Skip to content

Karangan Kesan kemasukan warganegara asing

Karangan Kesan kemasukan warganegara asing

Kemasukan warganegara asing membantu pertumbuhan ekonomin tetapi membawa banyak kesan kepada negara kita. Huraikan kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke Malaysia.

Kesan kemasukan warganegara asing ke Malaysia

Warganegara asing dilihat sebagai satu kelompok manusia yang datang ke sesebuah negara lain pula untuk mencari rezeki. Rakyat dari Indonesia, Myammar, Vietnam, dan Bangladesh dilihat sebagai golongan utama yang datang ke Malaysia. Ada pihak yang menentang kehadiran warganegara asing ini tetapi ada juga yang menerima kedatangan mereka dengan tangan terbuka berdasarkan laporan media massa kita. Jadi, kita semua harus sedar bahawa kehadiran orang luar ini membawa pelbagai impak kepada masyarakat dan negara kita.

Kes jenayah akan meningkat

Impak yang mudah difahami apabila warganegara asing berleluasa di negara ini ialah kes jenayah akan meningkat secara mendadak. Kajian sudah membuktikan ada kes jenayah seperti rompak dan ragut serta perkosaan dilakukan oleh orang asing terutama mereka yang kesempitan wang itu. Tindakan drastik sebegini juga dilakukan setelah warga asing ini ditipu oleh pihak-pihak tertentu yang menjanjikan pekerjaan sebaik sahaja sampai di negara ini. Sesungguhnya, kehadiran orang asing ini akan menjadikan negara ini tidak selamat kerana kes jenayah terhadap rakyat tempatan terus berlaku secara berleluasa itu.

Penyakit berbahaya merebak

Selain itu, penyakit berbahaya boleh merebak melalui kehadiran jutaan warganegara asing di negara ini. Masyarakat dunia sudah mengetahui bahawa ada penyakit seperti Covid-19, SARS, H1N1, dan penyakit kelamin yang disebarkan oleh orang luar. Kadar kematian akibat penyakit sebegini begitu tinggi lalu boleh mewujudkan wabak penyakit pula yang memerlukan kerjasama negara serantau untuk mengekang penularannya kelak. Maka, semakin banyak warganegara asing datang ke negara ini semakin tinggilah risiko berlakunya wabak penyakit pada suatu masa nanti.

Populasi negara menjadi banyak

Tambahan pula, jumlah populasi negara akan menjadi lebih banyak apabila jumlah warga asing ini ditambah semuanya. Masalah ini boleh berlaku kerana ada warga asing itu datang secara haram lalu jumlah sebenar penduduk warga asing ini sukar untuk ditentukan oleh pihak berkuasa. Penduduk yang ramai boleh menyukarkan pihak berkuasa untuk merancang kemudahan awam kerana kepadatan penduduk sukar ditentukan itu. Jelaslah, kerajaan sukar untuk merancang projek kemudahan awam kerana jumlah penduduk tempatan dan asing tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Kos buruh Malaysia menjadi murah

Namun, warga asing ini juga boleh menjadikan kos buruh di Malaysia lebih murah berbanding negara jiran. Kebanyakan warga asing ini datang ke Malaysia untuk bekerja dengan kadar upah yang rendah tetapi masih sanggup bekerja dengan tekun. Situasi ini menjadikan kos untuk melakukan sesuatu projek seperti projek pembinaan di negara ini akan menjadi lebih murah apabila banyak menggaji pekerja dari negara asing itu. Oleh itu, kadar buruh di negara ini akan mempunyai daya saing yang bersesuaian dengan keadaan pasaran kerja serantau itu.

Penutup karangan kemasukan warganegara asing

Malah, ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya apabila warga asing ini banyak di Malaysia. Negara akan mempunyai ekonomi yang mapan kerana pertumbuhan ekonominya tinggi sepanjang tahun yang disebabkan oleh aktiviti perniagaan yang berterusan tanpa gangguan itu. Perkembangan ekonomi yang sihat ini turut membawa kestabilan politik dan sosial kepada rakyat Malaysia lalu menjadikan kualiti kehidupan lebih baik berbanding negara jiran. Lantaran itu, kemasukan warga asing ini perlulah diterima kerana kehadiran mereka akan memacu ekonomi negara menjadi lebih baik pada masa hadapan.


Contoh Karangan: Faktor Kedatangan Pendatang Asing
Contoh Karangan: Langkah mengatasi Masalah Kemasukan Pendatang Asing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *