Skip to content

Nota Komsas: Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Drama Tenang-tenang Air di Tasik karya Norhashimah Hashim merupakan Komsas Tingkatan 3. Berikutnya tema, persoalan, sinopsis, watak perwatakan, latar, nilai dan pengajaran drama ini.

SinopsisDrama Tenang-tenang Air di Tasik

Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar yang memberitahu ibunya tentang kerelaannya untuk melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana dia bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu. Menurut ibunya lagi, tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

Walau bagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih kumpulan peserta itu memandangkan ramai pekerja di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga berjanji untuk menjaga keselamatannya sepanjang empat hari tiga malam dia berada di tempat peranginan tersebut. Azizi berasa hairan apabila Muzafar menceritakan kisah ibunya yang melarangnya melatih kumpulan orang cacat penglihatan sedangkan ibu Muzafar merupakan seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh. Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu menyayanginya sehingga menyebabkan dia berasa bimbang dan bertindak sedemikian.

Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan itu dengan baik dan mesra. Kumpulan itu terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul, Haris, dan Chee Keong.

Pada malamnya, Azizi bersembang dengan Muzamir di beranda chalet. Dalam perbualan mereka, Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar kerana dia akhirnya berpeluang merasai pengalaman berkayak. Hal ini demikian kerana Muzamir berasa kecewa terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya sebagai orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka.

Seterusnya, Nurul dan Azizi bercerita tentang peristiwa ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai yang telah ditempuhi oleh mereka. Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membantu pasukannya sepanjang ekspedisi tersebut. Azizi juga berterima kasih kepada Nurul, Haris dan Chee Keong yang turut membantu untuk memudahkan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai pada siang itu. Azizi juga memperoleh pengajaran dan menyatakan kekagumannya terhadap Nurul, Haris dan Chee Keong yang mempunyai darjah kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan membimbing rakan-rakannya yang cacat penglihatan sehingga mereka mampu berkayak dengan begitu baik.

Dalam perbualan antara Muzafar, Haris, dan Nurul, Muzafar dapat mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar membelek mukanya di hadapan cermin untuk melihat persamaannya dengan Muzamir. Azizi menegaskan bahawa Muzafar dan Muzamir banyak mempunyai persamaan dari segi wajah dan perawakan.

Muzafar pulang ke rumah setelah aktiviti ekspedisi berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam bersama Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Ibu Muzafar bersyukur apabila anaknya, Muzafar pulang ke rumah dengan selamat. Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan oleh anaknya, Muzafar.

Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang perasaannya sewaktu dia membantu Muzamir akibat kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.


TemaDrama Tenang-tenang Air di Tasik

TemaDrama Tenang-tenang Air di Tasik ialah sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

Sikap ini ditunjukkan oleh ibu Muzafar yang memandang rendah terhadap golonganOKU yang dianggapnya menyusahkan dan membebankan apabila Muzafar menyatakan kesanggupannya melatih golongan itu berkayak. Selain itu, tindakan keluarga kandung Muzamir yang sanggup menyerahkannya kepada keluarga angkat juga menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menerima hakikat kecacatan Muzamir itu. Keengganan rakan-rakan sepejabat Muzamir mengajaknya turut serta dalam ekspedisi berkayak juga memperlihatkan diskriminasi yang dilakukan oleh mereka terhadap golongan orang kelainan upaya ini.


PersoalanDrama Tenang-tenang Air di Tasik

Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
Contoh Peristiwa: Ibu Muzafar yang bimbang tentang keselamatan anaknya kerana terpaksa melatih peserta-peserta cacat.

Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar
Contoh Peristiwa: Muzamir berani berkayak walaupun dia merupakan orang kelainan upaya yang cacat penglihatan.

Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti
Contoh Peristiwa: Muzafar dan Azizi memberikan kerjasama dan bantuan dalam melatih para peserta yang cacat penglibatan itu berkayak. Turut membantu mereka berdua ialah Haris dan Nurul yang merupakan sukarelawan pertubuhan cacat penglihatan itu.

Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan
Contoh Peristiwa: Ibu Muzafar tidak mengizinkan anaknya melibatkan diri dalam melatih para peserta yang cacat penglihatan itu berkayak disebabkan dia bimbang keselamatan anaknya itu.

Kepentingan sikap bertoleransi dalam melaksanakan tugas
Contoh Peristiwa: Muzafar sanggup menawarkan dirinya untuk melatih dan mengiringi para peserta cacat penglihatan berlatih kayak sebelum mereka terlibat dalam ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Dia berbuat demikian kerana banyak kakitangan tempat peranginan itu yang bercuti dan mempunyai komitmen yang lain.

Kegigihan dalam mempelajari ilmu baharu
Contoh Peristiwa: Muzamir gigih berlatih cara-cara berkayak dengan betul sebelum dia dan rakan- rakannya melakukan ekspedisi berkayak di Tasik Permai.

Kasih sayang antara dua insan yang bersaudara
Contoh Peristiwa: Muzafar menitiskan air mata ketika bersalaman dan berpelukan dengan Muzamir sebelum Muzamir berangkat pulang.


Binaan Plot Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Muzafar memberitahu ibunya berkaitan dengan tugasnya yang akan melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan untuk berkayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan dengan baik dan mesra. Mereka terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Keesokannya, Azizi dan Muzafar mula memberi tunjuk ajar dan melatih peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul. Azizi dan Muzafar dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris.

Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris.

Muzamir meluahkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya disebabkan dia merupakan orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan sangat gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka.

Muzafar mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar pulang ke rumah setelah program selama empat hari tiga malam bersama-sama dengan Muzamir dan rakan-rakannya tamat.

Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai oleh para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan itu.

Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir.

Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang suatu perasaan lain yang dirasainya sewaktu dia membantu Muzamir apabila kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.


Teknik Plot Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Pemerian
Muzafar dan Azizi berdiri di hadapan Tasik Permai. Bersamasama mereka ialah Haris, Nurul, Lidia dan peserta-peserta ekspedisi yang cacat penglihatan. Kelihatan Mereka sudah lengkap dengan pakaian dan peralatan berkayak. [hlm. 70]

Dialog
Nurul: Kesian abang.
Azizi: Kesian apa pula, Nurul?
Nurul: Kami menyusahkan abang. Yalah, keịap abang terpaksa berkejar ke depan. Keịap, abang terpaksa berpatah balik ke belakang. Abang tak letih, ke?
[hlm. 75]

Imbas kembali
Muzafar: Malam tadi, Nurul dan Haris kata, muka dan perawakan saya macam muka dan perawakan Zam. [hlm. 78]

Imbas muka
Muzafar: (Mengeluh) Entahlah, bang. Saya sendiri tidak faham apa makna semua ni. Yang pasti, sejak saya bertemu Zam banyak persoalan baru mula berlegar-legar dalam kepala saya. Dan, saya yakin mak saya tahu semua jawapan kepada persoalanpersoalan itu. [hlm. 82]

Monolog
Muzamir: Adubai tasik! Damai sungguh hati ini apabila merasa kedinginan airmu. Ah! Tenteramnya jiwa ini mendengar airmu mengalir tenang. Tetapi, setenang itukah hati kami yang datang bertandang ke mari? Dan, setenang itukah juga hati orang yang menyambut kami di daerahmu ini? [hlm. 66]


Watak Perwatakan Tenang-tenang Air di Tasik

  • Anak tunggal dalam keluarganya dan disayangi oleh ibunya.
  • Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.
  • Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas pegawai.
  • Dia bekerja di sebuah tempat peranginan di Permai Resort.

Seorang yang amanah dan bertanggungjawab
Muzafar bertanggungjawab dan amanah untuk memantau dan mengajar peserta cacat penglihatan menjalani latihan berkayak.

Seorang yang penyayang
Muzafar amat sayang akan ibunya dan mendengar kata ibunya.

Seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu perkara
Muzafar gigih mengajar peserta-peserta ekspedisi yang cacat penglihatan untuk berkayak.

Seorang yang rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan
Dia bertegas untuk melatih dan memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara berkayak dengan betul kepada para peserta cacat penglihatan meskipun ibunya melarang.

  • Suaminya telah meninggal dunia dan seorang wanita yang pandai bergaya moden.
  • Bekas pegawai dan kini aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa Kaum Ibu.
  • Disegani serta merupakan pemimpin wanita yang berpandangan jauh dan unggul.
  • Bijak menyimpan rahsia apabila dia merahsiakan hal keluarga daripada Muzafar.

Seorang yang penyayang.
Ibu Muzafar sangat menyayangi Muzafar dan risau jika apa-apa terjadi pada Muzafar semasa melatih peserta-peserta yang cacat penglihatan.

Seorang yang mementingkan status dan maruah keluarga.
Ibu Muzafar sanggup menyerahkan anak kandungnya, Muzamir yang cacat penglihatan kepada orang lain kerana berasa malu mempunyai anak yang cacat.

Seorang yang prejudis terhadap golongan kelainan upaya
Ibu Muzafar bersikap prejudis terhadap orang yang cacat penglihatan yang mengikuti ekspedisi berkayak ini.

  • Muzamir sebaya dan seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perawakannya.
  • Dia berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor disebabkan dia dilahirkan buta.
  • Dilahirkan dalam kalangan keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi semasa dia berusia tiga bulan, dia diserahkan kepada keluarga angkat di Johor kerana dilahirkan cacat.

Seorang yang tabah menjalani kehidupan
Dia menghadapi cabaran kerana rakan-rakan sepejabat yang memandang rendah terhadapnya golongan kelainan upaya.

Seorang yang seiras dengan Muzafar
Muzamir seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perwatakan .

Seorang yang gigih
Muzamir gigih menjalani latihan berkayak sebelum menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai walaupun mempunyai kekurangan dari segi penglihatan

Seorang yang sentiasa bersyukur
Muzamir sentiasa bersyukur dan tidak pernah merungut akan kecacatan penglihatannya.

  • Pekerja di Permai Resort dan rakan kepada Muzafar
  • Seorang yang peramah dan bersikap baik hati terhadap semua orang
  • Seorang yang gigih dalam mengajar sekumpulan peserta yang cacat penglihatan berkayak

Seorang yang menghormati orang lain
Dia amat menghormati Muzafar dan para sukarelawan serta kumpulan peserta berkayak yang lain.


Latar Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Latar Tempat Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Rumah batu mewah
Ibu Muzafar menyatakan keberatannya untuk membenarkan Muzafar melatih dan mengiringi sekumpulan peserta ekspedisi yang cacat penglihatan berkayak merentasi Tasik Permai.

Tasik Permai
Azizi dan Muzafar menerangkan caracara berkayak dengan betul kepada semua peserta ekspedisi.

Studio, Permai Resort
Muzafar membawa ibunya menonton video para peserta yang cacat penglihatan melakukan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai.

Beranda Chalet
Muzamir dan Azizi berbual di beranda pada waktu malam.

Studio
Muzafar membawa ibunya menonton video rakaman ekspedisi berkayak yang disertai oleh 36 orang peserta.


Latar Masa Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Waktu pagi
Azizi dan Muzafar menyambut ketibaan sekumpulan peserta ekspedisi yang terdiri daripada 36 orang di pekarangan Permai Resort.

Waktu siang
Azizi dan Muzafar menerangkan cara-cara untuk memberikan dan mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku peristiwa kayak terbalik semasa mereka sedang berekspedisi kepada para peserta.

Waktu malam
Azizi dan Muzamir bersembang mengenai aktiviti latihan berkayak yang telah diadakan pada waktu siang tadi.

Empat hari
Muzafar bersama kumpulan Muzamir berlatih kayak selama empat hari.


Latar Masyarakat Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya
Ibu Muzafar amat menyayangi anaknya, Muzafar dan amat bimbang akan keselamatannya.

Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang
Muzamir berani berkayak walaupun dia merupakan orang kelainan upaya yang cacat penglihatan.

Masyarakat yang bekerjasama dan dalam menjayakan ekspedisi berkayak
Muzafar dan Azizi memberikan kerjasama yang baik dalam melatih peserta yang cacat penglihatan itu berkayak.

Masyarakat yang beranimenyahut cabaran
Peserta-peserta berani menyahut cabaran dengan melakukan aktviti yang mencabar keupayaan mereka yang mempunyai kecacatan penglihatan.

Masyarakat yang bekerjasama dan bantu-membantu
Muzafar dan peserta bekerjasama serta saling bantu-membantu dalam menjayakan ekspedisi berkayak.

Masyarakat yang gigih mempelajari
Muzamir dan rakan-rakannya gigih mempelajari ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri mereka.


Gaya Bahasa Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Bahasa Arab
Contoh: Insya-Allah; Assalamualaikum.

Bahasa Inggeris
Contoh: rafting; commando rescue; water confidence.

Metafora
Contoh: lautan mimpi.

Sinkope
Contoh: Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?

Repetisi
Contoh: Tidak tidak tidak.

Peribahasa
Contoh: Tak ada beban, batu digalas; mati akal; ambil hati; sampai hati; jantung hati.

Simile
Contoh: …macam wanita kolot pula…


Nilai Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Nilai Kerjasama
Contoh: Muzafar, Azizi, Nurul dan Haris bekerjasama melatih para peserta cacat penglihatan.

Nilai Kesyukuran
Contoh: Ibu Muzafar yang risau akari keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari anaknya itu tidak menghubunginya.

Nilai Keberanian
Contoh: Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh.

Nilai Ketegasan
Contoh: Muzafar tetap bertegas untuk melatih dan mengajar cara-cara berkayak yang betul kepada para peserta yang cacat penglihatan meskipun niat baiknya itu mendapat bantahan daripada ibunya.

Nilai Baik hati
Contoh: Haris, Nurul, dan Chee Keong menerangkan cara-cara mendayung dan bahagian-bahagian kayak secara lebih terperinci kepada setiap peserta ekspedisi kayak.

Nilai Tanggungjawab
Contoh: Keluarga angkat Muzamir menjalankan tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan Muzamir yang cacat penglihatan dengan penuh kasih sayang.

Nilai Kasih sayang
Contoh: Ibu Muzafar tidak mengizinkan anaknya melibatkan diri dalam melatih para peserta yang cacat penglihatan itu berkayak kerana dia bimbang akan keselamatan anaknya.


Pengajaran Drama Tenang-tenang Air di Tasik

Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
Contoh: Azizi dan Muzafar menjalankan tugas sebagai pengajar cara berkayak dengan penuh dedikasi sambil dibantu oleh Nurul, Haris, dan Chee Keong.

Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang
Contoh: Muzamir dan para peserta yang cacat penglihatan gigih berlatih berkayak sehingga mereka berjaya mengendalikan kayak sepenuhnya.

Kita janganlah bersikap pilih kasih terhadap orang kelainan upaya
Contoh: Rakan-rakan sepejabat Muzamir memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya untuk menjalankan aktiviti berkayak disebabkan dia cacat penglihatan.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah mengasihi anak
Contoh: Ibu Muzafar berasa berat hati untuk melepaskan Muzafar melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana bimbang akan keselamatan anaknya yang tidak mempunyai pengalaman melatih golongan tersebut.

Kita perlulah berani dalam membuat keputusan
Contoh: Muzafar berani membuat keputusan untuk melatih orang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun ibunya tidak memberikan keizinan yang penuh.

Kita hendaklah bekerjasama dengan orang lain
Contoh: Peserta ekspedisi berkayak saling membantu untuk memastikan ekspedisi berjalan lancar.

Kita sewajarnya memiliki perasaan bersyukur
Contoh: Ibu Muzafar yang risau akan keselamatan Muzafar berasa gembira dan bersyukur apabila dia telah pulang daripada ekspedisi berkayak. Hal ini demikian kerana, selama empat hari anaknya itu tidak menghubunginya.

Kita janganlah mementingkan pangkat dan kedudukan
Contoh: Keluarga Muzamir yang terdiri daripada orang ternama sanggup menyerahkannya kepada orang lain disebabkan dia cacat penglihatan demi menjaga kedudukan mereka.


SoalanDrama Tenang-tenang Air di Tasik

Mengidolakan perasaan berkobar-kobar.

Kesukaran membuang perasaan fobia.

Kasih sayang
Contoh: Ibu sangat sayang akan Muzafar dan bimbang akan keselamatan anaknya itu.

Nilai Keprihatinan
Contoh: Azizi menyuruh Muzamir tidur kerana dia tahu Muzamir keletihan.

Nilai Kayakinan
Contoh: Azizi yakin bahawa Tasik Permai dapat ditakluki oleh Muzamir dan rakan-rakannya.

Sinkope
Contoh: Abang pun tak tahu apa nak cakap, Zafar.

Bahasa Inggeris
Contoh: … sedang membuat latihan water confidence.

Wajar.

– Muzafar berpengalaman melatih dan mengiringi orang yang sempurna sebelum ini.
– Muzafar yang sempurna dapat menabur bakti dengan membantu orang cacat yang penglihatan.
– Muzafar memberikan pengalaman berharga kepada orang yang cacat penglihatan supaya dapat melakukan aktiviti lasak seperti orang sempurna.
– Muzafar menunaikan tanggungjawabnya.

– Dapat menyelamatkan penumpang yang menggunakan pengangkutan air ketika berdepan tragedi malang seperti bot karam.
– Anggota penyelamat dapat melihat penumpang kerana jaket keselamatan berwarna terang.
– Penumpang yang ditimpa musibah boleh mendapatkan bantuan dengan meniup wisel pada jaket keselamatan untuk mendapatkan bantuan.
– Penumpang dapat terapung dalam jangka masa yang agak lama sementara menunggu bantuan penyelamat.

4 thoughts on “Nota Komsas: Drama Tenang-tenang Air di Tasik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *