Kandungan
Koperasi sekolah penting kepada warga sekolah terutamanya pelajar. Huraikan pendapatan anda tentang faedah faedah Koperasi Sekolah.
Kebaikan Koperasi Sekolah
– Sekolah ialah platform utama yang mendidik murid menjadi cemerlang dalam pelbagai bidang
– Salah satu kemudahan di sekolah yang penting dalam sistem pendidikan ialah koperasi sekolah
– Koperasi sekolah dibuka waktu rehat dan pada waktu perantaraan sesi pagi dengan sesi petang
– Koperasi sekolah yang dianggotai semua murid dan dijaga oleh murid yang dipilih oleh guru
– Semua pelajar harus mengkaji kebaikan koperasi sekolah kerana tak kenal maka tak cinta
memudahkan murid memperoleh barangan keperluan
– koperasi sekolah memudahkan murid memperoleh barangan keperluan sebagai pelajar sekolah
– mengurangkan beban tugas guru dan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan belajar murid
– murid dapat membeli buku-buku kerja dan alat-alat tulis untuk kegunaan akademik mereka
– mereka dapat memanfaatkan koperasi sekolah yang menawarkan harga yang lebih berpatutan
– koperasi memberikan kemudahan kepada murid-murid untuk melengkapkan keperluan mereka
mengasah bakat keusahawanan murid
– koperasi sekolah berfaedah kerana mengasah bakat keusahawanan dalam kalangan murid
– murid dapat melibatkan diri dalam tugasan menjaga koperasi dan menjalankan tugas mereka
– membuat promosi, meningkatkan jualan, dan menjaga kaunter pembayaran di koperasi sekolah
– mencungkil bakat murid dalam bidang keusahawanan agar dapat bersaing dengan sihat
– murid dapat memupuk minat berniaga sekali gus menjadi ahli korporat terkemuka di negara
memupuk nilai-nilai murni
– koperasi sekolah juga berfaedah kerana dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid
– mereka dapat menjalankan tugas dengan nilai amanah dan bertanggungjawab sebagai jurujual
– nilai kejujuran dalam tingkah laku juga dapat dinilai dengan akauntabiliti dalam penjagaan wang
– koperasi sekolah dapat membimbing murid menjadi ahli korporat yang adil dan bertindak benar
– koperasi sekolah dapat menjadi platform pembelajaran sepanjang hayat diri anak-anak muda
menawarkan pelbagai perkhidmatan
– koperasi sekolah amat berfaedah kerana menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada murid
– dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk membeli baju sukan yang perlu ditempah khas
– murid dapat menempah lencana dan seluar trek serta baju sukan dengan harga yang murah
– koperasi sekolah bukan dibuka untuk mengaut keuntungan berlipat ganda daripada pelanggan
– murid dapat memiliki apa-apa kelengkapan yang amat berkualiti dengan harga yang berpatutan
Penutup Karangan Koperasi Sekolah
– koperasi sekolah banyak memberikan faedah jika setiap idea di atas kita hayati dengan baiknya
– koperasi sekolah ialah organisasi yang signifikan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah
– semua sekolah harus memastikan koperasi sekolah menjalankan fungsinya kepada murid
– sekolah akan menjadi tempat belajar yang bukan hanya mementingkan pencapaian akademik
– sekolah dapat menjadi tempat murid menguasai pelbagai ilmu termasuk ilmu konsumerisme
– sekolah juga akan menjadi pentas utama yang menyaksikan kejayaan dan kegemilangan murid
– semua sekolah diharapkan dapat memastikan koperasi sekolah berfungsi dengan baiknya
– semua murid dapat memanfaatkan koperasi sekolah agar faedahnya juga dinikmati oleh semua
– pengurusan sekolah haruslah memastikan koperasi sekolah terus memberikan faedahnya
Contoh Karangan: Faedah Koperasi Sekolah
Contoh Karangan: Peranan Koperasi Sekolah