Kandungan
Mulai tahun 2021, calon SPM akan menduduki Ujian Bertutur(Lisan) dan Ujian Mendengar. Ujian bertutur mempunyai 2 bahagian, iaitu Bahagian A: Taksiran Individu dan Bahagian B: Taksiran Kumpulan. Berikutnya isi penting dan jawapan bagi bahagian B (Taksiran Kumpulan) Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM 2022 / 2023.
Tema Kemasyarakatan
Kepentingan rumah terbuka
Menjadi medium perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
– menjadi salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan ideologi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik.
Memperkenalkan budaya tradisi dan adat resam pelbagai kaum.
– merayakan perayaan bersama-sama walaupun berbeza latar belakang budaya dan agama.
– cita rasa makanan yang pelbagai tersedia.
Memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia.
– rakyat pelbagai kaum akan berkumpul bagi meraikan hari penting.
Menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada pelancong asing.
– mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum.
– menceritakan pengalaman mereka setelah kembali ke negara asal mereka.
Memupuk budaya saling menghormati.
– didedahkan kepada adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain.
– semangat toleransi akan tersemai.
Merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan.
– beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping dapat mengetahui perkembangan terkini antara satu sama lain.
Menyuburkan hubungan silaturahim dalam masyarakat.
– menyediakan ruang dan peluang untuk mengenali jiran tetangga.
Rujukan: Faedah Amalan Rumah Terbuka
Langkah-langkah menggalakkan perpaduan kaum
Penggunaan Bahasa Melayu secara menyeluruh
– penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa rasa curiga.
Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
– memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri.
Memupuk semangat hidup bermasyarakat tanpa mengira warna kulit, budaya, kepercayaan dan agama.
– mendidik anak-anak agar mengamalkan semangat kejiranan sejak kecil.
Menyertai aktiviti sukan dan permainan.
– dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum.
– penyertaan dalam aktiviti sukan tidak mengambil kira aspek kaum.
Menerapkan nilai murni ke dalam diri.
– membentuk sahsiah positif dalam diri.
– pengajaran subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum.
– mengelakkan muhibah dan perpaduan kaum daripada terjejas.
– mengawal nafsu dan tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu sensitif dan kontroversi.
Menyebarkan mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu.
– menyiarkan program yang berunsur perpaduan dan mempunyai pelakon berbilang pelbagai bangsa.
– dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa masyarakat secara beransur-ansur terutamanya jika unsur hiburan juga turut diselitkan.
Peranan Ibu Bapa
– Ibu bapa menjadi contoh dan menunjukkan teladan yang baik
– Ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran dengan mesra tanpa mengira bangsa , kaum dan agama yang dianut
– Anak akan terpengaruh untuk meneladani sikap ibu bapa yang menghormati kaum lain bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Peranan Sekolah
– Guru guru memastikan murid bekerja di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
– Melalui aktiviti ini , murid dapat belajar nilai bekerjasama, tolong menolong dan menghormati antara satu sama lain.
– Dalam menyiapkan tugasan bahasa melayu, murid murid dapat bekerjasama bertukar pendapat dan bersatu hati untuk menyiapkan tugas.
Kegiatan Sukan
– Sekolah boleh mengadakan kejohanan olahraga tahunan
– Untuk menggalakkan murid pelbagai kaum menceburi bidang sukan untuk memupuk semangat setia kawan
– Rakan rakan penyokong bersorak untuk memberikan semangat dan sokongan kepada atlet rumah sukan tanpa mengira kaum
Peranan Media Massa
– Media massa digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang budaya pelbagai kaum yang wujud di Malaysia
– Rakyat Malaysia akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya kaum lain
– Dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk di Malaysia
– Rakyat Malaysia dapat mengetahui tentang perayaan yang wujud , makanan dan pakaian traditional Malaysia
Peranan Individu
– Meraikan perayaan pelbagai kaum di Malaysia bersama sama
– Dapat merapatkan hubungan antara kaum
– Rakyat Malaysia dapat memahami dan menghormati perayaan kaum lain
– Semasa perayaan tahun baru cina , kaum melayu dan india mengunjungi rumah kaum cina bersama sama
Rujukan: Langkah Memupuk Perpaduan
Kebaikan kerja-kerja kebajikan
Mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah.
– mengatasi masalah keruntuhan akhlak.
– memanfaatkan usia muda untuk menabur bakti demi masyarakat mahupun negara.
– menolong warga tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di rumah mereka.
Merealisasikan konsep 1Malaysia.
– berupaya mendekatkan diri dengan masyarakat yang turut sama prihatin iaitu ingin menghulurkan bantuan dan golongan yang dibantu.
– mengeratkan silaturahim sesama manusia tanpa menlihat kepada perbezaan status.
Memupuk sikap suka menolong dan bersedekah dalam kalangan rakyat.
– tiada lagi wujud anggota masyarakat yang lepas tangan terhadap penderitaan orang lain.
Menyahut cabaran Wawasan 2020 yang ketujuh iaitu mewujudkan masyarakat penyayang.
– masyarakat penyayang sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terpaksa berkorban harta dan nyawa demi kebajikan masyarakat.
Memupuk keinsafan dalam diri.
– terbit rasa simpati yang melimpah ruah.
– bersyukur dengan segala yang dinikmati.
– terlibat dalam aktiviti membantu mangsa becana alam.
Rujukan: Pembentukan masyarakat penyayang
Tema Pelancongan
Kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Malaysia telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat dan negara kita. Ulaskan pernyataan tersebut.
Kepentingan sektor pelancongan kepada masyarakat dan negara.
– Masyarakat dapat peluang pekerjaan
– Masyarakat dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita.
– Mayarakat dapat mempromosikan makanan tempatan di negara kita.
– Masyarakat dapat mengembangkan indusri kraf tangan di Malaysia.
– Negara dapat mengurangkan kadar pengangguran.
– Negara dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik kepada negara luar.
– Negara dapat meningkatkan infrastruktur
– Negara dapat menarik pelabur asing
Rujukan: Kebaikan Industri Pelancongan
Tema Sejarah dan Warisan
Malaysia terkenal dengan bangunan bersejarah seperti Kota A Famosa, Penjara Pudu, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stadium Merdeka. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memulihara bangunan bersejarah.
Usaha-usaha memulihara bangunan bersejarah
– Kerajaan boleh membuat kempen kesedaran memulihara bangunan bersejarah
– Kerajaan menyalurkan dana untuk membaik pulih bangunan bersejarah yang rosak.
– Kerajaan bekerjasama dengan pihak swasta untuk membantu memulihara bangunan bersejarah.
– Mewartakan bangunan bersejarah sebagai aset Negara.
Rujukan: Langkah untuk Mengekalkan Bangunan Bersejarah
Tema Kerjaya
Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya bagi menjamin masa hadapan seperti kerjaya sebagai seorang doktor, guru, petani moden dan sebagainya. Persediaan-persediaan perlu dilakukan untuk memenuhi kerjaya impian tersebut. Bincangkan.
Persediaan memenuhi kerjaya impian
– Belajar bersungguh-sungguh.
– Menyediakan diri dengan pelbagai kemahiran.
– Merujuk kaunseling
– Bertanya kepada individu yang menceburi bidang tersebut.
Rujukan: Persediaan untuk memenuhi kerjaya impian
Tema Pengurusan Kewangan
Peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit dapat dikaitkan dengan amalan menabung. Bincangkan kelebihan-kelebihan yang diperoleh sekiranya seseorang itu mengamalkan amalan menabung.
Kelebihan amalan menabung
– Amalan menabung dapat memupuk sikap berjimat cermat.
– Amalan menabung dapat membantu ketika kecemasan.
– Amalan menabung dapat membantu untuk kegunaan masa hadapan.
– Amalan menabung dapat memupuk sikap berdikari.
Rujukan: Faedah Amalan Menabung
Tema Pendidikan
Ilmu pelita hidup merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan. Bincangkan kepentingan-kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
– Dapat membentuk masa hadapan yan cerah
– Menjadi tempat rujukan orang lain
– Dapat menyelesaikan masalah dengan mudah
– Mudah mendapat pekerjaan
– Mudah untuk menyambung pelajaran
Rujukan: Kepentingan Ilmu Pengetahuan
Tema Keselamatan
Kemalangan jalan raya merupakan isu yang sering diperkatakan dalam kalangan masyarakat. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering berlaku di negara ini. Bincangkan
Langkah mengurangkan kemalangan jalan raya
– Kempen kesedaran keselamatan jalan raya
– Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
– Mengeluarkan dana untuk membaik pulih jalan raya yang rosak
– Memberi pendidikan berkaitan keselamatan jalan raya kepada generasi muda.
– Kerajaan melaksanakan kursus/bengkel berkaitan keselamatan jalan raya
Rujukan: Cara untuk mengatasi Kemalangan jalan raya
Tema Bahasa dan Kesusasteraan
Bahasa jiwa bangsa merupakan frasa yang paling sesuai untuk melambangkan identiti sesebuah bangsa. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Ulas penyataan tersebut.
Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan
– Kempen kesedaran penggunaan bahasa kebangsaan
– Penggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi di premis-premis kerajaan.
– Pertandingan berkaitan bahasa kebangsaan di semua peringkat/agensi
– Menterjemahkan buku-buku negara luar dalam bahasa kebangsaan
– Bertutur dalam bahasa kebangsaan
– Membaca buku dalam bahasa kebangsaan
Rujukan: Kepentingan Sektor Pertanian
Rujukan: Cara memajukan sektor pertanian
Tema Pertanian
Para petani bergantung kepada hasil hasil pertanian mereka sebagai sumber pendapatan. Bincangkan langkah yang boleh dibuat untuk membantu para petani dalam meningkatkan hasil pertanian mereka.
Usaha meningkatkan hasil pertanian
– Kerajaan menyalurkan dana/ subsidi berkaitan baja tanaman
– Kerajaan menyediakan kelas/bengkel/kursus untuk membantu peningkatan hasil pertanian.
– Kerajaan menyediakan jentera/alatan moden yang dapat membantu meningkatkan hasil tanaman.
– Kerajaan menyediakan penyelidikan (R&D) untuk membantu petani meningkatkan hasil tanaman.
– Kerajaan menyediakan kemudahan tapak pertanian kepada petani.
Rujukan:
Tema Kesihatan
Kepentingan menjaga kebersihan di kawasan persekitaran.
Supaya kawasan persekitaran tidak menjadi tempat pembiakan haiwan yang membawa penyakit.
Hal ini dikatakan demikian kerana, kawasan persekitaran yang kotor merupakan tempat pembiakan aktif haiwan yang membawa penyakit berbahaya. Contohnya, nyamuk aedes sering membiak.
Supaya keselamatan penduduk tidak tergugat.
Haiwan seperti ular gemar bersembunyi di kawasan yang kebersihan tidak terjaga.
Supaya kesihatan penduduk terjamin
Penyakit berjangkit berleluasa. Contoh: Penyakit hawar.
Cara-cara menjaga kebersihan di kawasan persekitaran
Pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan kebersihan di kawasan persekitaran
– Supaya masyarakat sedar bahawa tindakan yang tidak menjaga kebersihan ialah sebuah tindakan yang salah disisi undang-undang
– Memberikan hukuman penjara yang berat dan bayaran pampasan yang tinggi
Pihak kerajaan menganjurkan kempen kesedaran berkaitan cara-cara menjaga kebersihan di kawasan persekitaran
– Supaya dapat memberikan garis panduan kepada masyarakat dalam menguruskan kebersihan di kawasan persekitaran
Pihak ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menjaga kebersihan di rumah di kehidupan seharian.
– Supaya dapat mendidik anak-anak untuk menjaga kebersihan sejak kecil lagi.
Pihak masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terdapat pihak yang mencemarkan kebersihan di kawasan persekitaran
– Supaya tindakan mencemarkan kebersihan tersebut tidak berterusan
– Supaya tindakan mencemarkan kebersihan tersebut tidak dinormalisasikan oleh pihak lain atau generasi seterusnya
Pihak masyarakat menyokong kempen kesedaran berkaitan cara-cara menjaga kebersihan di kawasan persekitaran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan
– Dengan mengamalkan cara-cara menjaga kebersihan di kawasan persekitaran di kehidupan seharian
– Tidak terlibat dalam tindakan yang mencemarkan kebersihan di kawasan persekitaran
– Membuang sampah di tong sampah
– Mengamalkan amalan 5R iaitu rethink atau fikir semula, repair atau baiki semula, reuse atau guna semula, reduce atau kurangkan dan recycle atau kitar semula.
Pihak tempatan di kawasan perumahan mengadakan aktiviti gotong-royong bersama-sama penduduk di kawasan perjiranan
– Supaya kotoran di kawasan perjiranan tidak bertambah dari hari ke hari
– Kerjasama orang ramai dapat mempercepatkan usaha untuk membersihkan kawasan persekitaran
Pihak tempatan di kawasan perumahan juga dapat melakukan pantauan secara rutin
– Kebersihan di kawasan perumahan dapat dijaga dan tidak diabaikan
– Oleh itu, tindakan segera dapat diambil apabila terdapat pencemaran kebersihan berlaku
Pihak sekolah menerapkan nilai kebersihan di sekolah
– Staff kebersihan di sekolah memastikan kebersihan di sekolah terjamin
– Terutamanya di tandas dan kantin
– Guru memastikan kelas dalam keadaan yang bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Pihak sekolah mengajarkan tentang kebersihan di kawasan persekitaran kepada murid-murid
– Supaya murid-murid dapat didedahkan dengan tema kebersihan di kawasan persekitaran secara formal dan lebih teliti
– Matapelajaran Bahasa Melayu dan Biologi
Rujukan: Cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar
Tema Sukan
Kelebihan Sukan
Menambah kenalan dan menjalinkan perpaduan
– Atlet-atlet dari pelbagai tempat akan saling berinteraksi semasa berlatih atau perlawanan
– Sukan Olimpik yang diadakan di Tokyo pada tahun 2020
– Dapat mengeratkan hubungan antara negara-negara
– Sukan mampu mengikat persahabatan
Memupuk semangat setia kawan
– Para atlet memberi sokongan antara satu sama lain dan bekerjsama semasa bertanding
– Semangat setia kawan ini sering dipupuk dari sukan yang dilakukan secara berkumpulan seperti sukan badminton
Rujukan: Faedah Bersukan | Kepentingan Bersukan
terima kasih.
terima kasih
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Sangat membantu. Mohon halalkan ya.
maaf,rumah saya bising
siuuuuuuuuu
wahh ini jawapan spm taun niii
ehh betullah
tak sangka topik ni semua keluar terima kasih ya mohon halal
goodluck for spm guys
chong sem
terima kasih atas perkongsian ilmu sangat bagus.
terima kasih atas maklumat dan tips ini
Kamu nanya good luck
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Boleh dikongsi bersama orang lain.
terima kasih atas perkongsian ilmu ini….. mohon halalkan ilmu yang diberi…. saya berharap semua calon SPM 2022 dapat menjawab dengan tenang dan betul insyaallah…
Thank you for your sharing!! It helps me a lot!! siuuuuuuuuuuuuuu
Thank you very much. It is very helpful for us as a student
thank for you sharing
ramalan enn yang ni
untuk 2023 punya ke ni
ehh bukan 2005 punya
siuuuuuuuu
doakan saya spm setara bulan ni…………………………… rabu saya tertutur.
yaka.. cuba shuffle