Skip to content

Contoh karangan langkah memupuk Permainan Tradisional

karangan permainan tradisional

Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Tulis karangan tentang cara-cara untuk mempertahan dan memupuk permainan tradisional.

Langkah untuk memupuk Permainan Tradisional

Permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Walau bagaimanapun, isu peminggiran permainan tradisional ini sentiasa menjadi buah mulut sehingga menuntut tindakan yang pragmatik untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.

memudahkan rakyat memainkan permainan tradisional

Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.

Jurulatih permainan tradisional

Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.

Aktiviti kokurikulum

Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ini sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar.

Promosi menerusi media massa

Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa. Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita.

Kempen Cintai Permainan Tradisional

Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu langkah memupuk Permainan Tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan secara besar-besaran dengan kerjasama antara kerajaan dan pihak media massa. Pihak berkenaan boleh menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta lantaran itu, golongan muda pasti menghargai dan berminat terhadap permainan tradisional kita.

Contoh Karangan: Kepentingan Permainan Tradisional

Penutup karangan permainan tradisional

Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Peribahasa ‘tepuk dada tanya selera’ sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur.

Cogan Kata bagi karangan tentang budaya
– Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh
– Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
– Bagai melepaskan batuk di tangga

Nyatakan punca permainan gasing tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan remaja.

Punca permainan gasing tradisional kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda kerana wujudnya permainan video dalam Internet dan lahir pelbagai permainan baharu dalam media sosial.

Jelaskan kebaikan permainan gasing tradisional kepada remaja.

Kebaikan permainan gasing tradisional kepada golongan muda adalah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang permainan gasing tradisional bagi membolehkan golongan muda melibatkan diri secara aktif dalam permainan tersebut. Selain itu, dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan generasi muda. Contohnya, setiap ahli kumpulan akan bekerjasama sesama mereka dalam mengatur strategi untuk memenangi sesuatu pertandingan yang disertai.

Huraikan langkah-langkah untuk mempromosi permainan tradisional ke peringkat antarabangsa.

Kerajaan boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional antarabangsa dengan menjemput peserta dari luar negera untuk menyertai pertandingan tersebut. Selain itu, permainan tradisional boleh disebarkan melalui Internet agar semua penduduk dunia mengetahui cara dan peraturan permainan tradisional tersebut. Oleh itu, boleh mencuba permainan tradisional tersebut di negara mereka.


Contoh Karangan: Budaya warisan rakyat Malaysia

[Cover Photo] / [Source]

Tags:

5 thoughts on “Contoh karangan langkah memupuk Permainan Tradisional”

  1. Cikgu boleh tolong saya? Contoh karangan tentang kepentingan permainan tradisional mengikut isi kandungan yang saya bagi
    Isi:
    1.Warisan berharga
    2. Semakin dilupakan oleh masyarakat
    3. Mengisi masa lapang
    4. Mengukuh tali silaturahim dan perpaduan
    5. Meningkatkan kecekapan fikiran
    6. Banyak kepentingan kepada rakyat dan negara

    Cikgu boleh tolong saya sebab saya kena hantar Harini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *