Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Ujian Bertutur: Pendidikan TVET

Ujian Bertutur individu - Pendidikan TVET di Malaysia

Pendidikan TVET (Teknikal serta Vokasional) memberi banyak faedah kepada negara kita. Berikutnya contoh soalan dan jawapan bagi ujian lisan taksiran individu yang berkenaan dengan topik pendidikan.

Pendidikan Asas Kemajuan

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Ujian Bertutur: Pendidikan TVET

Di Malaysia, kecemerlangan akademik sering dianggap sebagai satu-satunya jalan kejayaan, terutamanya melalui peperiksaan awam. Ramai ibu bapa mengutamakan pencapaian akademik anak-anak mereka, yang menyebabkan pendidikan kemahiran sering dipandang rendah. Hasrat kerajaan untuk menjadi Malaysia negara industri akan terbantut jika masyarakat masih menganggap bidang kemahiran sebagai pendidikan bagi golongan kelas kedua.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menekankan pentingnya Pendidikan dan Latihan Teknikal atau TVET untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran. Tanpa perubahan pandangan terhadap bidang ini, Malaysia akan kekurangan sumber daya manusia yang mampu menyokong sektor industri negara.

Kerajaan memperkenalkan TVET untuk melahirkan pekerja yang bukan sahaja berkemahiran, tetapi juga mampu memenuhi keperluan teknologi dan inovasi dalam industri. Matlamat utama adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mencipta teknologi, bukan hanya pengguna teknologi. Dengan meningkatkan pendidikan TVET, kerajaan berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. TVET juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Contoh Soalan dan Jawapan Ujian Bertutur

1. Mengapakah hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara industi akan terbantut?

Hasrat kerajaan untuk menjadi negara industri akan terbantut kerana masyarakat menganggap bidang kemahiran sebagai pendidikan bagi golongan kelas kedua.

2. Apakah matlamat kerajaan dengan memperkenalkan Pendidikan TVET?

Matlamat kerajaan dengan memperkenalkan Pendidikan TVET ialah menjadikan Malaysia sebagai negara yang mencipta teknologi dan bukan hanya pengguna teknologi.

Rujukan: Karangan Kepentingan Pendidikan TVET

3. Pertumbuhan ekonomi global memerlukan setiap tenaga kerja mempunyai kemahiran khusus dalam bidang pekerjaan seperti automotif, kejuteraan, perhotelan dan sebagainya. Pada pendapat anda, apakah kelebihan kepada individu yang mempunyai pendidikan kemahiran tersebut?

Individu yang mempunyai pendidikan kemahiran mempunyai beberapa kelebihan penting, antaranya ialah mereka lebih mudah mendapat pekerjaan yang lebih luas dan cepat kerana mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri seperti automotif, kejuruteraan, dan perhotelan. Sektor ini yang kekurangan pakar kemahiran akan menawarkan gaji yang kompetitif.

Selain itu, individu juga mempunyai kelebihan untuk bekerja sendiri dan menjadi seorang usahawan. Mereka dapat membuka perniagaan sendiri seperti bengkel, katering atau perkhidmatan teknikal.

Di samping itu, mereka yang mempunyai kemahiran seperti automotif, kejuteraan dan perhotelan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Sektor ini berdaya saing di peringkat global, mereka dapat menyumbang secara langsung kepada produktiviti ekonomi dan inovasi teknologi negara.

4. Cadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menarik minat murid dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.

Kerajaan boleh melaksanakan beberapa langkah strategik untuk menarik minat murid dalam bidang teknikal dan vokasional. Antaranya ialah menjalin kerjasama dengan pihak industri bagi menyediakan latihan amali dan program mentorship yang menarik.

Selain itu, kerajaan harus memperkenalkan modul TVET di peringkat sekolah menengah supaya murid lebih awal mengenali bidang kemahiran yang ditawarkan. Kerajaan boleh memberi insentif seperti biasiswa dan elaun khas kepada pelajar yang mengikuti program TVET sebagai galakan.

Tambahan pula, kerajaan juga perlu meningkatkan kempen kesedaran melalui media massa dan sosial untuk mengubah persepsi negatif terhadap pendidikan vokasional.

Rujukan Isi Penting bagi Ujian Bertutur

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

You cannot copy content of this page

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x