Skip to content

Karangan SPM: Keburukan Bekerja Secara Sambilan

Keburukan Bekerja Secara Sambilan

Isu-isu yang berkaitan dengan remaja bekerja semasa bersekolah semakin hangat dibicarakan masyarakat. Apakah Keburukan Bekerja Secara Sambilan.

Keburukan Bekerja Secara Sambilan

Pada zaman pasca perindustrian ini, isu-isu yang berkaitan dengan remaja bekerja semasa bersekolah semakin hangat dibicarakan masyarakat. Memang tidak boleh dinafikan bahawa para remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah tetapi masih ada pelajar yang miskin terpaksa belajar sambil bekerja. Persoalannya, apakah keburukan bekerja secara sambilan terhadap pelajar?

Tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran

Alasan prima mengapa para remaja tidak harus bekerja sewaktu bersekolah ialah ini akan mengambil masa yang diperuntukkan kepada pelajaran dan waktu ulangkaji. Setiap manusia cuma mempunyai 24 jam pada setiap hari. Oleh itu, para remaja tidak mempunyai masa untuk mengulangkaji pelajaran mereka di rumah. Sekiranya pelajar melalaikan tanggungjawab ini maka pelajar berisiko untuk gagal dalam pelajaran, hasilnya boleh mempengaruhi masa depan pelajar sendiri. Jikalau hal ini berlanjutan, para remaja akan gagal dalam peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran mereka.

Menjejas kesihatan remaja

Salah satu keburukan pelajar bekerja secara sambilan ialah akan menjejas kesihatan remaja. Selepas pulang daripada sekolah, mereka harus keluar semula untuk bekerja sehingga larut malam. Sudah terbukti bahawa setiap manusia memerlukan serkurang-kurangnya tujuh jam untuk tidur pada setiap hari. Pelajar yang bekerja secara sambilan tidak mempunyai cukup tidur dan tidak mampu untuk mengikuti pelajaran di sekolah pada keesokan harinya. Selain itu, remaja mana yang tidak tertekan apabila belajar lapan jam di sekolah dan harus bekerja sehingga larut malam selepas bersekolah? Tekanan daripada sekolah dan kerja pastinya akan menjejas kesihatan mereka. Oleh itu bekerja semasa bersekolah dapat menimbulkan kesan negatif seperti menjejaskan kesihatan seorang remaja yang juga masih digelar seorang pelajar.

Hilang tumpuan ketika dalam kelas

Sementara itu, keburukan belajar sambil bekerja pula ialah pelajar tersebut akan hilang tumpuan ketika berada di dalam kelas. Hal ini kerana mereka telah gunakan separuh masa mereka dengan bekerja dan kebanyakan daripada mereka akan letih kerana balik pada lewat malam. Bukan itu sahaja, masalah ditempat kerja juga akan menganggu emosi dan perasaan pelajar tersebut sehingga menyebabkan pelajar itu tertekan dan tidak mampu untuk belajar. Hal ini sememangnya akan menyebabkan mereka gagal dalam pelajaran. Tidak ada gunanya bermandi keringat di luar waktu kelas tetapi pelajaran diabaikan. Jelaslah bahawa belajar sambal bekerja mungkin akan menjurus kepada kemerosotan dalam pelajaran.

Sentiasa berada dalam keadaan letih

Belajar sambil bekerja juga akan menyebab pelajar sentiasa berada dalam keadaan letih. Mereka akan kepenatan setelah bekerja pada waktu selepas sesi persekolahan, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang bekerja sehingga larut malam. Pelajar yang bekerja di pasar raya atau pusat membeli belah kebiasaan akan habis bekerja pada sebelah malam. Segala tugasan yang telah diberi oleh guru mereka akan diabaikan kerana terlalu penat dan tidak larat untuk menyiapkannya. Bukan itu sahaja, mereka juga akan rasa mengantuk dan lesu ketika sesi pembelajaran dijalankan pada keesokan harinya. Hal ini jelas membuktikan bahawa kerja sambil bekerja hanya akan memenatkan pelajar.

Menjejas tali silaturrahim keluarga

Alasan terakhir mengapa para remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah ialah ia dapat menjejas tali silaturrahim keluarga mereka. Seperti yang kita bincangkan tadi, bekerja semasa bersekolah mengambil banyak masa seorang pelajar. Salah satu ialah masa keluarga. Keeratan hubungan keluarga akan longgar jika para remaja tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga, kegiatan seperti makan bersama, keluar ke pantai bersama-sama dapat mengeratkan ikatan silaturrahim keluarga remaja tersebut. Walau bagaimanapun, masa tersebut telah digunakan untuk bekerja dan akhirnya membawa kesan yang buruk kepada keluarga mereka.

Penutup Karangan Keburukan Bekerja Secara Sambilan

Kesimpulannya, remaja tidak harus bekerja semasa bersekolah kerana perbuatan ini akan membawa kesan-kesan yang buruk seperti menjejas kesihatan, menimbulkan tekanan, menjejas masa mengulangkaji pelajaran dan juga merenggangkan ikatan kekeluargaan. Pelajar yang sibuk mengejar wang dan bekerja secara sambilan boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Remaja harus pandai membahagikan masa antara pelajaran dan kegiatan lain supaya tidak tercetus keadaan di mana “yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran.”

Contoh Karangan: Kebaikan bekerja sendiri
Contoh Karangan: Faedah belajar sambil bekerja

1 thought on “Karangan SPM: Keburukan Bekerja Secara Sambilan”

  1. karangan yang sangat memberangsangkan tetapi malangnya begitu banyak kesalahan bahasa sehingga mengelirukan

    sekian….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *