Kandungan
Penggunaan peribahasa dalam karangan boleh memberi impresi yang positif dan menunjukan pengetahuan bahasa yang luas. Dalam sesebuah karangan, anda dinasihat untuk menggunakan sekurang-kurangnya tiga peribahasa.Berikutnya Peribahasa,Ungkapan, Cogan Kata,Kosa kata yang menarik.
Peribahasa Perpaduan Kaum
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: Saling menolong ketika senang atau susah.
Bersatu teguh bercerai roboh
Maksud:Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Maksud: Manusia bersatu (sebulat suara) kerana bermuafakat.
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
Maksud: Berfikir baik-baik sebelum bertindak.
Bagai aur dengan tebing
Maksud: Membantu antara satu sama lain
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Maksud: Mengikut adat dan cara kehidupan yang diamalkan mengikut tempat yang kita berada.
Peribahasa Kemalangan Jalan Raya
Biar Lambat asalkan Selamat
Pandu Cermat, Jiwa Selamat
Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getahnya
Berhati-hati di jalan raya
Hargailah Nyawa anda
Ingat orang tersayang
Sesal dahulu Pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Antan patah lesung hilang
Mkasud: kemalangan yang datang bertimpa-timpa.
Peribahasa berjimat cermat
Sedikit-sedikit lama lama menjadi bukit
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
Beringat sebelum kena, berjimat sebelum kena
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Laotze “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.”
Ibarat serampang dua mata / sambil meyelam minum air
Maksud: memperoleh banyak faedah dalam satu ativiti / kegiatan / masa
bagai isi dengan kuku
Maksud: hubungan yang erat
Panas tidak sampai ke petang
Maksud: Sesuatu yang diharapkan tidak menjadi / kesampaian
Mahatma Gandhi “Berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.”
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Peribahasa tentang keluarga
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud: pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan, akhirnya berbaik-baik semula.
Besar tidak boleh disangka bapa, kecil tidak boleh disangka anak
Maksud: kepandaian atau kelebihan terdapat pada semua orang, tidak kira tua atau muda.
Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri
Maksud: betapa senangnya di rumah besar kepunyaan orang lain, tidaklah sama dengan rumah sendiri biarpun kecil.
Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.
Maksud: Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
Kacang lupakan kulit
Maksud: Orang yang tidak tahu mengenang budi.
– Yang muda disayangi, yang tua dihormati.
– Bagai menatang minyak yang penuh
– Bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
– Bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
– Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Peribahasa tentang Membaca
Membaca memerdekan minda
Ilmu Pelita Hidup
Membaca Jabatan Ilmu
Rakyat Berilmu Negara Maju
Banyak Berjalan, Luas Pandangan, Banyak Membaca Luas Ilmu Pengetahuan
Seperti Katak Di Bawah Temperung
Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat
Maksud: diam orang yang berilmu itu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
Peribahasa kerjasama dan gotong royong
Berat Sama dipikul, ringan sama dijinjing
Ke Bukit Sama Didaki, Ke Lurah Sama Dituruni
Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicecah
Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Terasa Sakit
Bersekutu bertambah mutu
Maksud:Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
Terendam sama basah, terampai sama kering
Maksud: Seseorang yang mengerjakan sesuatu pekerjaan secara bekerjasama; Seseorang yang sangat setia.
Peribahasa Alam Sekitar
Negara Besih, Rakyat Sihat
Kebersihan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama
Cintailah Sungai Kita
Cintailah Alam Sekitar
Hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Tidak bersungguh-sungguh membuat perkara
Ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Peribahasa tentang Gejala Sosial
Bapa Borek Anak Rintik
Bagaimana Acuan, Begitulah Kuihnya
Remaja Merupakan Asset dan Tonggok Negara
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Belia Penggerak WawasanSeperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Peribahasa tentang sukan dan Kesihatan
Rakyat Sihat, Negara Maju
Sukan Pemangkin Perpaduan Negara
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
Maksud:Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Mendidik anak sejak dari kecil.
Kesihatan melambangkan kekayaan
Badan Sihat Minda Cerdas
Peribahasa semangat Kejiranan
Bagai aur dengan tebing
Maksud: Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja
Jiran sepakat membawa berkat
Bersatu teguh, Bercerai roboh
Peribahasa untuk menabung
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud:Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
Orang mengantuk disorongkan bantal
Maksud:Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud: sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga.
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Peribahasa tentang budaya dan permainan tradisional
– Tak kenal maka tak cinta
– Biar mati anak, jangan mati adat
– Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud: Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh
Cogan kata menarik yang lain
Ada udang di sebalik batu
Maksud:Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud: Sangat sedih
Bagai minyak dengan air
Maksud:Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Banyak makan garam
Maksud:Mempunyai banyak pengalaman hidup
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Maksud: tiada yang kalah atau menang dalam sama sahaja bagi kedua-dua pihak dalam sesuatu pergaduhan, kerana kedua-dua pihak menanggung kerugian.
Bagai duri dalam daging
Maksud: Hal yang tidak menyenangkan hati
Mutiara Kata yang boleh digunakan
- Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
- Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
- Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika digunakan.
- Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
- Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
- Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
- Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
- Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
- Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
- Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
- Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
- Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
- Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
- Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
- Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
- Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
- Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
- Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
- Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
Bagusss
Maklumat sangat berguna.
Maklumat sangat berguna.
Sangat berguna