Skip to content

Koleksi Frasa Menarik Karangan SPM / PT3

menulis karangan

Dengan menggunakan frasa menarik atau ungkapan menarik, pelajar boleh menghasilkan karangan yang lebih bermutu dan mendapat markah yang lebih tinggi.

Pembentukan Ayat Tanya

– persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh
– pernahkah terlintas dalam gawang minda para…
– sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak yang positif?


Frasa Menarik Karangan Perpaduan

– Setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan
– Sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah ‘senjata’ utama yang menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan
– Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
– Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu,menang menjadi arang
– Pepatah ada menyatakan ‘hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara perpaduan
– konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuranyang total
– Umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua ,tamsilan yang memberi gambaran betapa pentingnya perpaduan masyarakat
– terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
– sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum


Frasa Menarik Karangan Kemajuan Negara

– cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
– Pertumbuhan mapan ekonomi negara
– Prestasi ekonomi yang mapan
– Gahnya Malaysia di persada global
– menjadikan Malaysia lebih tersohor
– Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
– Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia
– Hasil usaha gigih- menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia
– Kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
– menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
– wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan kebangkitan negara
– mendepani abad milenium


Frasa Menarik Karangan Peranan Kerajaan

– citra budaya dan jati diri bangsa
– tindakan secara kolaboratif


Frasa Menarik Karangan Masyarakat

– memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama
– menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
– Berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
– Apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara
– rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima teras utama RMK-9
– menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
– rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.
– Kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah.
– Pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
– revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
– umpama sepuluh jong masuk pelabuhan,anjing bercawat ekor jua-tidak mahu berubah walaupun banyak melihat perubahan
– masyarakat madani
– bangsa yang maju dan kompetitif


Frasa Menarik Karangan Semangat Kejiranan

– Jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
– Kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak kayangan
– Kikis sikap prejudis
– Membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
– Berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
– Bagi memperteguh tali-temali sosial
– Budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
– Di bawah satu bumbung muafakat


Frasa Menarik Karangan Generasi Muda

– Pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
– Terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
– Generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
– Darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
– Akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang digalas
– Berkiblatkan budaya asing
– Budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
– Berpotensi untuk menggegarkan
– Bertahan mendepani gelombang cabaran hidup
– Bijak menyerap tekanan
– Cabaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan
– Dalam meniti perjalanan hidup
– Dalam pancaroba dunia


Frasa Menarik Karangan Keluarga

– mewarnakan jiwa anak-anak
– menjadi uswah terbaik
– tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
– Didedahkan dengan realiti kehidupan
– Umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada perangai ibu bapa
– Hadis: anak-anak umpama kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknnya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
– Bertunjangkan kekuatan intelektual
– Dipacu oleh tenaga muda
– Dipasakkan dalam jiwa


Frasa Menarik Karangan Media massa

– akhbar arus perdana
– mendominasi minda generasi muda
– Pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
– Pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
– Berupaya menjadi wadah yang efektif
– Bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan
– Media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam menyebarkan maklumat


Frasa Menarik Karangan Kempen

– Meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
– Aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
– Ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan secara suam-suam kuku
– Dilaksanakan secara berkesan dan efisien
– Instrumen yang paling efektif


Frasa Menarik Karangan Semangat Patriotisme

– Misi menyuburkan semangat patriotisme
– Kegagalan misi – memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa dan kelangsungan hidup negara
– Menjiwai patriotisme yang kental


Frasa Menarik Karangan Tema Sekolah

– Guru selaku arkitek pembangunan insan
– menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
– menyemarakkan nilai-nilai murni
– sekolah – wadah penting untuk penyaluran ilmu
– pendekatan konvensional
– sekolah medan interaksi sosial
– golongan pendidik yang berketerampilan
– pendidik perlu memahami aspirasi negara
– menghayati Falsafah Pendidikan Negara
– Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
– Hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air
– Menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan maklumat


Frasa Menarik Karangan Alam sekitar

– Menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
– jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat
– masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan sihat maka penghuninya juga demikian
– alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita


Frasa Menarik Karangan Kesihatan

– pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat
– tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.
– Kelesuan,keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak sempurna
– Menyerang sistem imunisasi badan


Frasa Menarik Karangan Langkah

– Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
– Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai berjaya
– Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
– Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
– Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
– Jangan lakukan kerja sekerat jalan
– Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
– Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
– Usah biarkan masalah……terus membebani……
– Usaha secara kolaboratif
– Menuntut sinergi pelbagai pihak
– Janganlah usaha – umpama mencurahkan garam ke laut
– Mencari resepi terbaik


Frasa Menarik Karangan Teknologi Maklumat

– Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempada
– Bagai galah di tengah arus –peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap remaja serta masyarakat yang serakahmenyalahgunakan teknologi
– Revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada masyarakat
– Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan kmunikasi
– Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
– Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia

Peribahasa dan Cogan Kata untuk Penulisan Karangan


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *