Skip to content

Rangka Karangan Tentang Kesihatan (SPM)

isi-isi karangan

Karangan tentang kesihatan merupakan topik yang popular dalam peperiksaan SPM subjek Bahasa Melayu.

Kepentingan Kesihatan

– konsep kesihatan merangkumi aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani
– membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
– mengekalkan kecergasan tubuh badan
– menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
– menjadikan otak lebih cerdas
– menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia
– melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang

    Contoh Karangan: Kepentingan gaya hidup sihat

    Cara-cara Menjaga Kesihatan

    – mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
    – melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
    – mempunyai waktu rehat yang cukup
    – melakukan pemeriksaan kesihatan
    – menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
    – tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebih-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak dan sebagainya
    – menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya

    Contoh Karangan: Cara-Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

    Tahap Kesihatan Rakyat

    – cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa dan orang-orang tua
    – dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
    – jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
    – kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat begitu tinggi
    – kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
    – perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
    – mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
    – mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diberi pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa

    Karangan SPM: Usaha Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat

    1 thought on “Rangka Karangan Tentang Kesihatan (SPM)”

    1. Can you do by perenggan because it is easy to understand and we can also know where to insert the sentence.Its just my opinion. 10q

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *