Kandungan
Berikutnya sinopsis Jendela Menghadap Jalan mengikut Bab. Novel ini mengisahkan perjalanan Lili yang awalnya enggan bercuti di kampung datuk neneknya namun akhirnya menemui pengalaman bermakna yang mengubah pandangannya.
Novel Jendela Menghadap Jalan merupakan karya Ruhaini Matdarin, komsas tingkatan 4 bagi Peperiksaan SPM.
Sinopsis Jendela Menghadap Jalan
Novel Jendela Menghadap Jalan mengisahkan perjalanan Lili yang pada mulanya berat hati untuk bercuti di kampung datuk neneknya tetapi akhirnya menemui pengalaman bermakna bersama rakan baharu, Geetha dan Danel.
Pengalaman ini membuatkan Lili belajar mengenai kehidupan kampung dan membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Lili menyaksikan perubahan sikap datuk dan neneknya yang mula bercerita tentang jendela menghadap jalan, serta persahabatannya dengan Geetha dan Danel yang berterusan melalui surat.
Nota Lengkap Novel Jendela Menghadap Jalan
Bab 1
Lili, seorang remaja berusia 17 tahun, terpaksa melupakan keinginannya untuk menghabiskan cuti sekolah terakhir bersama rakan-rakannya. Sebaliknya, dia harus pulang ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu, seperti yang diinginkan oleh ibunya. Walaupun hatinya tidak gembira, Lili berpura-pura gembira demi menjaga perasaan ibunya.
Ketika di rumah, ibunya mengajaknya ke bilik air dan memberi nasihat dari luar semasa Lili mandi. Usai mandi, ibunya masih berada di situ, membantu mengelap tubuh Lili seperti melayan anak kecil. Untuk menghilangkan kecurigaan ibunya, Lili melebarkan senyuman. Masa berkualiti antara ibu dan anak itu berakhir dengan pujian ‘budak baik’ daripada ibunya.
Peristiwa Novel: Lili menuruti sahaja permintaan ibunya yang meminta dia pulang bercuti di Dungu Terengganu kerana Lili merupakan seorang anak yang taat kepada ibu bapa. (Ketaatan)
Bab 2
Lili meninggalkan rumahnya di Kuala Lumpur dengan hati yang berat, menaiki bas ekspres menuju ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu. Ayahnya menghantarnya ke perhentian bas, dan Lili membawa dua buah beg pakaian, berpakaian tebal kerana ketika itu adalah musim tengkujuh. Perjalanan selama lapan jam itu dimulakan dengan Lili memilih tempat duduk di bahagian belakang bas, sambil membaca buku “Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan”.
Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Geetha memulakan perbualan tentang masa depan dan persaingan tetapi Lili tidak menetapkan apa-apa cita-cita dan merasakan dirinya tidak pernah bersaing dengan sesiapa.
Menyedari Lili tidak berminat, Geetha menubah perbualan terhadap herba lumatan Brahmi di India. Pandangan Lili beralih kepada seorang pemuda persis Cina atau kacukan yang sedang tersenyum kepadanya.
Peristiwa Novel: Lili menghabiskan masanya di dalam bas semasa perjalanan untuk pulang ke kampung dengan membaca buku panduan makanan sihat. (menghargai masa)
Bab 3
Geetha telah turun lebih awal di Pekan Sejahtera, manakala Lili meneruskan perjalanan hingga ke Pekan Sentosa. Pemuda berwajah Cina atau kacukan itu juga turun bersama, dan sebuah kereta sudah menunggunya. Lili sempat memasuki sebuah kedai untuk membeli oleh-oleh, tetapi akhirnya dia tidak membeli apa-apa kerana menyedari semuanya boleh didapati di kampung.
Semasa Lili sedang menunggu Abang Rashid datang menjemputnya, tiba-tiba pemuda tadi menegurnya. Lili berasa curiga, namun pemuda itu sebenarnya mahu memulangkan buku penjagaan kesihatan yang tertinggal. Pemuda tersebut mempelawanya untuk menumpang bersama, tetapi Lili menolak dengan sopan kerana dia sedang menunggu Abang Rashid.
Sebaik sahaja pemuda itu ingin bertanyakan namanya, Abang Rashid tiba, menyebabkan Lili berasa lega sementara pemuda itu kelihatan bingung.
Peristiwa Novel: Danel telah menghampiri Lili dan memberikan buku Lili yang tercicir. (Kejujuran)
Bab 4
Setibanya di kampung, Lili disambut oleh keindahan sawah bendang yang luas terbentang, mencipta suasana yang tenang dan damai. Dari kejauhan, dia melihat neneknya yang bertubuh kecil berada di tengah sawah. Pak Sahak, yang sedang menuju ke surau, sempat melambaikan tangan ke arahnya.
Sebaik sahaja nenek menghampiri bangsal Abang Rashid, Lili segera meraih tangan nenek dan menciumnya. Nenek mendongak untuk melihat wajah cucunya, separuh percaya cucunya di situ. Bagi nenek, kedatangan Lili jauh lebih berharga daripada oleh-oleh yang tidak sempat dibeli.
Dalam perbualan mereka, nenek memberitahu bahawa datuk sedang sibuk dengan gotong-royong menaikkan kubah masjid bersama penduduk kampung. Sambil memimpin tangan nenek menuruni bangsal, Lili menghilangkan kesangsian nenek bahawa dia bercuti dua minggu di kampung.
Peristiwa Novel: Lili memberikan wang kiriman kepada nenek seperti yang dipesan oleh ibu. (Amanah)
Bab 5
Datuk berkongsi tentang keunikan reka corak jendela dan pintu rumah kampung, tetapi sepanjang malam dia lebih banyak bercerita tentang pengubatan tradisional. Datuk yakin akan keberkesanan herba dan akar kayu dalam merawat penyakit, dengan kos rawatan yang lebih rendah.
Datuk pernah mengurangkan penderitaan seorang pesakit kencing manis yang sebelumnya menjalani rawatan bertahun-tahun lamanya di hospital. Namun, nenek menegur datuk agar tidak mempengaruhi Lili dengan kepercayaan terhadap pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Datuk mahu Lili menyaksikan proses rawatan penghidap penyakit strok, darah tinggi dan kencing manis.
Peristiwa Novel: Datuk memberitahu Lili bahawa dia masih mempercayai perubatan tradisional lebih daripada perbuatan moden seperti akar kayu.
Bab 6
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup cermin besar di dinding rumah dengan kain sarung untuk mengelakkan mata kilat. Nenek juga membakar kulit bawang putih agar rumah berbau wangi.
Lili membandingkan taman ibunya dengan halaman datuk yang dipenuhi herba. Ibu Lili suka seni taman ala Bali yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tujuan keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Masyarakat kampung lebih gemar merujuk kepada datuk apabila berdepan dengan masalah esihatan.
Nenek mencari bekas kemenyan pemberian Letchumi, tetapi gagal menemukannya. Lili menyedari betapa nenek menghargai pemberian orang lain dan kepentingan menjaga kepercayaan. Akhirnya, nenek menemui bekas itu di tempat yang tidak disangka.
Peristiwa Novel: Lili membantu nenek mencari bekas kemenyan kepunyaan datuk yang diberikan olehsalah seorang pesakitnya.
Bab 7
Lili dan neneknya pergi ke kedai runcit Letchumi, di mana mereka bertemu dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha.
Dalam perbualan, Geetha berkongsi bahawa ibunya pernah mengalami sakit teruk tetapi sembuh selepas mengamalkan ramuan herba buatan datuk Lili. Walaupun kini berbadan besar, ibunya tetap kelihatan sihat dan bertenaga. Geetha juga percaya bahawa generasi baharu dengan saiz badan yang lebih seimbang dapat dibentuk melalui amalan pemakanan yang sihat.
Selain itu, Geetha menasihati Lili agar mempelajari ilmu herba dan rawatan tradisional daripada datuknya, yang sangat dipercayai oleh penduduk Pekan Sentosa. Lili berasa bangga kerana kepakaran datuknya dalam bidang pengubatan tradisional turut dihargai oleh mereka yang bukan sebangsa.
Setelah hampir satu jam berbual, nenek mengajak Lili pulang agar mereka tidak mengganggu urusan keluarga Letchumi. Lili berasa gembira dapat bertemu semula dengan Geetha.
Peristiwa Novel: Nenek dan Makcik Letchumi merupakan sahabat baik yang sudah lama berkenalan malahan sudah mengetahui isi hati masing-masing.
Bab 8
Datuk banyak mengajar Lili tentang ilmu keagamaan dan sering mengujinya dalam perkara yang belum pernah diketahuinya sebelum ini. Datuk juga mengakui bahawa sikap ibu Lili yang kurang mengambil berat tentang ilmu agama berpunca daripada kesilapannya sendiri.
Semasa kecil, ibu Lili lebih cenderung belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding mendalami ilmu agama. Setelah melanjutkan pelajaran ke luar negara, menjawat jawatan penting, dan berkeluarga, ibu Lili semakin jauh daripada amalan keagamaan.
Sepanjang berada di kampung, Lili menikmati keenakan buah-buahan tempatan yang dikutip oleh Abang Rashid dari dusun.
Ketika di meja makan, nenek menegur Lili kerana menghalau dua ekor anak kucing yang menggesel kakinya. Lili akur dengan nasihat nenek supaya memberi kucing itu makan, walaupun dirinya masih fobia terhadap kucing akibat pengalaman dicakar semasa kecil.
Tiba-tiba, Pak Sahak datang ke rumah datuk untuk memaklumkan tentang kekecohan yang berlaku di surau. Datuk kelihatan tidak berpuas hati dengan Sugi, yang bukan sahaja menghasut ayahnya, William, supaya berhenti menerima rawatan tradisional, malah menghantar rakan sekerjanya untuk memujuk penduduk kampung agar menjual tanah mereka.
Peristiwa Novel: Kita tidak boleh melayan haiwan dengan buruk sebagaimana Lili menendang seekor kucing di dapur.
Bab 9
Danel, anak bongsu William Ng, berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil rakyat telah memberikan dua pilihan kepada penduduk kampung, sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid. Namun, kebanyakan penduduk memilih untuk membina kubah surau kerana kekurangan tanah. Selain itu, Danel turut membangkitkan isu kubah surau dan pewaris tapak surau yang mahu menuntut semula tanah tersebut.
Di samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan. Danel bercakap tentang kesukaran melaksanakan pantang larang perubatan tradisional dan proses ramuan ubatnya. Adik-beradiknya telah mendaftarkan William Ng dalam program pemakanan tambahan serta beralih ke program pemulihan moden yang lebih sistematik. Hal ini memerlukan rawatan tradisional datuk dihentikan.
Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris. Datuk hanya menjawab ‘hmmm’ kerana Danel tidak berbahasa orang tua.
Bab 10
Datuk menghiburkan rasa kecewa dengan merunung ke luar jendela. Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional kerana masih ramai penduduk kampung yang mempercayainya, termasuk ibu Geetha.
Datuk mula berkisah tentang sejarah kampung dan ayahnya yang menewaskan haiwan liar serta menjadi orang pertama membina rumah dengan jendela menghadap jalan. Lili ingin bertanya tentang jendela itu, tetapi datuk mengelak dan menukar topik.
Meskipun penerangan Danel menyentuh hatinya, hujah-hujah yang diberikan masih belum mampu mengubah pendiriannya. Datuk juga yakin bahawa William tidak mudah menerima pandangan Danel. Dahulu, kata-kata datuk sentiasa dihormati dan diterima oleh penduduk kampung, malah dia berjaya mengislamkan William. Namun, keadaan kini berubah apabila nenek mula menyindir dan menidakkan kata-katanya.
Sugi, anak sulung William, membawa kontraktor masuk ke kampung sehingga menimbulkan perbalahan antara penduduk, ada yang mahu menjual tanah, ada yang menentangnya.
Datuk kemudian meluahkan rasa kesal terhadap Danel yang didakwanya tidak pandai menjaga hati orang tua. Baginya, Danel tidak sepatutnya mencampuri urusan rawatan ayahnya. Lili hanya diam, tetapi dalam hati bercampur baur antara bersetuju dengan datuk atau menyokong pendirian Danel.
Bab 11
Datuk mencari tasbihnya yang hilang, tetapi tetap berzikir dan bersolat tanpa menggunakannya. Usianya kini sudah melebihi tujuh puluh tahun, dan kini dia terasa penat menempuh cabaran hidup. Selesai membaca dua halaman kitab, datuk termenung dengan linangan air mata yang tidak bertakung, menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan.
Datuk meminta Lili ke dapur untuk meminta nenek membuatkan secawan kopi. Tanpa berlengah, Lili akur dengan arahan dan nenek membawa kopi untuk datuk. Apabila melihat ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin untuk keluar, tetapi datuk memanggilnya kembali. Datuk ingin mendengar cerita tentang ibu Lili.
Apabila mendengar kisah zaman kanak-kanak ibu daripada datuk, Lili menyedari bahawa terlalu banyak rahsia dan perkara tentang ibunya yang tidak pernah diketahuinya. Barangkali inilah sebabnya ibu menghantarnya Lili untuk bercuti di kampung.
Bab 12
Isu kubah surau mencetuskan perpecahan dalam kalangan penduduk kampung. Perdebatan sama ada membina masjid atau mengekalkan surau lama semakin hangat. Bekas ketua kampung, iaitu Arwah Haji Salihin dan arwah ayah datuk pernah berpesan agar surau itu tidak diubah suai selama 50 tahun, kerana bimbang mengganggu ‘semangat’ yang membangunkan kampung. Namun, nenek menganggap kepercayaan itu tidak berasas.
Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak dua lelaki mengepit ayam jantan dan ayam betina dalam keadaan tergesa-gesa. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang.
Sebaik tiba di rumah, Lili melihat lima orang tetamu sedang berbincang serius dengan datuk dan nenek.
Bab 13
Lima orang tetamu dari Kuala Lumpur datang untuk memberitahu bahawa mereka sembuh setelah beralih kepada rawatan moden. Semua pesakit sudah lari dan datuk akur bahawa dia tidak boleh lagi bergantung kepada perubatan tradisional dan akan beralih semula kepada kebun dan perahunya.
Pada malam itu, datuk menyusun kayu api di bangsal belakang untuk menenangkan fikiran. Keesokan harinya, datuk terus menyusun barang-barang lama di rumah tanpa henti, seolah-olah menyusun kembali perasaannya.
Lili meminta izin nenek untuk melawat Geetha, tetapi kerana hari sudah senja, dia menukar rancangan dan pergi ke pekan bersama Abang Rashid. Di pasar malam, mereka menikmati nasi padang percuma dan membeli kemeja batik. Sepanjang perbualan, Abang Rashid mengelak apabila ditanya tentang perkahwinannya, meskipun dia sendiri bertanya kepada Lili sama ada dia mempunyai teman lelaki.
Bab 14
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya dan mendapati dia demam. Geetha mengadu bosan kerana tiada kawan, lalu Lili mempelawanya bermalam di rumah nenek. Setelah mendapat izin ibunya, mereka bertolak menuju ke perhentian bas.
Sambil berjalan, Geetha bercerita tanpa henti. Setibanya di rumah nenek, Lili segera menunaikan solat zuhur yang hampir luput waktu. Selepas itu, mereka berbual tentang seni bina rumah di kampung yang hampir serupa.
Pada petangnya, Geetha mencadangkan mereka mendaki bukit untuk melihat matahari terbenam. Lili tercungap-cungap mengekori Geetha yang begitu pantas, tetapi mereka akhirnya menikmati keindahan cahaya keemasan senja. Geetha kemudiannya mencadangkan melihat matahari terbit di jeti pada keesokan pagi.
Bab 15
Geetha dan Lili membantu nenek memasak sambil berbual. Geetha memberitahu nenek bahawa ibunya serasi dengan rawatan herba kampung, menggembirakan nenek. Sambil memasak, nenek membuka cerita zaman mudanya bersama datuk.
Pada sebelah malamnya, datuk masih belum pulang, menyebabkan nenek risau. Abang Rashid menolak basikalnya dalam kegelapan untuk mencari datuk. Keesokan waktu Subuh, datuk akhirnya pulang dengan dua bakul penuh akar kayu dan daun hutan. Nenek segera meleterinya, sementara Lili beredar ke bilik dan Geetha masih lena tidur.
Bab 16
Datuk tidak menunjukkan rasa bersalah atas kebimbangan nenek atau bersimpati dengan Abang Rashid yang keletihan mencarinya. Dia bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan.
Tiba-tiba muncul Danel dengan membawa buah-buahan dan makanan. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah mereka tidak pernah bertengkar sebelum ini.
Geetha berpendapat bahawa Danel cute, cool dan kemas. Geetha kemudian meminta izin pulang kerana telah berjanji dengan ibunya untuk bermalam hanya satu malam. Sebelum menghantarnya pulang, nenek meminta Lili ke kedai Ah Kwan membeli barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, tiga orang pemuda sedang dikejar oleh dua orang lelaki berparang. Lili membuat keputusan untuk meninggalkan kekecohan itu.
Setibanya di rumah, Lili terkejut melihat Danel meniarap diurut oleh datuk. Menurut kata nenek, kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang. Pada sebelah malamnya, Danel kembali ke rumah untuk menghadiahkan koleksi penulisannya kepada Lili.
Bab 17
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Lili hanya tertarik membaca dua artikel dalam buku Danel, iaitu:
1. Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom
Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Mereka beroleh pendapatan lumayan apabila beralih daripada tanaman kopi.
2. Perihal Pisang
Sejarah pisang bermula dar Palestin dan Mesir. Pisang menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan dan membantu penyembuhan penyakit kerana kandungan potasium yang tinggi. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18
Pak Sahak, Kiai Baharom, ketua kampung, dan Imam Sanusi datang ke rumah datuk untuk membincangkan isu kubah surau. Jika tiada jalan keluar, mereka perlu mendapatkan campur tangan wakil rakyat. Datuk menyalahkan cara membawa kemajuan, tetapi Ketua kampung membidas datuk kerana terlalu terikat dengan sejarah. Mereka kemudian ‘bertekak’ tentang nilai sejarah kepada ketua kampung yang bukan berasal dari situ.
Sementara itu, Lili terdengar bunyi ranting di jendela dan melihat Danel memberi isyarat mengajaknya ke pekan membeli minyak gamat. Setelah mendapat kebenaran nenek, mereka menaiki bas kerana kereta Danel digunakan abangnya.
Di dalam bas, Danel memberi alasan dia menulis artikel mengenai pisang, manakala Lili tidak memberitahu bahawa dia juga seorang penulis. Semasa berbual dengan pekedai minyak gamat dalam bahasa Mandarin, Danel menyebut Lili sebagai teman wanitanya. Danel kaget apabila Lili memahami bahasa Mandarin yang dituturkannya. Lili menyembunyikan kemahirannya dalam beberapa bahasa lain seperti Thailand, Jepun, Latin dan Spanish yang sedang dipelajari.
Bab 19
Sebelum pulang, mereka singgah di restoran makanan segera. Danel makan dua biji burger dan minuman berkarbohidrat yang mengundang penyakit darah tinggi, tetapi Lili hanya memesan jus epal kerana ingin makan di rumah nenek.
Danel memberitahu bahawa dia sering membantu nenek memasak tanpa pengetahuan Lili, dengan semua menu berasaskan pisang. Selepas itu, mereka singgah di pasar raya untuk membeli barang keperluan sebelum pulang menaiki bas.
Sebaik tiba di kampung, mereka ternampak anak Che Jah, Rafik yang memegang pisau dikejar oleh beberapa orang lelaki. Dalam keadaan kecoh, Rafik mengilas tangan Lili dengan kuat dan mengacukan senjata ke lehernya. Rafik mengugut untuk membunuh Lili jika ada sesiapa datang rapat.
Lili pengsan dan apabila tersedar, mendapati dirinya diikat dalam sebuah tempat kurungan yang busuk dan gelap. Dari perbualan Rafik dan seorang lagi anak Che Jah, dia menyedari bahawa dirinya dijadikan tebusan sementara mereka mencari jalan melarikan diri daripada buruan orang kampung.
Bab 20
Ketika Lili berkira-kira cara melepaskan diri, Danel datang menyelamatkannya kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafik dan Haziq.
Menurut Danel, Haziq merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan dengan kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terlibat dengan dadah dan jenayah mencuri. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-nyumpah supaya mereka segera ditangkap.
Setibanya di rumah nenek, Lili disambut dengan tangisan nenek yang bimbang akan keselamatannya. Penduduk kampung berkumpul di rumah itu, malah solat hajat turut diadakan.
Bab 21
Lili berasa simpati terhadap Rafik dan Haziq, menyedari bahawa nasib malang mereka berpunca daripada masalah keluarga. Sebaik sahaja bertemu Danel, dia terus bertanyakan nasib dua beradik itu, bukan soal tangkapan. Danel memberitahu bahawa tempat persembunyian mereka telah dirobohkan atas arahan ketua kampung. Namun, Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafik dan Haziq.
Menerusi maklumat yang diperoleh daripada nenek, sudah tentu banyak perkara yang bersifat negatif dan menyedihkan. Nenek berpendapat bahawa Rafik dan Haziq sukar berubah, seiring dengan pandangan Danel yang geram dengan sikap mereka.
Lili ingin mendapatkan maklumat yang lebih terbuka daripada Geetha, tetapi neneknya tegas melarang atas faktor keselamatan. Lili berasa terkongkong dan resah, berharap ada peluang untuk mencari kebenaran di sebalik nasib Rafik dan Haziq.
Bab 22
Abang Rashid memberitahu Lili bahawa Haziq dan Rafik telah ditangkap oleh penduduk kampung, manakala Haziq pula teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Lili merancang untuk ke rumah Che Jah bagi mengetahui keadaan sebenar. Sebaik tiba, Che Jah menyambut Lili dengan penuh kesopanan dan memohon maaf atas tindakan anak-anaknya. Lili memaafkannya dengan ikhlas dan dijemput untuk menikmati makan tengah hari.
Che Jah menceritakan kisah Haziq yang dahulunya seorang pelajar pintar tetapi akhirnya dibuang sekolah kerana sering ponteng dan melawan guru. Dia berubah menjadi nakal akibat pengaruh rakan sebaya yang negatif.
Walaupun Haziq terlibat dalam masalah serius, Lili tetap berasa simpati dan menganggap kunjungannya sebagai suatu pencapaian sosial kerana berjaya membina hubungan baik dengan keluarga tersebut.
Peristiwa Novel: Lili memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya dan meletakkannya di sebuah pondok buruk di kampong kerana Lili seorang yang pemaaf.
Bab 23
Nenek menegur Lili kerana terlalu mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang mereka boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja.
Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman, suami Che Jah, merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang lain yang berurusan dengannya.
Kelakuan buruk Seman termasuk berjudi, berhutang, menipu, dan minum arak, manakala anak-anak serta isterinya sering menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hati terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang gagal mendidik anak-anaknya dengan baik dalam usaha membina sebuah keluarga bahagia.
Peristiwa Novel: Lili dan datuk berbincang mengenai masalah Rafik dan Haziq yang dipukul teruk oleh bapa mereka, Seman kerana Lili dan datuk merupakan penduduk kampung yang prihatin terhadap jiran mereka.
Bab 24
Menjelang waktu Isyak, melalui jendela, Lili ternampak sebuah lori membawa kubah surau dengan bulan sabit di puncaknya. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita daripada datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini, isu pemasangan kubah surau menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk kampung.
Abang Rashid lebih suka jika sebuah masjid didirikan di kampung sebagai tanda kemajuan, begitu juga dengan Lili. Namun, bagi datuk, tidak kira sama ada surau atau masjid, yang penting adalah menegakkan ilmu agama.
Peristiwa Novel: Datuk dan Lili berbincang mengenai kubah yang bakal dipasang di bumbung surau using di kampung. Lili dan Abang Rashid merupakan golong muda di kampung tersebut menginginkan sebuah masjid yang teguh dan cantik manakala Datuk sebagai golongan tua kampung tersebut berpendapat bahawa tidak penting surau atau masjid, yang penting ialah sebuah tempat ibadat.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek bahawa dia ingin keluar, sama ada untuk melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Namun, nenek menasihatinya bahawa dalam keadaan sebegini, lebih selamat jika tidak berjumpa dengan sesiapa pun. Namun, nalurinya kuat mengatakan bahawa hari ini dia perlu berkomunikasi dengan seseorang.
Tidak lama kemudian, Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasaknya sendiri, sambil menyampaikan pesanan khas daripada ayahnya kepada datuk.
Sementara itu, berita kenaikan harga petrol dan diesel telah mengalihkan perhatian penduduk daripada isu kubah surau. Di mana-mana sahaja, penduduk kampung sibuk membincangkan kenaikan harga bahan api itu serta mengeluh tentang kesannya. Begitu juga dengan kenaikan harga barangan lain, termasuk kos perubatan. Datuk sempat memperli Danel bahawa hanya kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik.
Lili kemudian berkunjung ke rumah Che Jah untuk menziarahinya. Dia sempat melihat keadaan Haziq yang masih uzur akibat dibelasah oleh ayahnya. Berbeza dengan jangkaan nenek, Che Jah melayan Lili dengan penuh mesra. Lili turut memaklumkan kepada Che Jah bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa seminggu.
Peristiwa Novel: Lili berpendapat bahawa dia sedang mengalami proses pembesaran di mana dia ingin melakukan perkara yang dingininya.
Bab 26
Lili berpendapat bahawa terdapat dua cadangan yang perlu diketengahkan, iaitu pembinaan sebuah masjid dan laporan kepada biro pengaduan mengenai jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli keluarganya.
Namun, datuk menasihati Lili agar tidak terlalu memikirkan perkara yang berat dan lebih menumpukan perhatian kepada percutian sekolahnya. Sementara itu, Danel telah banyak membantunya, termasuk menyelamatkan nyawanya, membawanya ke pekan, dan dalam banyak hal mereka juga berkongsi pendapat yang sama.
Lili turut berpendapat bahawa tanggungjawab membangunkan kampung sepatutnya digalas oleh Danel sebagai penduduk tetap, dan dia perlu memperjuangkan perubahan tersebut.
Peristiwa Novel: Lili berbincang dengan Danel tentang masalah rumah tangga Che Jah dan pembinaan kubah di masjid supaya Lili boleh meminta pendapat Danel dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Bab 27
Nenek tiba-tiba bersuara dengan nada janggal sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyiapkan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Kelihatan ada sesuatu yang berlaku di sana hingga menyebabkan nenek begitu cemas untuk segera ke rumah Che Jah.
Lili dan Danel turut bergegas ke sana, namun mereka masih belum pasti apa yang sebenarnya terjadi. Sebaik sahaja tiba, kedengaran tempikan seorang lelaki yang jelas sedang berang. Suara itu datang daripada Seman. Beberapa orang berada di dalam rumah Che Jah ketika itu, namun suasana kelihatan tegang.
Tiba-tiba, seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah. Haziq rebah dengan tubuh yang berlumuran darah. Seman yang sedang naik angin dan dalam keadaan tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Namun, tiada seorang pun yang berani masuk campur untuk meleraikan keadaan. Mereka hanya mampu melihat apa yang sedang berlaku dengan penuh ketakutan.
Sementara itu, Che Jah menjerit meminta cerai kerana tidak lagi sanggup bertahan dengan sikap suaminya yang semakin bertindak melulu.
Peristiwa Novel: Nenek segera menyuruh Rashid untuk pergi ke rumah Che Jah untuk membantu Che Jah yang menjadi mangsa kepada suaminya yang ganas.
Bab 28
Che Jah masih belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman, masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam, dan kerap memukul anak-anak serta isterinya.
Seorang pesakit baru datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambil sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang berkaitan penyakit itu. Pesakit wanita yang bernama Puan Hamimah, dalam usia tiga puluhan, lebih selesa dipanggil Kak Mimah. Dia sanggup bermalam di rumah datuk untuk menghabiskan rawatan.
Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai Penolong Pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak, dan pengabaian warga tua. Lili mengambil kesempatan ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah supaya kes keluarga Che Jah dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi.
Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk- penduduk kampung.
Bab 30
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau di kampungnya. Mereka turut berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing, dan pokok vanila yang mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.
Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan rawatan, mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga yang dialami oleh Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang tentang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32
Berita mengenai kubah yang dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki bahawa angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang terkenal dengan kejahatan mereka pada masa lalu. Lili cuba menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu tanpa kepastian.
Datuk mengheret Rafik dan Haziq ke halaman rumah, dan penduduk kampung kelihatan bersedia untuk membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka melihat Rafik dan Haziq dalam keadaan lesu dan badan mereka penuh lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka, tetapi badan mereka tetap tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafik berdarah sebelum dia rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel agar biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33
Kak Mimah dan rakannya, Nadia, muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir tanpa dicari dan membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminya lah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafik dan Haziq. Tindakan Che Jah membiarkan pihak berkuasa mengambil tindakan wajar agar suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta mendapat bantuan daripada Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah akhirnya berjaya ditangkap oleh penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafik dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk kampung agar menjual tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya daripada kes penculikan cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan.
Namun, datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, iaitu penanaman Jatropha curcas, dan selama ini semuanya hanyalah salah faham.
Haziq semakin pulih daripada keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafik disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya mengalami banyak kerosakan. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Peristiwa Novel: Datuk menolong Sugi dalam menafikan kemasukan dua orang wakil pemaju syarikat yang datang untuk membeli tanah penduduk kampung dengan cara berbaik-baik dengan Pak Cik William.
Bab 35
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Peristiwa Novel: Datuk meminta Danel pulang setelah membantu datuk dan menghilangkan kerisauan ayahnya setelah sehari suntuk tidak pulang ke rumah.
Bab 36
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal pagi. Ibu tiba di kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur, sempat pula menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Datuknya, Haji Abdul Rahman, menceritakan maksud tersembunyi di sebalik jendela menghadap jalan, yang menyimpan terlalu banyak kisah silam sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis. Namun, sejarah jendela menghadap jalan itu sendiri tidak pernah dimasukkan dalam catatan rasmi. Neneknya, Hajah Aisyah Tan Abdullah, pula menceritakan kisah zaman silamnya yang berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu dan kehidupannya hingga ke hari ini.
Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafik pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan, dan kehidupan mereka telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa serta memahami makna sebenar di sebalik jendela menghadap jalan, manakala Danel sendiri telah banyak menulis artikel tentang pisang.
Peristiwa Novel: Sekitar tahun 1943, seorang pedagang Cina datang untuk membawa nenek pulang ke China kerana ibu nenek sedang sakit tenat. Namun, nenek membatalkan niat itu dan sehingga kini nenek tidak pernah menyimpan hasrat untuk pulang.
Nota Lengkap Novel Jendela Menghadap Jalan
Buku Novel: Bab 1 – 10 | Bab 11 – 25 | Bab 26 – 36
terbaik