SARANAN KEPADA CALON SPM 2021

CALON SPM

1. Calon-calon perlu banyak membaca bahan seperti majalah, akhbar, jurnal untuk menambahkan pengetahuan, mematangkan fikiran, dapat mengikuti perkembangan semasa dan memantapkan penguasaan bahasa.

2. Calon hendaklah peka terhadap isu-isu semasa agar setiap idea yang disampaikan lebih bernas dan matang.

3. Idea yang relevan perlu dihuraikan dengan jelas, disokong dengan contoh-contoh yang sesuai.

4. Calon perlu memantapkan penguasaan tatabahasa, umpamanya latihan membina ayat, penggunaan imbuhan, aplikasi tatabahasa dalam ayat, aplikasi pembentukan perkataan; kata dasar kepada kata terbitan dan sebaliknya.

5. Calon-calon hendaklah sentiasa berlatih untuk menguasai pembinaan perenggan deduktif, induktif serta perenggan gabungan kedua-duanya.

6. Calon mestilah rajin merujuk kamus dan seperti Kamus Dewan untuk menambahkan pengetahuan tentang makna kata.

7.Calon hendaklah selalu membuat latihan menulis karangan dalam pelbagai format agar dapat menguasai semua format karangan dan dapat menyampaikan buah fikiran dengan bahasa yang lancar dan pengolahan yang menarik.

8. Sebelum menjawab soalan calon perlu mengetahui bahawa setiap soalan mengandungi dua bahagian, iaitu stimulus dan tugasan soalan. Seterusnya calon perlu membaca setiap soalan, kemudian membuat pilihan soalan yang hendak dijawab, menganalisis kehendak soalan, membina rangka karangan dan akhirnya menulis karangan yang dipilih.

9. Calon perlu menggunakan kosa kata luas dan tepat serta ayat-ayat yang gramatis dengan pengolahan yang menarik.

10. Penanda wacana yang betul hendaklah digunakan dalam karangan yang ditulis.

11. Jika ingin memasukkan unsur sastera seperti pantun, peribahasa atau perumpamaan pastikan calon benar-benar arif tentang unsur-unsur sastera berkenaan sama ada daripada segi maknanya mahupun penggunaan atau penulisannya. Calon tidak boleh mengubah struktur asal peribahasa tersebut.

12. Pastikan karangan yang ditulis disemak terlebih dahulu agar dapat mengurangkan atau mengelakkan sebarang kesalahan dalam aspek bahasa, ejaan dan kesalahan-kesalahan lain.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.