghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannyaitu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan hargayang dirasakan munasabah untuknya.
Latar masyarakat yang takut berterus terang
Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalanganyang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felciatahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewahPorsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.
Latar masyarakat yang ego
Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. DaktorSadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebutsedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yangmembakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrolsehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitudisambar api tersebut.
Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkanmereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.
Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
- Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
- Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upayasehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.
Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
- Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasihkepadanya.
- Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan PusatRawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.
NILAI NOVEL PANTAI KASIH
Nilai Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar dikawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjayabelajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripadamentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dansanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasukmembuat demonstrasi.
Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajarsehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan diaseorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Nilai Keberanian
Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anakperempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangioleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan namabaiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri keranamempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak munculuntuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
Nilai Bertanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Sironsebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian keranaRaiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masamenghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnyagadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakityang sama sehingga lima kali.
Nilai Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahansebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukanpembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasaprihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadimerupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitanyang dialami oleh Unong selama ini.
Nilai Ketabahan
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendakmenjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untukmenjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagaiseorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahandari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang olehRaiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedahyang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaanakhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaanuntuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
PENGAJARAN NOVEL PANTAI KASIH
Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadiseorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi denganmatlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.
Kita hendaklah menghormati hak orang lain Setiap orang mempunyai hak.
Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawabsepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.
Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskanbayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orangmampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untukmenerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untukmembelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.
Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.
Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi olehDoktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha,namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dantentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.