Skip to content

Puisi Moden Tingkatan 3 – Sajak Kijang yang Lelah

Sajak Kijang yang Lelah

Sajak Kijang yang Lelah karya Wan Marzuki Wan Ramli merupakan puisi moden komsas tingkatan 3. Berikutnya maksud sajak, tema, persoalan, bentuk, gaya bahasa, nilai, pengajaran dan contoh latihan sajak ini.

Maksud Sajak Kijang yang Lelah

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di
tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

Maksud: Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan.

Gah – sombong/ takbur
Temulang – tulang dalam tubuh
Kudrat – kuasa

Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarya menguncup di perdu harap.

Maksud: Pada masa itu, sang kijang berasa sangat sedih dan risau. Sang kijang yang uzur hanya tinggal harapan sahaja kerana kekuatan dalamannya semakin hilang.

Batin – kekuatan yang wujud daripada daya jiwa
Perdu – pangkal pokok

Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Maksud:Namun hari ini, sang kijangcuba menguatkan dirinya untukmenghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupunberasa lelah dan tidak berdaya setelah keinginannya terhalang.

Jera – serik

Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.

Maksud: Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jeratmanusia dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutantebal walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan akal fikiran dan kewarasannya.

Gundah – bimbang


TemaSajak Kijang yang Lelah

TemaSajak Kijang yang Lelah ialah kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya.

Kijang ini yang sudah tua sangat sedih dan berasakan dirinya tidak diperlukan seperti zaman mudanya. Namun kijang tua ini optimistik dan meneruskan perjalannyadalam hutan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya.


PersoalanSajak Kijang yang Lelah

Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan
Contoh: Kijang tua yang cuba bangkit dengan kekuatan kakinya walaupun berasa lelah.

Persoalan sikap berhati-hati dalam kehidupan harian.
Contoh: Kijang tua tersebut lebih berhati-hati ketika hendak menapak.

Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan
Contoh: Keupayaan yang lemah bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran.

Persoalan menyedari kehidupan realiti
Contoh: Kijang tua yang sedar bahawa kekuasaannya akan berkurang apabila usianya meningkat.

Persoalan tentang perasaan warga tua.
Contoh: Warga tua sering berasa sedih, kesepian dan hilang keyakinan diri.

Persoalan tentang kekuatan semangat.
Contoh: Si kijang tua berada dalam keadaan yang lemah itu, hanya semangat yang mampu memberikan kekuatan.


BentukSajak Kijang yang Lelah

  1. Sajak ini berbentuk bebas.
  2. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
  3. Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contoh:
    • Rangkap 1: empat baris
    • Rangkap 2: lima baris
    • Rangkap 3: lima baris
    • Rangkap 4: sepuluh baris
  4. Bilangan patah perkataan bagi setiap baris sajak antara dua hingga tujuh patah perkataan.
  5. Perkataan terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.

Gaya BahasaSajak Kijang yang Lelah

Metafora
(maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan)
Contoh: Dedaun resah mula berguguran, Pepohon batin akhirnya tumbang.

Personifikasi
(perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak, contohnya emosi, hasrat, perasaan dan pertuturan)
Contoh: Menghambat waktu yang bersisa.

Responsi (perulangan perkataan di tengah baris)
Contoh: Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema, Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Asonansi
Contoh: terus mengorak penuh berhemah. (perulangan vokal e)

Aliterasi
Contoh: Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki. (perulangan konsonan k)

Hiperbola
Contoh: suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.

Rima akhir rangkap pertama ialah aaab,
Rima akhir rangkap kedua ialah aabcd,
Rima akhir rangkap ketiga ialah aabcb,
Rima akhir rangkap keempat ialah abccdeefee.


NilaiSajak Kijang yang Lelah

Nilai Ketabahan
Contoh: Seekor kijang tua yang tabah menghadapi perjalanan hidup yang semakin tua.

Nilai Kesungguhan
Contoh: Walaupun kijang sudah tua, dia masih cekal hati dalam meneruskan kehidupan.

Nilai Berhati-hati/ Berwaspada
Contoh: Kijang itu berhati-hati ketika berjalan agar tidak tersadung.

Nilai Berhemah tinggi
Contoh: Kijang tua menggunakan kewarasan akal fikiran setiap tindakan yang akan dilakukannya.

Nilai Dedikasi
Contoh: Kijang tua bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupan biarpun pelbagai halangan terpaksa ditempuhi.

Nilai Rasional
Contoh: Kijang tua mampu berfikiran logik dan terbuka bahawa kudratnya semakin lemah, sesuai dengan pertambahan usianya.

Nilai Berdikari
Contoh: Kijang tua berdikari dalam meneruskan hidupnya di hutan.

Nilai Keberanian
Contoh: Kijang tua berani menghadapi usia tua dan cabaran yang bakal dilaluimya dalam meneruskan hidupnya di hutan.


PengajaranSajak Kijang yang Lelah

Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup ketika menghadapi hari tua.

Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat sebarang tindakan.

Kita disarankan untuk mengamalkan sika berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara

Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.

Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan agar diri kita menjadi lebih baik.

Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara agar perkara yang dilakukan memberikan manfaat dalam kehidupan.

Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir dan menerimanya dengan hati yang terbuka.


Soalan Sajak Kijang yang Lelah

Perkara yang dilakukan oleh kijang pada rangkap keempat ialah kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah.

Tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah kita hendaklah tabah menghadapi kehidupan. Selain itu kita haruslah berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara. Akhir sekali, kita haruslah membuat sesuatu keputusan dengan menggunakan akal yang waras dan rasional.

Langkah-langkah yang dapat mengelakkan kemusnahan flora dan fauna adalah dengan melakukan penebangan hutan terancang. Penanaman semula perlu dilakukan apabila penebangan hutan dilakukan. Selain itu, Jabatan Perhutanan dan Perhilitan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas ke atas peneroka hutan haram.

Mengejar masa yang tinggal / Mengejar masa yang lebih.

– Kijang berasa sedih namun dia masih menaruh harapan untuk berkuasa kembali.
– Mencuba untuk berkuasa semula dengan kekuatan yang ada pada dirinya sementara mempunyai kesempatan meskipun berhadapan dengan cabaran.
– Lebih berhati-hati dalam tindakannya agar tidak kecundang dalam perjuangannya.
– Jauh di lubuk hatinya, kijang tersebut dengan sabar berazam untuk meneruskan perjuangan dengan lebih berhati-hati berpaksikan akalnya.

Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. Rima akhirnya bebas. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara dua hingga tujuh patah perkataan. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara empat hingga tujuh belas suku kata.

  • Tidak mudah ditipu.
  • Tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.
  • Sentiasa dapat membuat pertimbangan yang tepat.
  • Dapat mewujudkan keselarasan.

Personifikasi – dedaun resah, pepohon batin
Asonansi – Bimbang tersadung akar dan jerat (pengulangan vokal a)
Metafora – menjinjing tekad

Generasi muda hendaklah berani bangkit semula daripada kegagalan.Generasi muda mestilah memiliki ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran. Seterusnya, mereka perlulah tabah menghadapi cabaran dan menyusun strategi untuk menghadapi dugaan.

1 thought on “Puisi Moden Tingkatan 3 – Sajak Kijang yang Lelah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *