Skip to content

Rangka karangan – Majikan dan Pekerja

Sekolah

Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja

  • bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jantina, bangsa dan agama
  • menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja
  • menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih serta lengkap dengan kemudahan seperti surau, kantin dan sebagainya
  • membayar kadar upah, elaun dan bonus yang setimpal dengan kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada pekerja
  • menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja
  • meyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar kerjaya mereka dapat berkembang

Kualiti Kerja dan Produktiviti

  • rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja
  • kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tingg; misalnya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi, bermoral tinggi dan sebagainya
  • kualiti kerja dapat ditingkatkan jika pekerja diberi pendedahan tentang pengetahuan terbaru yang berkaitan dengan tugasnya melalui kursus, seminar, bengkel dan sebagainya
  • kualiti kerja dapat ditingkatkan juga melalui suasana tempat kerja yang selesa dan sempurna serta layanan yang memuakan daripada majikan

Etika Kerja

  • bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, atau tingkah laku yang dijadikan pegangan semasa menjalankan tugas
  • antara etika kerja itu termasuklah berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, amanah, jujur dan sebagainya
  • penting agar sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mencapai kualiti yang dikehendaki
  • penting juga supaya suasana kerja yang sihat dan harmonis terbentuk antara pekerja dengan harmonis terbentuk antara pekerja dengan pekerja dan antara pekerja dengan majikan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *