Skip to content

Novel Di Sebalik Dinara – Nota dan Soalan Komsas Tingkatan 4

NOVEL DI SEBALIK DINARA

Novel Di Sebalik Dinara memaparkan Farisha, pakar penggodam sistem perkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu.Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Tema Novel Di Sebalik Dinara

Ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan menjadi tema kepada novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

Watak utama novel iaitu Farisha,  pakar penggodam sistem perkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu. Ayahnya, Karl mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai. 


Persoalan Novel Di Sebalik Dinara

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novelDi Sebalik Dinara, antaranya: 

  • Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi maklumat sehingga sanggup mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan misi seorang bapa.
  • Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan sistem teknologi maklumat.
  • Kemusnahan rumah tangga akibat tindakan suami atau bapa yang mementingkan teknologi maklumat.
  • Hubungan kasih sayang antara manusia walaupun bukan dari darah daging sendiri.

Persoalan sikap baik hati 
Contoh: Keluarga Azraai yang baik hati sanggup menerima Farisha sebagai  anak angkat mereka.

Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak
Marilyn/ Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada  dipergunakan oleh Karl yang taasub terhadap bidang sains. 

Persoalan kebijaksanaan dalam sesuatu bidang 
Karl bijak dalam bidang sains hingga berjaya mencipta cyborg seperti  Aqram, Alia dan Khairul Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. 

Persoalan penghargaan terhadap daya inovasi seseorang
Karl menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan sebagai  penghargaan atas kepintarannya dalam bidang sains.  

Persoalan manusia yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
Karl tidak mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia  menukarkan isterinya (Rusmina) menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina  tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya.


Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.  Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk  menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki  rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu  rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah  simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari  kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram  memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah  kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah  menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta  kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab  dalam tempoh empat minggu. 

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha  dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis  sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.  Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah  physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat  bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,  Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah  sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk  menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha  menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan  persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada  pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit  kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke  rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa  dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.  Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut  apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa  dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai. 

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram  mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha  namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu  menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang  penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang  merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk  mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,  Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak  memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk  menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan  Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida  menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan  melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung  dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik  Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal. 

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah  Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai  membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida  berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha  dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik  oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya  ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti  sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh  Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti  Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab  semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali  dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri  Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan  perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang  kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.  Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan  komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar  rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha.  Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk  berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat  pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya  ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan  aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.  Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan  bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam. 

Sinopsis bab demi babNovel Di Sebalik Dinara


PLOT Novel Di Sebalik Dinara

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi.

Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram berkenalan di dalam kapal terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu lagi dalam sebuah kovensyen berkaitan pengisian komputer.

Perkembangan
Aqram menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat letaknya sistem Dinara dengan tujuan membantu menggodam virus demi menyelamatkan Dinara.

Konflik
Konflik berlaku antara Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl mengekspolasi fikirannya  dengan menggunakan seorang banduan bagi tujuan ujikajinya.

Klimaks
Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara.

Peleraian
Karl akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri Shida. Buktinya dalam percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.


Teknik PLOT Novel Di Sebalik Dinara

Contohnya, perbualan antara Aqram dengan Farisha. Aqram menjelaskan bahawa dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Farisha semula di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Contohnya, pengarang memerihalkan ruang tempat kerja Farisha di Soft Lab ketika ditunjukkan oleh Aqram kepada Farisha. Antaranya, terdapat pusat data yang terletak beberapa meter dari bilik Farisha.

Contohnya, Shida bermonolog sendirian ketika dia pulang ke apartmen untuk mencari ubat Farisha. Ketika dia menyelongkar laci almari Farisha, dia hanya menemui ubat gastrik.

Contohnya, Azraai teringat kembali peristiwa pada 26 tahun lalu. Pada waktu itu, dua orang lelaki datang ke rumahnya dan menyerahkan Farisha kepada ibu dan bapanya.

Contohnya, pembaca ingin tahu dan tertanya-tanya misteri bunyi orang berlari menuruni tangga yang diperkatakan oleh Uncle Seng.

Contohnya, pembaca terkejut dan tidak menduga apabila mengetahui bahawa Aqram, Alia, dan Khairul Anwar ialah hasil kajian Karl. Aqram misalnya merupakan adik Karl yang cacat dan terencat akal. Aqram dan Alia ialah cyborg.


Peristiwa Di Sebalik Dinara yang menarik

Peristiwa pengakuan Aqram tentang asal usul dirinya.
Aqram telah menceritakan kepada Farisha dan Azraai tentang asal usulnya daripada manusia sehingga menjadi cyborg. Aqram sebenarnya ialah adik kandung kepada Karl dan terencat akal tetapi menjadi cyborg yang sempurna penampilannya serta kelihatan lebih muda daripada umur sebenarnya. Peristiwa ini telah benar-benar menarik perhatian kerana menimbulkan unsur kejutan dan dapat mengetahui identiti sebenar Aqram.

Pendedahan dan pengakuan Azraai tentang penyakit yang dialaminya serta status Farisha sebagai adik angkatnya.
Azraai akhirnya memberitahu Farisha tentang masalah penyakit jantung yang dialaminya dan juga status sebenar Farisha. Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya yang mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat. Peristiwa tersebut telah menarik perhatian saya kerana dapat mengetahui identiti sebenar Farisha dan juga keikhlasan Azraai untuk menceritakan perkara yang sebenar.

Peristiwa Ketaasuban manusia dalam mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
Karl terlalu taasub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga telah mengorbankan ramai manusia untuk menjadikan mereka sebagai bahan kajiannya. Karl juga telah menanam pelbagai implan dan memasukkan ubat-ubatan dalam tubuh Farisha (anaknya) ketika masih bayi bagi memastikan Farisha menjadi anak yang genius. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana dapat melihat sikap sesetengah individu yang melakukan pelbagai cara semata-mata untuk memenuhi impian hidup mereka walaupun bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan hidup manusia.

Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.

Selain itu, Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan menggunakan sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.

Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius. Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha dan merupakan saintis gila. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.


Watak dan Perwatakan Di Sebalik Dinara

Watak Utama: Farisha

  • Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
  • Anak angkat kepada keluarga Azraai.
  • Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat.
  • Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.
  • Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
  • Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.
  • Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.
    Berminat dan menyukai dengan perwatakan Aqram

Watak sampingan: Karl

  • Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau Medina.
  • Ayah kepada Farisha.
  • Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi robot.
  • Membangunkan Dinara.
  • Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya Farisha ketika baru lahir.
  • Pernah menerima agunerah Inovasi Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan.
  • Penyelidik dan pencipta sistem Dinara.
  • Terlantar sakit barah dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl berada dalam pemikiran Shida, walaupun telah meninggal dunia.

Watak sampingan: Aqra

  • Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha.
  • Bertugas di Soft Lab mengendalikan Dinara.
  • Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar.
  • Sering menjejaki Farisha.
  • Sebuah cyborg.
  • Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah Dinara kepada Farisha.
  • Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai dendam peribadi.
  • Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl.
  • Memiliki pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.

Watak sampingan: Shida

  • Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab.
  • Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul Anwar.
  • Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat dikesan.
  • Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk dijadikan ujikaji di Soft Lab.
  • Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.

Watak sampingan: Dr. Maxi

  • Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik.
  • Mengarahkan Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi pemikiran Farisha dan Shida.
  • Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat.
  • Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta

LatarNovel Di Sebalik Dinara

Latar Masa

  • Subuh- Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
  • Pagi – Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih belum kelihatan.
  • Pagi –Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke Stesen Bukit Nanas pukul 8.50 pagi.
  • Hari  – “Mekanik kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap,” jawab Rosman.
  • Malam –Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.
  • Petang –“Pukul 4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak melihat keadaan Farisha sekitar pukul 6.00 petang nanti,” Shida memberikan cadangan.

Latar tempat

  • Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa empat puluh minit lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.
  • Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.
  • Soft Lab –Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.
  • Rumah Karl- “Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab….
  • Puchong –“Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong…..”, terang Aqram.
  • Nusa Jaya –Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya…
  • Hospital – Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B…
  • Port Dickson – Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
  • Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga perlahan-lahan…
  • Berhampiran Kawasan Nilai – Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaan-kenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan sedikit kereta

Latar Masyarakat 

Masyarakat yang sentiasa bersyukur
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl.

Masyarakat yang penyayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

Masyarakat yang bijaksana dalam bidang yang diceburi
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badannya oleh bapanya, Karl.

Masyarakat yang gigih meneruskan kehidupan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsnya untuk menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.

Masyarakat yang patuh kepada arahan majikan
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

Masyarakat yang saling bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.

Masyarakat manusia cyborg
Aqram, Alia, Khairul Anwar dan beratus-ratus orang pekerja syarikat Soft Lab ialah manusia cyborg yang dicipta oleh Karl.

Masyarakat saintis yang taasub akan teknologi
Pasangan saintis iaitu Karl dan Marilyn berusaha mempelbagai rekaan untuk kepuasan diri. Karl mencipta ssstem Dinara dan menghasilkan manusia cyborg di Soft Lab. Akhirnya berpisah kerana saling mengalahkan antara satu sama lain.


Gaya BahasaNovel Di Sebalik Dinara

Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua, Bersama-sama, menggaru-garu

Contohnya  :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak

Contohnya : angkat-angkat kening.

Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan.
Contohnya : Bagaikan member amaran

Contohnya : saja, kejap, dah , tak,

Contohnya ; Dia mengganggap ini rezeki yang datang bergolek.
Contohnya ; …hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan.

Contohnya : Bahasa Inggeris – retinal scanner, penetrator, physical backup, hyperyisor.


NilaiNovel Di Sebalik Dinara

Nilai kasih sayang

Contohnya, hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dengan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

Nilai bertanggungjawab

Contohnya : Dr. Maxi bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem Dinara.

Nilai ketabahan

Farisha begitu tabah menhadapi pelbagai dugaan dalam percubaan menculiknya

Baik hati

Farisha tidak berdendam dengan Karl, iaitu ayah kandungnya yang banyak merencanakan kehidupan Farisha melalui penyelidikan sainsnya dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah terhadapnya.

Nilai keberanian

Karl begitu berani memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya.

Kebijaksanaan

Farisha berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dan menggodam pelayan data di Nusa Jaya hanya dalam tempoh sepuluh minit.

Kerjasama

Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka, iaitu Secured Shell.


PengajaranNovel Di Sebalik Dinara

Kita hendaklah bijak memanfaatkan teknologi dengan sebaik-baiknya.
Contohnya, Farisha memanfaatkan teknologi yang dikuasainya dengan mengilhamkan security loophole untuk menyahaktifkan dan menghilangkan virus untuk menyelamatkan sistem Dinara.

Kita hendaklah bersifat baik hati dan pemurah.
Contohnya, Shida sanggup menghantar Farisha ke stesen monorel apabila Farisha meminta bantuan daripadanya kerana kereta Rosman yang ditumpanginya mengalami masalah enjin.

Kita mestilah bertanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini, jangan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain, terutamanya ahli keluarga kita.

Kita hendaklah bekerjasama untuk menjayakan sesuatu misi atau perancangan.
Contohnya, Dr. Maxi, Aqram, Khairul Anwar dan kakitangan Soft Lab bekerjasama bagi memastikan misi menyelamatkan Dinara terlaksana daripada berlakunya kemusnahan.

Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan member kebebasan hak kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa.

Kita mestilah menyayangi anggota keluarga.
Contohnya, Azraai sangat menyayangi dan mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

Kita hendaklah gigih berusaha hingga berjaya.
Contohnya, Marilyn@Medina gigih mencari anaknya, Farisha yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.


Soalan Novel Di Sebalik Dinara

Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karyaDayang Noor. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, termasuk:

Persoalan kebijaksanaan saintis menghasilkan penyelidikan dan inovasi.
Karl telah mencipta mikrocip hasil kajiannya selama 20 tahun untuk dimasukkan ke dalam badan Farisha yang akan mampu menyalurkan pemikirannya kepada Farisha.

Persoalan kecanggihan teknologi alaf baru.
Apartment Farisha yang dilengkapi dengan retinal scanner dan intercom yang bersambung dengan rumah Azraai.

Persoalan sikap setia kawan yang tinggi.
Shida, rakan serumah Farisha sentiasa membantu Farisha ketika seperti manghantar Farisha ke stesen monorel, menghantar ke pejabat Soft Lab dan membantu Farisha menyemak dokumen kontrak.

Persoalan kasih sayang.
Walaupun Farisha merupakan anak angkat, Azraai menyayanginya seperti adik kandung.Marilyn tetap mencari anak kandungnya Farisha.Dia menggunakan segala kepakarannya untuk mengesan kedudukan Farisha.Karl yang sedang nazak mengalirkan air mata apabila mendengar Farisha memanggilnya ayah.

Persoalan sikap dengki dan berdendam.
Karl telah membuang nama Medina dalam setiap penyelidikan yang dulakukan walaupun Medina memberikan sumbangan yang besar. Ada pihak yang telah menyusupkan virus bom jangka ke dalam sistem Dinara untuk melumpuhkan syarikat Soft Lab.

Persoalan ketaksuban dalam dunia sains.
Oleh sebab kejayaannya yang cemerlang dalam bidang sains telah menyebabkan Karl telah tergamak mengubah kejadian alami anaknya dengan menanam mikrocip ke dalam tubuh anaknya sejak bayi tanpa bius.

Persoalan kesungguhan dalam menjalankan tugas.
Farisha telah berjaya menembusi sistem keselamatan Bank Sapurba kerana kesungguhannya.Aqram pula berjaya mengesan dan menemui Farisha setelah berusaha selama sebulan.Marilyn pula berjaya menemui anaknya Farisha setelah sekian lama terpisah semasa dia kurang siuman.


Farisha dan Rosman ialah pakar komputer. Mereka berganding bahu menjadi rakan sekerja dalam satu syarikat yang sama iaitu secured Shell Sdn. Bhd. Mereka bersama- sama berusaha untuk mendapatkan kontrak dalam bidang komputer. Farisha dan Rosman bersatu hati untuk menerima tawaran projek mini daripada Soft Lab yang terletak di Cyberjaya. Mereka sanggup menanggung risiko dngan halangan yang akan dihadapi.

Dr Maxi dan rakan-rakannya berusaha keras untuk menjayakan projek Dinara. Mereka menggunakan segala kebijaksanaan untuk mempergunakan Farisha dan Shida sebaik mungkin untuk projek Dinara.


Peristiwa Karl yang telah masuk ke dalam badan Shida teringat kembali kepada Medina yang digambarkan sebagai wanita yang pernah dicintai. Farisha teringatkan kembali kepada rakan sekolahnya yang telah menjadi mangsa kebakaran apabila rumahnya dijilat api. Alia teringat kembali asal usul dirinya yang dahulunya bernama Rusmina, pernah menjadi isteri dan hidup bahagia dengan Karl, tetapi akhirnya menjadi penderhaka.

Azraai terkenang kembali tentang peristiwa 26 tahun yang lampau iaiatu semasa dua orang lelaki datang berjumpa dengan keluarganya dan menyerahkan Farisha yang masih kecil untuk dijaga oleh keluarganya. Medina teringat kembali peristiwa Karl memindahkan ingatan seorang bekas banduan yang ditemuinya di pinggir kota ke dalam mindanya sehingga dia menjadi separuh gila. Aqram teringatkan kembali rahsia dirinya yang sebelum diberi identiti yang baharu. Umurnya yang sebenarnya ialah 60 tahun dan bernama Akeem, adik Karl yang terencat akal.


Farisha mendapat tahu abangnya Azraai mengalami masalah jantung. Dia juga amat tertekan apabila mengetahui dia anak angkat sehingga tidak dapat meneruskan sesi berhubung dengan Karl kerana dia akhirnya pengsan akibat tekanan darah sangat tinggi.

Konflik juga berlaku semasa dia berada di hospital apabila dia didatangi oleh orang suruhan Medina untuk memintas ‘WALL’ yang ada dalam otak Farisha. Farisha juga terkejut apabila dia mendapat tahu dia anak tidak sah taraf.

Konflik terhadap Farisha juga terjadi apabila dia mendapat tahu bahawa ibunya pernah hendak membunuhnya. Farisha jatuh sakit setelah menjalani tiga kali sesi pemindahan maklumat tersebut sebelum maklumat sepenuhnya diperoleh daripada Karl.


Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara, Karya Dayang Noor. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utama, iaitu Farisha dalam novel ini.

Cabaran untuk melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.
Farisha sahaja yang mampu menggodam sistem bank tersebut kerana pasukan yang menggantikan Farisha selepas peristiwa itu gagal menembusi lapisan rangkaian keselamatan Bank Sapurba.

Cabaran untuk menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya seorang anak angkat.
Hal ini diketahui sewaktu Farisha berkunjung ke rumah abangnya Azraai, Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya. Fail tersebut mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat.

Cabaran sewaktu bersemuka dengan bapa kandungnya.
Farisha dibawa berjumpa dengan bapa kandungnya, iaitu Karl ketika Karl berada dalam keadaan yang semakin kurang stabil. Melalui pertemuan itu juga Farisha akhirnya mengerti bahawa tujuan dia ditawarkan projek bernilai RM1.5 juta adalah semata-mata untuk menyelamatkan sistem Dinara kerana Karl tidak boleh melakukannya secara bersendirian.

Cabaran sewaktu dia sakit selepas berkomunikasi dengan Karl.
Farisha yang mengalami tekanan darah tinggi telah pengsan dan dirawat di hospital. Masalah yang timbul akibat kesan daripada mikrocip yang terdapat dalam tubuhnya.

Cabaran apabila Farisha ingin diculik oleh Karl dan konconya.
Farisha yang menjadi mangsa keadaan telah menjadi mangsa culik. Oleh itu, Azraai telah membawa lari Farisha supaya tidak diculik oleh Karl.


Farisha tabah menghadapi cabaran apabila karl telah memasukkan mikrocip di dalam tubuhnya. Cara mengatasinya ialah Farisha telah melarikan diri daripada karl supaya tidak dijadikan sebagai uji kaji.

Farisha juga tabah menghadapi masalah diculik oleh Karl dan konconya. Cara mengatasinya Azrai telah membawa lari Farisha supaya tidak ditangkap oleh Karl.

Farisha tabah menghadapi penyakit yang dihadapi akibat kesan daripada mikrocip yang terdapat pada tubuhnya. Cara mengatasinya Farisha telah dirawat di hospital.


Watak sampingan – Karl

Seorang saintis yang hebat mencipta pelbagai teknologi.
Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama. Selain itu, Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.

Seorang yang bersaing kehebatan dalam bidang teknologi.
Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya bersaing dengan Merilyn @ Medina. Farisha dijadikan bahan kajiannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian, termasuk anaknya sendiri.

Seorang yang tidak berperikemanusiaan
Karl telah mendera Alia (Rusmina) kerana tidak mahu memeluk agamanya sehingga cacat. Selain itu, Karl juga menjadikan Alia dan Aqram sebuah robot demi kepentingan dirinya.


Watak sampingan – Aqram

Seorang berbudi bahasa.
Aqram telah menegur Farisha dengan sopan semasa mereka bertemu di lapangan terbang Senai.

Seorang yang bijaksana
Aqram telah mengambil cawam minuman Farisha untuk membuat DNA darah.

Seorang yang patuh kepada ketua
Aqram sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

Seorang yang berperikemanusiaan.
Aqram meminta Dr maxi menghentikan sesi yang dijalankan terhadap Shida.


Nilai kasih sayang
Azraai amat menyayangi adiknya Farishab walaupun Farisha hanyalah anak angkat.

Nilai kerjasama / tolong menolong
Rosman bekerjasama dengan Azraai untuk mengesan Farisha yang telah diculik oleh orang-orang Marilyn.

Nilai keberanian
Farisha berani menerima tawaran berjumlah RM1.5 juta daripada Syarikat Soft Lab untuk menggodam siatem Dinara dalam masa empat minggu sahaja.

Nilai kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl.

Nilai setia kawan
Shida setia kawan kerana selalu membantu Farisha semasa Farisha memerlukan bantuannya.

Nilai kerajinan
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama dan beusaha gigih untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara. Farisha dan Rosman rajin menambahkan ilmu mereka dengan menyertai simposium tentang penggodaman sistem di Hotel Renaissance.

Nilai keprihatinan
Khairul dan Aqram prihatin terhadap situasi yang dialami oleh Shida dan mereka meminta Dr. Maxi membetulkan memori Shida.

Nilai Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl.


  • Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat perkongsian mereka iaitu Secured Shell.
  • Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
  • Farisha dan Alia bekerjasama untuk menggondam komputer di Soft Lab.
  • Rosman dan Farisha bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
  • Karl bersama Medina pada peringkat permulaan bekerjasama membina Dinara.

Kepincangan masyarakat dalam hubungan kekeluargaan. Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat disebabkan pertelingkahan antara kedua ibu bapanya iaitu Karl dan Medina untuk menjadi seorang saintis yang paling terkemuka sehinggakan membahayakan nyawa Farisha.

Kepincangan masyarakat dalam penyalahgunaan teknologi. Karl seorang saintis terkemuka telah memasukkan mikrocip khas ke dalam tubuh Farisha bagi membolehkannya pemikirannya disalurkan kepada Farisha.

Kepincangan masyarakat tidak mempunyai sifat perikemanusiaan. Dr Maxi tetap ingin meneruskan ujian terhadap Shida walaupun keadaan Shida semakin teruk dan kemungkinan otaknya akan rosak sekiranya ingatan tidak dipadamkan.

Kepincangan masyarakat yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.

Kepincangan masyarakat melakukan kesalahan jenayah untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Medina sanggup mengupah Farid dan Amin untuk menculik Farisha untuk berjumpa dengannya dan menyatakan dia amat menyayanginya.


Peristiwa Azrai menjaga Farisha di hospital. Peristiwa ini menarik kerana walaupun Azrai dan farisha hanyalah adik-beradik angkat tetapi hubungan kasih sayang mereka amat akrab.

Perisitwa Farisha menjadi uji kaji oleh Karl dan Dr. Maxis. Perisitwa ini menarik kerana kita dapat lihat kecanggihan dan kemodenan sains dan teknologi pada masa kini.

Peristiwa Shieda menggantikan tempat farisha untuk bekerja di Soft Lab. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan hubungan akrab antara sahabat tidak mengenal waktu susah atau senang.

Peristiwa Azrai memasang retinal Scanner di rumah Farisha. Peristiwa ini menarik kerana kecanggihan penggunaan sains dan teknologi.

Peristiwa Karl membawa lari Farisha daripada Medina. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan perasaan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya yang akan dijadikan bahan uji kaji oleh ibunya sendiri.


Peristiwa seorang bapa, iaitu Karl yang sanggup menjadikan anaknya, iaitu Farisha sebagai bahan uji kajinya. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Farisha agar Farisha menjadi anak yang genius. Karl tidak menggunakan bius ketika menanam implan dalam tubuh Farisha ketika masih bayi. Peristiwa ini telah menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca kerana tergamaknya seorang bapa kandung menanam implan ke dalam tubuh bayi yang masih kecil. Seharusnya seorang bapa mestilah mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada anaknya dan bukan menganiayai anaknya.

Peristiwa Shida menjadi galang ganti Farisha kerana ketika itu Farisha di dalam hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. Selain itu, Shida telah menjadi trauma apabila berinteraksi di bawah sedar dengan Karl. Setelah Shida berinteraksi dengan Karl, watak Shida yang asalnya menjadi seorang wanita periang telah menjadi seorang yang murung dan trauma. Peristiwa ini telah meninmbulkan rasa simpati pembaca terhadap pembaca kerana Shida tidak mempunyai kepakaran mengenai komputer.

Peristiwa Karl memukul isterinya, Rusmina hingga cedera parah kerana enggan meninggalkan agamanya. Kemudian Rusmina dibina kembali menjadi manusia cyborg dan ditukar identiti menjadi Alia Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana untuk memenuhi impiannya, Karl sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencederakan isterinya, Rusmina.

Peristiwa Dr. Maxi tidak memulihkan ingatan asal Shida yang kini fikirannya dipenuhi oleh ingatan dan perasaan Karl. Hal ini menyebabkan Shida kehilangan diri sendiri dan menjadi tidak siuman. Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati kepada pembaca kerana Karl sanggup menjadi Shida sebagai bahan ujikaji dan sengaja tidak memulihkan ingatan asal Shida sehingga menjadikan Shida kurang siuman.

Peristiwa Marilyn dibina kembali menjadi manusia cyborg dengan memasukkan minda banduan dan ditukar identiti menjadi Medina. Peristiwa ini berjaya meraih simpati pembaca kerana manusia Marilyn telah tidak berupaya menjadi manusia sepenuhnya.


Peristiwa yang memberikan teladan ialah Peristiwa di mana Aqram, Dr Maxi dan kakitangan Soft Lab bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada kemusnahan. Aqram dan Dr Maxi bersungguh-sungguh menjejaki Farisha untuk menyelamatkan Dinara daripada musnah. Mereka mencari Farisha kerana mereka yakin Farisha boleh menyelamatkan Dinara daripada musnah.

Peristiwa Farisha berasa amat bersyukur dan reda di atas ketentuan Allah, di mana Farisha dibesarkan oleh keluarga angkat beragama Islam dan diberi sepenuh kasih sayang seperti keluarga sendiri.

Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.

Peristiwa Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai. Peristiwa ini wajar diteladani pembaca kerana dalam hidup kita hendaklah sentiasa berhati-hati ketika membuat keputusan.

Peristiwa Farisha dan Rosman menghadiri simposium Keselamatan Sistem di Hotel Renaissance untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer walaupun mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut. Jelaslah peristiwa ini boleh diteladani meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer walaupun mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut.

Peristiwa Azrai dan ibu bapanya menjaga dan mendidik Farisha dengan baik serta merahsiakan identitinya seperti yang diamanahkan oleh Dr. Maxi dan Aqram ketika menyerahkan bayi itu kepada ibu bapa Azrai. Azrai dan ibu bapanya menjaga amanah yang telah diberikan.

Peristiwa Farisha, Aqram dan Karl menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan memelihara alam sekitar. Mereka sangat menyayangi dan menghargai alam sekitar dan peristiwa ini boleh diteladani oleh pembaca.


Masyarakat saintis yang banyak melakukan penyelidikan.
Karl, Medina, Dr. Maxi, dan kakitangan Soft Lab banyak menjalankan ujikaji dan penyelidikan. Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan.

Masyarakat yang bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
Karl dan Medina bersaing untuk menunjukkan kehebatan hasil kajian mereka berdua.

Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai memasang ‘retinal scanner’ di rumah Farisha untuk melindungi keselamatan adiknya daripada jenayah yang berleluasa.

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak mempedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.

Masyarakat yang celik ICT.
Farisha hebat dalam dunia ICT sehingga berjaya menggodam komputer di Soft Lab.


Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’.

Lapangan Terbang Senai
Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.

Monorel – Stesen kereta api ke Puchong
Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu.

Rumah agam Karl di Puchong
Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.

Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.

Arkib Syarikat Soft Lab
Shida meneliti maklumat tentang Medina. Tiba-tiba Alia datang membawa Shida menemui Dr. Maxi di Makmal B.


1. Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah.

2. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.

3. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan.

4. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka.

5. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.

6. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl.

7. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl.

8. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.


Tema Novel Di Sebalik Dinara dan buktinya.

Tema Novel Di Sebalik Dinara ialah Ketaasuban terhadap sains dan teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan. Buktinya ialah sikap Karl yang sanggup melenyapkan Marilyn yang merupakan pesaingnya apabila Karl merasakan bahawa Marilyn lebih hebat daripadanya.

Siapakah watak utama novel ini.

Watak UtamanovelDi Sebalik Dinara ialah Farisha. Dia berusia 26 tahun dan merupakan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat dan pemilik Syarikat Secured Shell Sdn Bhd. Farisha seorang yang bijak kerana mudah memahami dan menggodam rangkaian sistem Dinara. Dia juga seorang yang berwaspada kerana berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

3 thoughts on “Novel Di Sebalik Dinara – Nota dan Soalan Komsas Tingkatan 4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *