Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Peribahasa dan Cogan Kata dalam Karangan

Peribahasa tentang membaca

Penggunaan peribahasa dalam karangan boleh memberi impresi yang positif dan menunjukan pengetahuan bahasa yang luas. Dalam sesebuah karangan, anda dinasihat untuk menggunakan sekurang-kurangnya tiga peribahasa.Berikutnya Simpulan Bahasa, Peribahasa,Ungkapan, Cogan Kata,Kosa kata yang menarik.

Peribahasa Perpaduan Kaum

Bagai aur dengan tebing
Maksud: Hubungan yang rapat antara satu sama lain yang saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: Saling menolong ketika senang atau susah.

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
Maksud: Berfikir baik-baik sebelum bertindak.

Bersatu teguh bercerai roboh
Maksud:Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Maksud: Manusia bersatu (sebulat suara) kerana bermuafakat.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Maksud: Mengikut adat dan cara kehidupan yang diamalkan mengikut tempat yang kita berada.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud: Dua pihak yang sama darjat atau martabat.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud: Pengagihan yang sama rata dan adil.

Peribahasa Kemalangan Jalan Raya

Biar lambat asalkan selamat
Maksud: Lebih baik mengambil masa yang lama asalkan tidak menghadapi sebarang kemalangan atau bahaya.

Pandu cermat, jiwa selamat
Maksud: Jika kita memandu dengan berhati-hati, nyawa kita akan selamat daripada kecelakaan.

Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya
Maksud: Orang lain yang membuat kesalahan, tetapi orang lain pula yang menerima akibatnya.

Berhati-hati di jalan raya
Maksud: Peringatan supaya sentiasa waspada semasa berada di jalan raya agar terhindar daripada kemalangan.

Hargailah nyawa anda
Maksud: Sayangilah dan lindungilah keselamatan diri kerana nyawa sangat berharga.

Ingat orang tersayang
Maksud: Peringatan untuk berhati-hati agar tidak menyusahkan atau menyedihkan orang yang menyayangi kita.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Maksud: Menyesal sebelum membuat sesuatu keputusan membawa faedah, tetapi menyesal selepas sesuatu berlaku tidak akan membawa kebaikan.

Antan patah lesung hilang
Maksud: kemalangan yang datang bertimpa-timpa.

Contoh Ayat Peribahasa dan Simpulan Bahasa

Peribahasa berjimat cermat

Sedikit-sedikit lama lama menjadi bukit
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
Maksud: Sabar mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga.

Sediakan Payung Sebelum Hujan
Maksud: Berjaga-jaga sebelum sesuatu musibah berlaku.

Ibarat serampang dua mata
Maksud: Melakukan satu tindakan yang memberikan dua hasil atau mencapai dua matlamat serentak

Sambil meyelam minum air
Maksud: Melakukan dua perkara dalam satu masa untuk menjimatkan masa atau tenaga

bagai isi dengan kuku
Maksud: hubungan yang erat 

Panas tidak sampai ke petang
Maksud: Sesuatu yang diharapkan tidak menjadi / kesampaian 

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
Maksud: Seseorang harus sentiasa berwaspada dan berjimat cermat sebelum menghadapi kesusahan atau kehabisan sumber.

Laotze: “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.”
Maksud: Gaya hidup yang boros dan sifat tamak haloba boleh membawa kerosakan atau kemusnahan kepada diri sendiri dan masyarakat.

Mahatma Gandhi: “Berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.”
Maksud: Kita perlu merancang masa depan dengan bijak, tetapi juga bertindak segera tanpa berlengah demi mencapai matlamat tersebut.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Mendidik atau membentuk seseorang haruslah bermula sejak kecil lagi agar mudah dibentuk menjadi insan yang baik.

Peribahasa tentang keluarga

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud: pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula.

Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak
Maksud: kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda.

Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri
Maksud: betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri biarpun kecil.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.
Maksud: Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

Kacang lupakan kulit
Maksud: Orang yang tidak tahu mengenang budi.

Darah daging
Maksud: Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Anak buah
Maksud: a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud: Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud: Orang yang kuat berpegang pada adat.

Yang muda disayangi, yang tua dihormati
Maksud: Masyarakat hidup dalam suasana harmoni apabila orang muda diberi kasih sayang dan orang tua diberi penghormatan yang sewajarnya.

Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud: Menjaga seseorang atau sesuatu dengan penuh kasih sayang dan berhati-hati, tanpa membuat sebarang kesilapan.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya (Atau: Bapa borek anak rintik)
Maksud: Anak-anak biasanya akan mengikut perangai, sikap atau teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau orang tua mereka.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud: Sangat sedih atau kecewa akibat sesuatu perkara yang berlaku; perasaan yang hancur dan sukar dipulihkan.

Peribahasa tentang Membaca

Terang hati
Maksud: Lekas pandai.

Memerah otak
Maksud: Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Membaca memerdekan minda
Maksud: Aktiviti membaca dapat membebaskan fikiran daripada kejahilan dan membuka ruang pemikiran yang lebih luas serta kritis.

Ilmu Pelita Hidup
Maksud: Ilmu pengetahuan merupakan panduan hidup manusia agar tidak tersesat dalam kehidupan.

Membaca Jabatan Ilmu
Maksud: Membaca ialah saluran utama untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan membuka minda.

Rakyat Berilmu Negara Maju
Maksud: Jika rakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, maka pembangunan dan kemajuan negara akan turut berkembang.

Banyak Berjalan, Luas Pandangan, Banyak Membaca Luas Ilmu Pengetahuan
Maksud: Seseorang yang banyak membaca dan meneroka akan memiliki pandangan serta pengetahuan yang lebih luas tentang dunia.

Seperti Katak Di Bawah Temperung
Maksud: Orang yang sempit pemikirannya kerana tidak mahu belajar, membaca atau melihat dunia luar.

Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat
Maksud: diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

Peribahasa kerjasama dan gotong royong

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud: Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Bagai aur dengan tebing
Maksud: Hubungan yang rapat dan saling membantu.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Perhubungan yang akrab, susah senang bersama.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud: Sesuatu tidak akan datang tanpa usaha.

Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicecah
Maksud: Suka duka atau kesenangan dan kesusahan dikongsi bersama secara adil dan saksama.

Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Terasa Sakit
Maksud: Apabila seseorang dalam kelompok menghadapi masalah, orang lain turut merasainya; menggambarkan keprihatinan sesama anggota masyarakat.

Bersekutu bertambah mutu
Maksud:Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan

Terendam sama basah, terampai sama kering
Maksud: Seseorang yang mengerjakan sesuatu pekerjaan secara bekerjasama; Seseorang yang sangat setia.

Peribahasa Alam Sekitar

Hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Tidak bersungguh-sungguh membuat perkara

Negara Besih, Rakyat Sihat
Maksud: Kebersihan persekitaran memainkan peranan penting dalam menjamin kesihatan rakyat.

Kebersihan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama
Maksud: Menjaga kebersihan persekitaran bukan hanya tugas individu atau kerajaan sahaja, tetapi semua pihak perlu bekerjasama.

Cintailah Alam Sekitar
Maksud: Galakan kepada masyarakat untuk menghargai dan melindungi alam sekitar daripada kerosakan.

Ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Maksud: Satu pasukan atau masyarakat yang sanggup susah dan senang bersama.

Peribahasa tentang Gejala Sosial

Bapa Borek Anak Rintik
Maksud: Anak biasanya akan meniru tingkah laku dan sifat ibu bapanya.

Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya
Maksud: Peribadi seseorang itu mencerminkan didikan atau asuhan yang diterimanya.

Remaja Merupakan Asset dan Tonggok Negara
Maksud: Remaja adalah sumber penting kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Maksud: Jika seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh, dia pasti akan berjaya.

Belia Penggerak Wawasan
Maksud: Golongan belia menjadi pemacu utama kepada pencapaian visi dan pembangunan negara.

Seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan
Maksud: Sesuatu yang berlaku secara mendadak dan dalam jumlah yang banyak.

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara
Maksud: Belia lelaki dan perempuan merupakan penyokong utama dalam memajukan negara.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Maksud: Berfikir sebelum bertindak kerana penyesalan selepas sesuatu berlaku tidak akan membawa apa-apa faedah.

Meninggi diri
Maksud: Sombong.

Bermuka dua
Maksud: Tidak jujur.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain.

Kacang lupakan kulit
Maksud: Melupakan asal-usul atau orang yang pernah menolongnya.

Indah khabar daripada rupa
Maksud: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud: Kesilapan seorang menyebabkan semua menerima akibat.

Peribahasa tentang sukan dan Kesihatan

Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
Maksud:Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Mendidik anak sejak dari kecil.

Kesihatan melambangkan kekayaan
Maksud: Kesihatan yang baik lebih berharga daripada kekayaan material kerana tanpa kesihatan, kekayaan tidak bermakna.

Badan Sihat Minda Cerdas
Maksud: Tubuh badan yang sihat membantu seseorang berfikir dengan lebih bijak dan cekap.

Rakyat Sihat, Negara Maju
Maksud: Kemajuan sesebuah negara bergantung pada tahap kesihatan rakyatnya; rakyat yang sihat mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Sukan Pemangkin Perpaduan Negara
Maksud: Sukan dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang di bawah semangat kesukanan dan kebangsaan.

Mencegah lebih baik daripada mengubati
Maksud: Lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga awal daripada merawat apabila sudah sakit atau menghadapi masalah.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud: Jika takut hadapi cabaran, jangan lakukan kerja yang susah.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud: Usaha yang sukar hendaklah diteruskan hingga berjaya.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud: Tidak akan tercapai kejayaan tanpa usaha.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud: Bersusah dahulu untuk mendapat kesenangan kemudian.

Peribahasa semangat Kejiranan

Bagai aur dengan tebing
Maksud: Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja

Jiran sepakat membawa berkat
Maksud: Kehidupan berjiran akan menjadi harmoni dan diberkati jika semua jiran hidup secara rukun dan bekerjasama.

Bersatu teguh, Bercerai roboh
Maksud: Jika semua orang bersatu padu, segala perkara dapat dilakukan dengan mudah, tetapi jika berpecah-belah, akan membawa kehancuran.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud: Sama taraf dan tidak membeza-bezakan.

Peribahasa untuk Karangan menabung

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud:Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

Orang mengantuk disorongkan bantal
Maksud:Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud: sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Maksud: Berhati-hati dan berjimat-cermat sebelum ditimpa kesusahan atau kehabisan harta benda.

Peribahasa tentang budaya atau permainan tradisional

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud: Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud: Adat lama tetap diamalkan di samping budaya baharu.

Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud: Pegangan kuat kepada adat.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud: Menghormati adat dan peraturan tempat tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud: Walau bagaimana indah negeri orang, negeri sendiri tetap lebih baik.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud: a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang kembali tenang dan selesa.

Tak kenal maka tak cinta
Maksud: Kita akan menyukai atau mencintai seseorang atau sesuatu setelah kita mengenalinya dengan lebih mendalam.

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Maksud: Sepanjang hidup seseorang itu haruslah mematuhi adat resam atau peraturan masyarakat, dan selepas mati pula dikembalikan kepada asal usulnya (tanah).

Cogan kata menarik yang lain

Ada udang di sebalik batu
Maksud:Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Bagai minyak dengan air
Maksud:Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Banyak makan garam
Maksud:Mempunyai banyak pengalaman hidup

Kalah jadi abu, menang jadi arang
Maksud: tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu pergaduhan, kerana kedua-dua pihak menanggung kerugian.

Bagai duri dalam daging
Maksud: Hal yang tidak menyenangkan hati

Mutiara Kata yang boleh digunakan

  • Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  • Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika digunakan.
  • Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  • Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  • Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  • Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  • Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  • Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  • Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
  • Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  • Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  • Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  • Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
4.7 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd zaki

Bagusss

Seseorang

Maklumat sangat berguna.

a

Maklumat sangat berguna.

Anonymous

Sangat berguna

Anonymous

berguna

budak cerdik

Hebat yg buat peribahasa ini. Saya harap peribahasa ini sampai kepada generasi yg akan datang kerana peribahasa ini ada makna. Saya harap juga generasi akan datang jangan lupakan peribahasa ini. Harap peribahasa ini menjadi warisan melayu kita.

........

kita satu bangsa, kita satu negara….MALAYSIAA

Bagus

Berguna untuk karangan

You cannot copy content of this page

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x