Skip to content

Contoh Karangan SPM: Kebaikan Melancong

Contoh Karangan Kebaikan Melancong

Agensi kerajaan di seluruh negara berusaha untuk menarik pelancong berkunjung ke negara masing-masing. Apakah kebaikan melancong terhadap kalangan remaja?

Kebaikan Melancong terhadap remaja di Malaysia

Melancong sama ada di dalam mahupun di luar negara semestinya menjadi idaman setiap insan. Aktiviti ini biasanya dilakukan ketika cuti persekolahan yang panjang atau ketika hujung minggu sama ada secara bersendirian atau bersama-sama dengan keluarga yang tercinta. Banyak tempat yang menarik di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, dan Pulau Pinang. Persoalan timbul apabila terdapat sebilangan anggota masyarakat yang menganggap melancong merupakan pembaziran wang. Apakah faedah melancong terhadap masyarakat terutamanya remaja di negara kita?

Merehatkan minda dan fizikal

Pertama-tama sekali, melancong merupakan aktiviti santai yang tidak menyebabkan stres. Maka, secara tidak langsung melancong dapat merehatkan minda dan fizikal seseorang daripada segala permasalahan yang berlaku sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Melawat tempat-tempat yang dapat memberikan ketenangan seperti di tepi-tepi pantai, di sekitar tasik ataupun di pulau-pulau biasanya menjadi pilihan utama mereka yang sedang kestresan.

Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman

Melalui antiviti perlancongan, kita dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman kita yang sedia ada. Ada sesetengah ilmu sukar untuk diperoleh di tempat kita tinggal. Contohnya, ilmu membuat sejenis kuih tradisional sesuatu tempat. Jikalau kita bernasib baik, kita akan dapat mempelajarinya di kawasan berdekatan dengan rumah kita sendiri. Namun, ilmu itu akan menjadi lebih berharga sekiranya kita sendiri ke sana untuk mempelajarinya. Pengalaman yang ditimba sepanjang melancong akan menjadi tidak ternilai. Bukankah, pengalaman itu tidak dapat diganti dengan wang ringgit?

Merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia

Di samping itu, melancong dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Tidak kisahlah kita melancong dengan kawan mahupun keluarga, yang pasti hubungan yang terjalin antara kita akan menjadi lebih rapat dan mesra lagi. Sebelum ini, kita terlalu sibuk menguruskan hal-hal keduniaan sehinggakan kita tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama dengan mereka. Maka, inilah waktu yang terbaik. Ketika melancong juga, hubungan yang keruh bolah dijernihkan. Apa yang penting sikap kerjasama dan sifat saling megasihi antara satu dengan yang lain dapat dipupuk. Dan ini dapat melahirkan insan yang berguna di masa akan datang.

Menyemarakkan sikap cinta akan tanah air

Selain itu, sikap cinta akan tanah air akan dapat disemarakkan lagi. Sikap ini penting dan perlu ada di dalam diri setiap warganegara. Sikap cinta ini akan membuatkan kita rasa ingin memelihara dan mempertahankan tanah air daripada dijajah atau dimusnahkan oleh musuh. Perasaan cinta ini akan terpupuk apabila kita melihat segala khazanah alam yang tersembunyi yang selama ini kita tidak mengetahui tentang kewujudannya. Ketika di luar negara sekalipun, kita akan sentiasa membanding-bandingkan negara itu dengan tanah air kita sendiri. Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’. Ini sudah cukup membuktikan yang tempat tumpahnya darah kita lebih berharga aripada negara-negara yang maju di luar sana.

Karangan SPM: Cara Menggalakkan Industri Pelancongan
Contoh Karangan: Faedah Melancong Dalam Negara

Belajar dari kemodenan negara lain

Seterusnya, sekiranya kita melancong ke luar negara, kita pasti akan pilih untuk pergi ke negara-negara yang lebih maju daripada kita. Itu merupakan lumrah manusia untuk melihat sesuatu yang lebih canggih daripada yang sedia ada. Di negara-negara maju, kita dapat melihat pelbagai teknologi yang masih belum wujud di dalam negara sudah ada di sana. Katakan apabila kita pulang senula ke Malaysia setelah selesai melancong, semestinya kita akan menceritakan tentang kemodenan negara tersebut. Kita juga boleh cuba untuk mengaplikasikan teknologi-teknologi yang terdapat di negara tersebut. Kita juga secara tidak langsung akan berazam untuk menjadikan Malaysia lebih maju daripada negara tersebut. Secara tidak langsung akan menjadikan seseorang pelajar untuk belajar dengan lebi bersungguh-sungguh.

Mengisi masa lapang

Akhir sekali, melancong merupakan antara aktiviti yang paling sesuai untuk mengisi masa lapang. Menjadi fitrah syaitan untuk menggoda manusia agar bermalas-malasan ketika adanya waktu senggang. Apabila melancong, sifat ini akan secara semula jadinya terhakis daripada dalam diri. Hal ini kerana kita terlalu bersemangat untuk meneroka detinasi perlancongan kita itu. Tambahan pula, melancong lebih menyihatkan badan daripada menghabiskan sisa-sisa hari dengan tidur, makan, bermain permainan komputer, melepak dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Sekurang-kurangnya, ketika melancong kita da juga menggerak-gerakkan sendi badan.

Penutup Karangan Kebaikan Melancong

Konklusinya, melancong itu memberikan banyak faedah tidak kira di mana kita melancong. Pastinya, di setiap tempat yang dilawati itu mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi tanggapan yang menganggap bahawa melancong adalah pembaziran semata-mata adalah tidak benar kerana banyak faedah yang kita peoleh sama ada kita sedar mehupun tidak. Jadi, selepas ini marilah kita melancong. Tetapi sebelum ke luar negara adalah lebih afdal sekiranya kita menlawati tempat-tempat perlancongan menarik didalam negara dahulu. Akhir kata, majulah perlancongan untuk negara! Malaysia boleh!

2 thoughts on “Contoh Karangan SPM: Kebaikan Melancong”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *