Skip to content

Novel Tirani – Nota Komsas, Tema, Sinopsis, Peristiwa

Novel Tirani

Novel Tirani karya Beb Sabariah merupakan komsas tingkatan 5. Berikutnya nota komsas termasuk tema, persoalan, sinopsis, latar, watak perwatakan, nilai, pengajaran dan contoh soalan novel ini.

Tema Novel Tirani

Tema novel Tirani ialah Kecantikan fizikal bersifat sementara dan bukan penentu kebahagian hidup. Manakala ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang yang dapat menutup kekurangan danmelindungi kelemahan diri.

Waheeda obses terhadap kecantikan dan berjaya melakukan pembedahan plastik tetapi akhirnya kerana beliau cantik, Zahid cemburu buta terhadap Waheeda sehingga menceraikan Waheeda. Namun waheda tabah membesarkan anaknya dan perniagaannya sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya.


Persoalan Komsas Novel Tirani

Kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanita
Contoh: Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk.

Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga
Contoh: Waheeda amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan keluarga, melepaskan jawatannya di PETRONAS Miri untuk balik membantu ayahnya menguruskan Tajau Emas sejak bulan lepas.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungan
Contoh: Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

Ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga
Contoh: Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Zahid.

Hubungan persahabatan yang erat dan utuh
Contoh: Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Persoalan menghargai budaya dan warisan bangsa
Contoh: Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

Persoalan keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan
Contoh: Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

Persoalan ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusan
Contoh: Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah
Contoh: Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

Persoalan bersyukur atas ciptaan tuhan
Contoh: Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Persoalan keinsafan terhadap kesilapan masa lalu akibat tindakan terburu-buru.
Contoh: Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

Persoalan kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contoh Peristiwa: Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.


Sinopsis Novel Tirani

TIRANI mengisahkan tentang  seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.

Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser.

Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan  kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.

Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. 

Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

Sinopsis Novel Tirani mengikut bab


Binaan Plot Novel Tirani

Pengenalan kepada watak Waheeda yang melayari laman sesawang berkaitan kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.

Monyet Belanda menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah dan Fadhil.

Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan kelopak mata dan pembedahan hidung.

Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya. Selain itu, Zahid terserempak dengan Waheeda berbual dengan tetamu dari Dubai yg menginap di Inap desa Tajau Emas juga mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif Hospital pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.

Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.

Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah.

Selepas 20 tahun, Zahid kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang kesilapan masa silam. Zahid menangis mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini.

Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.


Teknik PlotNovel Tirani

Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.

Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.

Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.

Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.

Perbualan antara Waheeda dengan ibunya, Raidah. Contohnya,Waheeda telah menyatakan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik kepada ibunya.

Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.

Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang- orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya.

Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.

Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah.

Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing.


Latar Novel Tirani

Latar tempatNovel Tirani

RumahFadhil
Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nuriyana serta cucunya, Izzati tinggal.

Rumah Bazilah
Di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.

Chalet Tajau Emas
Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.

Rumah Haji Abdul Aziz Imran
Tempat pertemuan dan perbincangan antara Haji Abdul Aziz dengan Waheeda dan Ghazi berkaitan dengan penjualan Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands.

Hospital Kuching
Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan pada muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.

Silicon Medical Centre Singapura
Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dujalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

Hotel Flamingo Pulau Sentosa
Tempat Waheeda bekerja sebagai Pegawai perhubungan Awam(PRO).

Hospital Pusrawi, KL
Tempat Waheeda mendapatkan rawatan dan kaunseling kerana kemurungan selepas diceraikan oleh Zahid


Latar MasaNovel Tirani

Waktu Siang
Peristiwa Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang.

Waktu pagi
Peristiwa Fatimah yang mengeja sambal membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan “coconut” dengan dipanggilnya “konat-konat” berlaku pada waktu pagi.

Waktu Tengah Hari
Peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala Lumpur yang disajikan ketupat pulut periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.

Waktu petang
Peristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati minum petang di Restoran Genki Sushi yang terletak di Aras 4, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Waktu Malam
Peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu.


Latar MasyarakatNovel Tirani

Masyarakat yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan.
Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan
Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa.
Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya – Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa
Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah.
Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

Masyarakat yang tabah menghadapi dalam kehidupan khususnya dalam rumah tangga
Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

Masyarakat yang insaf terhadap kesilapan masa lalu.
Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.
Sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk Angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan negara
Fadhil, Rainah, Datuk Yasser Arief, Waheeda dan Fatimah mengusahakan chalet untuk penginapan pasa pelancong sebagai sumber pendapatan mereka.

Masyarakat yang tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.
Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas.

Masyarakat yang tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga.
Sebagai ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh suaminya, Zahid.

Masyarakat yang menghargai hubungan persahabatan.
Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo.


Watak Perwatakan Novel Tirani

  • Anak kedua kepada Raidah dan Fadhil
  • Pengurus inap desa Tajau Emas Sdn. Bhd.
  • Mahasiswa lulusan perniagaan dan pelancongan, UTM.
  • Berkahwin dengan Zahid
  • anak perempuan bernama izzati

Seorang yang penyayang
Waheeda sayang kepada anaknya Izzati dan membesarkan izzati seorang diri selepas bercerai dengan Zahid.

Seorang yang tabah
Waheeda tabah menghadapi dugaan hidup dalam rumahtangga sehingga bercerai dengan Zahid.

Seorang yang berani
Waheeda berani membuat pinjaman kewangan daripada Bank Pembangunan di bawah program pinjaman siswazah untuk memajukan syarikat Tajau Emas Sdn. Bhd.

Seorang yang gigih
Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

Seorang yang menghargai hubungan persahabatan
Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

Seorang yang rajin
Waheeda rajin membantu pekerja-pekerjanya membuat persiapan untuk kehadiran pelancong-pelancong ke inap desanya.

Seorang yang bijak
Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

Seorang yang penyayang
Raidah, ibu Waheeda sanggup pergi ke Singapura untuk menemani waheeda menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

Seorang yang rajin
Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

Seorang yang cemburu buta
Zahid cemburu buta dan menuduh waheeda mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap mesra Waheeda dengan tetamu menginap di chalet mereka.

Seorang yang terburu-buru membuat keputusan
Zahid tidak mahu melihat keputusan DNA dan terburu-buru menceraikan Waheeda.


Cabaran yang dihadapi oleh watak utama

Cabaran wajahnya yang berhidung pesek menjadi ejekan kawan-kawanya di sekolah rendah sehingga menjadikan Waheeda malu akan keadaan wajahnya itu.

Akibat gigitan dan cakaran monyet Belanda, Waheeda menjalani pembedahan rekonstruksi pada hidung dan mata di Silicon Medical Center, Singapura dengan sokongan ibunya. Akhirnya, Waheeda memiliki wajah yang lebih cantik setelah pembedahan.

Cabaran suaminya, Zahid beranggapan bahawa Waheeda mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Zahid seterusnya beranggapan bahawa anak perempuan yang dilahirkan Waheeda adalah bukan hasil persetubuhan dengannya. Hal ini menyebabkan Waheeda membuat ujian DNA bagi menepis tuduhan Zahid. Akhirnya, DNA membuktikan bahawa Izzati ialah anak Zahid. Namun, Zahid masih bertindak nekad untuk menceraikan Waheeda.

Konflik antara watak utama dan watak sampingan

Unsur konflikantara watak utama dan watak sampingan berlaku dan penting dalam novel untuk menjadi jalan cerita lebih menarik.

Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Waheeda dengan bapanya .Waheeda ditegur oleh bapanya selepas bapanya mengetahui bahawa Waheeda mahu menjalani pembedahan kosmetik. Bapanya ,menjelaskan bahawa perbuatan itu menyalahi hukum agama dan Waheeda akur dengan teguran bapanya. Namun begitu selepas wajah Waheeda dicakar monyet belanda, waheeda telah mengambil peluang untuk menjalani pembedahan plastik di Singapura .

Konflik kedua ialah konflik Waheeda dengan kawan baiknya Bazilah. Bazilah mula cemburu melihat kemesraan Waheeda dengan tunangnya Dr Zahari. Tindakan Waheeda untuk menyelesaikan konflik tersebut ialah Waheeda telah berpindah dari rumah Bazilah dan menetap di Flamingo resort.

Konflik ketiga ialah konflik anatara Waheeda dengan Zahid. Konflik ini berlaku apabila Zahid mula meragui kesetiaan Waheeda sebagai isteri yang setia dengan menuduh Waheeda berlaku curang dan bermain kayu tiga dengan lelaki lain sehingga menganggap bahawa zuriat yang dikandung oleh Waheeda itu bukanlah anaknya yang sah.


Gaya Bahasa Novel Tirani

Hiperbola
“Tudung kepala yang bertaburkan sulaman bunga emas ialah tudung keringkam bertatah benang emas namanya” terang Waheeda.

Paradoks
“Ada orang dilahirkan cantik tetapi otak tidak cerdas.Ada orang sempurna wajahnya, kakinya pula tidak cantik. Ada orang tidak cantik tetapi otaknya nombor satu,” kata Waheeda.


Nilai Novel Tirani

Kasih sayang
Waheeda sayang kepada anaknya izzati dan telah membesarkan izzati tanpa suami selepas bercerai dengan Zahid.

Keberanian
Waheeda berani dalam membuat pinjaman kewangan dengan bank pembangunan Usahawan dan berani menanggung risiko dalam perniagaan.

Tanggungjawab
Waheeda bertanggungjawab mengembangkan perniagaan inap desanya syarikat Tajau Emas Sdn. Bhd.

Nilai kebijaksanaan
Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

Nilai bekerjasama
Waheeda bekerjasama dengan keluarganya untuk mengurus syarikat Tajau emas yang mengusahakan inap desa Tajau Emas di Matang, Sarawak.

Nilai kepatuhan
Waheeda patuh dengan arahan bapanya yang melarang dia melakukan pembedahan.

Nilai kegigihan
Waheeda gigih membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort , Singapura.

Nilai ketabahan
Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola sepak.


Nilai Kasih Sayang

Novel yang saya kaji ialah Novel Tirani Karya Beb Sabariah. Nilai Kasih Sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Contohnya, Waheeda sayang kepada anaknya izzati dan telah membesarkan izzati tanpa suami selepas bercerai dengan Zahid. Selain itu Kasih sayang seorang anak terhadap bapanya. Contohnya, Izzati sayang terhadap bapnya Zahid walaupun Zahid tidak menjaganya dan memujuk ibunya Waheeda memaafkan Zahid.


Pengajaran Novel Tirani

Kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang agar hidup lebih bahagia.
Raidah, ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun menerima saingan yang sengit daripada pengusaha chalet yang lain.

Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran agar hidup lebih cemerlang.
Waheeda taba menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain.

Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.
Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.


Soalan Novel Tirani

Huraikan tema novel yang anda baca.

Novel yang saya kaji ialah Novel Tirani Karya Beb Sabariah, tema novel Tirani ialah Kecantikan fizikal bersifat sementara dan bukan penentu kebahagian hidup tetapi ilmu pengetahuan yang dimilik oleh seseorang yang dapat menutup kekurangan atau kelemahan diri.

Huraikan peristiwa yang menggambarkan tema novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Novel Tirani Karya Beb Sabariah. Peristiwa yang menunjukkan tema novel Tirani ialah Waheeda mahu kelihatan cantik dan sanggup menjalani pembedahan plastic pada wajahnya selepas dicakar monyet Belanda. Peristiwa ini menjelaskan kecantikan fizikal yang kurang kurang sempurna menyebabkan seseorang sanggup bertindak menjalani pembedahan. Peristiwa Waheeda membeli Chalet Iwana-iwani juga merupakan peristiwa yang menunjukkan ilmu perniagaan yang dimiliki oleh Waheeda menjadikan beliau seorang ahli perniagaan yang Berjaya.

Novel yang saya pelajari ialah Novel Tirani. Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada bahagian wajah dan hidungnya. Kesan peristiwa ini ialah Waheeda mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan rekonstruski pada wajahnya di Singapura.

Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama ialah Waheeda tersiksa dengan sikap cemburu buta Zahid. Walaupun Waheeda sangat mencintai Zahid, namun dia juga sangat komited terhadap kerjayanya. Waheeda diceraikan oleh Zahid selepas anak mereka Izzati dilahirkan kerana Zahid tidak percaya bahawa Izatti ialah anaknya. Walaupun Waheeda menunjukkan hasil ujian DNA, Zahid tetap meninggalkan Waheeda.

Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda yang mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan rumah tangga dan telah mula bangkit serta berusaha melupakan kenangan lalu dengan memajukan Chalet Aya- Sajinah. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana walaupun kita gagal namun kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya berusaha untuk kehidupan yang mempunyai masa depan.

Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda gigih mendapatkan pinjaman tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan untuk menubuhkan Syarikat Tajau Emas. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana setiap usaha yang dilakukan oleh Waheeda dapat dijadikan contoh teladan kepada kita agar gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan dan akhirnya kita pasti akan berjaya.

Novel yang saya kaji ditingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Perwatakan watak utama bagi novel ini ialah Waheeda.

Satu perwatakannya yang saya fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang yang penyabar. Contohnya Waheeda sabar dengan ejekan rakan-rakannya yang sering mengejek hidungnya yang pesek dan Waheeda juga sabar menangani sifat cemburu buta suaminya yang selalu menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Seterusnya, Waheeda merupakan seorang anak muda yang berkeyakinan tinggi. Tamsilnya, Waheeda sangat yakin akan kemampuan dirinya dalam memajukan Tajau Emas. Sebaik sahaja dia tamat belajar, dia telah membuat pinjaman daripada tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak. Baginya, mereka tidak akan menemukan sesuatu jika tidak mencari sesuatu.

Selain itu, Waheeda juga seorang yang bijak merancang. Contohnya, Dalam menguruskan inap desa keluarganya, Waheeda dapat merancang dan menyusun jadual program-program yang dapat menaikkan nama inap desa tersebut sehingga syarikat Tajau Emas berjaya dan terkenal serta menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Tirani Karya Beb Sabariah, novel tersebut ternyata mempunyai banyak keisitimewaan dari pelbagai aspek dan boleh menarik minat pembaca.

Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema novel ini berkisar tentang Kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Waheeda yang menganggap dirinya tidak sempurna kerana bentuk hidungnya yang pesek mendapat kesempatan memperbaiki kekurangannya itu selepas hidungnya cedera teruk kerana serangan seekor monyet . Dia berjaya mendapatkan kecantikan wajah yang diidamkan namun kecantikan tersebut menjadi punca keruntuhan rumahtangganya dengan Zahid. Walau bagaimanapun , waheeda yang mempunyai pendidikan yang tinggi mampu keluar daripada jerat kecewa dan putus asa yang menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit jiwa, lalu melangkah terus maju ke hadapan dalam bidang pelancongan.

Istimewanya novel ini juga kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran. Pengarang menghantar mesej kepada pembaca melalui penerapan nilai murni seperti nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Raidah ibu Waheeda tidak dapat menahan diri untuk bersama-sama anaknya menghadapi saat genting menjalani pembedahan rekonstrusi wajah di Singapura. Raidah menjadi gusar apabila Waheeda menghantar e-mel kepada Ghazi menyatakan pembedahannya mengambil masa selama 10 jam. Raidah membuat ketupat lepas yang menjadi simbol terlepas daripada bala dan ingin menghantarnya sendiri kepada anaknya.

Selain itu, keistimewaan Novel Tirani yang boleh menarik perhatian pembaca ialah dari segi pemaparan perwatakan watak utama iaitu Waheeda. Waheeda digambarkan sebagai seorang wanita yang gigih berusaha. Dia memajukan Syarikat pelancongan Tajau Emas milik keluarga sehingga syarikat tersebut menjadi terkenal dan resort tersebut sentiasa menerima kunjungan pelancongan dalam dan luar negara. Waheeda juga mempunyai pendirian yang tegas. Walaupun kurang dipersetujui keluarga, dia tetap menjalani pembedahan rekonstruksi wajahnya. Waheeda juga sentiasa berfikiran positif dan sikapnya itu menyebabkan beliau berjaya keluar daripada belenggu kekecewaan ditinggalkan suami yang menuduhnya curang selepas melahirkan anak yang tidak diakui oleh Zahid , suaminya sebagai darah dagingnya. Kejayaan waheeda dan anaknya Izzati memajukan Aya Sakinah di Cameroon Highlands menjadikan watak utama dalam novel ini menarik perhatian pembaca.

Novel yang saya kaji ialah Tirani Karya Beb Zabariah. Berdasarkan novel ini terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan terdapat kejayaan pada peleraian novel.

Peristiwa pertama yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah kejayaan Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Café Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. peristiwa ini melambangkan kejayaan Waheeda dalam bidang perniagaan.

Seterusnya, Peristiwa kedua yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah peristiwa Zahid menangis apabila diberitahu bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda kerana ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati . Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid. peristiwa ini melambangkan kejayaan Waheeda yang berjaya menegakkan kebenaran tentang kesetiaannya terhadap Zahid.

Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani, karya Beb Sabariah.

Nilai tanggungjawab dipaparkan pada watak Waheeda yang bertanggungjawab mengusahakan inap desa keluarganya .Dia telah menjaga inap desa tersebut sehingga berjaya memajukan dan menjadikan Tajau Emas tersohor dan menjadi pilihan pelancong di dalam dan di luar negara. Nilai tanggungjawab yang terdapat pada watak Waheeda ini menyebabkan dia juga berjaya dalam kerjayanya sebagai pegawai Perhubungan Awam di Hotel Flamingo dan seterusnya memajukan Aya Sajinah di Cameroon Highlands.

Seterusnya, nilai bertanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya yang amat mulia jelas terpapar dalam novel ini. Watak Raidah, iaitu emak Waheeda yang pergi ke Singapura untuk menemani Waheeda yang menjalani pembedahan kosmetik. Raidah bertanggungjawab menjaga Waheeda sepanjang pembedahan sehingga Waheeda pulih. Raidah juga sentiasa menasihati dan memberikannya sokongan dan dorongan padu kepada Waheeda pada saat-saat Waheeda menghadapi kemurungan kesan kekecewaan dalam perkahwinannya.

Novel yang saya pelajari ialah novel Tirani, karya Beb Sabariah. Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Waheeda dengan bapanya. Waheeda ditegur oleh bapanya selepas bapanya mengetahui bahawa Waheeda mahu menjalani pembedahan kosmetik .Bapanya menjelaskan bahawa perbuatan itu menyalahi hukum agama. Waheeda tidak mempedulikan nasihat tersebut sekali gus membuat keputusan untuk menjalani pembedahan di Singapura.

Konflik keduayang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Waheeda dengan suaminya, Zahid. Kemesraan Waheeda dengan pelanggan lelaki , kecantikan Waheeda dan pujian yang sering diterima olehnya menyebabkan suaminya cemburu sekaligus mencurigai kesetiaan Waheeda. Zahid juga mempersoal raut wajah anak mereka yang baru dilahirkan dan dijadikan alasan untuk menuduh Waheeda berlaku curang. Waheeda pula berani mencabar suaminya dengan cadangan ujian DNA . Akhirnya, konflik tersebut meruntuhkan rumah tangga yang telah terbina.

Novel yang saya kaji ialah novel Tirani Karya Beb Zabariah. Berdasarkan novel ini terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang.

Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan.

Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contoh, Waheeda membayangkan suasana mesra yang wujud ketika kakitangan di Chalet Tajau Emas belajar menganyam kelongsong ketupat lepas daripada ibunya ketika dia membaca e-mel yang dihantar oleh Fatimah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *