Skip to content

Karangan Persediaan untuk memenuhi kerjaya impian

Persediaan untuk mencapai Kerjaya Impian

Setiap orang mempunyai aspirasi kerjaya masing-masing dan haruslah bersedia sebelum menceburi bidang kerjaya. Usaha mencapai kerjaya impian haruslah sentiasa disediakan sejak peringkat sekolah untuk mencapai cita-cita. Apakah persediaan yang diperlukan sebelum menceburi bidang kerjaya?

Persediaan dan Usaha untuk mencapai Kerjaya Impian

Setiap orang mempunyai aspirasi kerjaya masing-masing. Kerjaya yang dipilih akan menentukan kejayaan hidup seseorang. Demi mencapai kejayaan hidup , seseorang itu perlu berusaha untuk merealisasikannya. Kerajaan semakin menitikberatkan perkembangan bakal pemimpin negara bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua aspek. Bakal pewaris negara inilah yang akan memasuki alam kerjaya dan seterusnya, berusaha memajukan negara. Secara automatiknya pelajar akan memasuki alam kerjaya selepas menamatkan pengajian mereka. Pelajar harus berusaha menyiapkan diri dengan persediaan-persediaan yang lengkap kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Persoalannya, apakah persediaan yang dapat dilakukan oleh pelajar sebelum memasuki alam kerjaya impian mereka?

Ilmu pengetahuan yang mendalam

Dalam zaman yang penuh dengan mahasiswa, Walaupun kualiti pekerjaan dan kemahiran sungguh penting, tetapi keputusan yang cemerlang dapat meningkatkan peluang mendapat pekerjaan yang diidamkan. Untuk memenuhi kerjaya impian, ilmu pengetahuan yang mendalam merupakan perkara yang utama. Pelajar haruslah memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan kerjaya yang ingin diceburi. Pelajar patutlah banyak membaca bahan bacaan yang bertemakan bidang psikologi kerana membaca itu jambatan ilmu. Di samping itu, ilmu pengetahuan dapat mematangkan remaja untuk menguruskan kehidupan. Oleh itu, pelajar mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Contoh Karangan: Cara-cara memperoleh kecemerlangan akademik

Kemahiran sosial

Untuk mencapai Kerjaya Impian, seseorang itu harusmelengkapkan diri dengan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Majikan sebenarnya lebih mementingkan pekerja yang berkebolehan melaksanakan tugas dengan baik berbanding dengan mengupah pekerja yang memiliki sijil-sjil yang banyak, tetapi tidak mempunyai kemahiran. Pelajar sepatutnya melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum kerana ini merupakan kesempatan untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran tersebut. Sesungguhnya, pelajar yang mempunyai kemahiran seperti disiplin, matang, mampu membuat keputusan yang betul, berkomitmen dan kerajinan sangat mustahak untuk menceburkan diri dalam kerjaya yang mencabar ini.

Persiapan mental

Di samping itu, salah satu cara pelajar dapat membuat persediaan memasuki alam kerjaya impian adalah dengan melakukan persiapan mental. Apabila kita melangkah ke arah alam kerjaya, kita perlu menjadi seorang yang lebih berdikari. Kita terpaksa belajar untuk menjalankan kehidupan sendiri, menguruskan kewangan dan juga menguruskan diri. Cabaran dalam pekerjaan juga lebih mencabar daripada cabaran seorang pelajar. Walaubagaimanapun, semua masalah ini dapat diselesaikan jika kita mempunya permikiran yang bersedia menghadapi segala cabaran. Misalnya, pelajar mestilah mampu menghadapi stres di tempat bekerja ataupun di rumah tanpa mempengaruhi prestasinya dalam menjalankan tugasnya.

Jati diri yang mantap

Dalam konteks yang lain, pelajar perlu mempunyai jati diri yang mantap semasa menceburi kerjaya yang diminati. Untuk meningkatkan daya saing, pelajar harus memastikan diri sendiri seimbang dari segi fizikal dan mental. Kita perlulah sanggup mencuba dan belajar perkara yang baru serta rela menerima teguran apabila membuat kesalahan. Apabila kita melakukan sesuata kesalahan, kita perlu berfikir dengan teliti tentangnya, mengubah cara kita bekerja dan tidak mengulangi kesalahan itu. Pelajar juga perlu menilai diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan supaya dapat memajukan diri dan mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dalam dunia pekerjaan.

Membuat penyelidikan yang secukup

Bukan itu sahaja, dalam usaha menyediakan diri memasuki alam kerjaya yang disukai, pelajar juga perlu membuat penyelidikan yang secukupnya. Pelajar haruslah mendapat tahu kriteria dan skop kerjaya yang diminati melalui pelbagai cara seperti bertanya kepada orang dewesa, melawat tempat kerja, mendapat maklumat dari internet dan juga mendapat pengalaman bekerja dalam kerjaya berkenaan. Dengan ini, pelajar akan mengetahui situasi sebenar dalam alam pekerjaan. Di samping itu, pelajar dapat menyesuaikan potensi, bakat, minat dan kemahiran sendiri dengan kerjaya yang sesuai. Pelajar juga boleh mengkaji dan menilai suasana persekitaran dan kehendak pasaran semasa kerjaya yang ingin diceburi sebelum membuat keputusan. 

Peka terhadap isu semasa

Seperkara lagi, pelajar juga hendaklah sentiasa sensitif serta peka terhadap isu semasa kerana tidak mahu menjadi katak di bawah tempurung. Hal ini bertujuan untuk menjadikan diri dengan lebih prihatin dan memahami terhadap masalah yang semakin menular bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, semasa memasuki alam kerjaya, kita dapat mengemukakan idea-idea yang bernas untuk menghasilkan keputusan yang tepat dan berkualiti. Pelajar perlu membaca surat khabar dan menonton berita mahupun melungsuri internet untuk mengetahui isu-isu semasa berkaitan hal dalam dan luar negara terutamanya hal yang berkaitan kerjaya yang diminati.

Penutup Karangan Persediaan kerjaya impian

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak langkah yang harus dilakukan oleh pelajar sebelum memasuki alam kerjaya. Alam kerjaya memangnya lebih mencabar daripada kehidupan pelajar. Inilah usaha dan persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mencapai cita-citanya. Kita perlulah menghadapi dengan berani kerana cabaran-cabaran inilah yang bakal menjadikan kita seorang manusia yang lebih kuat dan kental. Oleh hal yang demikian, pelajar akan sentiasa menitikberatkan kemajuan diri dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan sosial. Semoga hasrat mereka terlaksana kerana tiada kejayaan tanpa usaha dan kesungguhan.


Contoh Karangan – Usaha mencapai harapan ibu bapa

10 thoughts on “Karangan Persediaan untuk memenuhi kerjaya impian”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page