Kandungan
Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan komsas tingkatan 5. Berikutnya tema, persoalan, sinopsis, watak perwatakan, binaan plot, latar, peristiwa, nilai dan pengjaran novel ini.
Tema Novel Bimasakti Menari
TemaNovel Bimasakti Menari ialah Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.
Persoalan Novel Bima Sakti Menari
Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.
Contoh Peristiwa: Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.
Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.
Contoh Peristiwa: Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.
Persoalan cinta akan alam sekitar.
Contoh Peristiwa: Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.
Penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.
Contoh Peristiwa: Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.
Persoalan ketaatan kepada ajaran agama
Contoh Peristiwa: Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.
Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan
Contoh Peristiwa: Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.
Penceraian menyebabkan anak-anak menjadi mangsa
Contoh Peristiwa: Selepas bercerai, Tan Sri Muhaimin memainkan peranan untuk mendidik dan membesarkan Muhammad Taufik manakala Puan Maryam meneruskan impiannya untuk menyelamatkan dunia.
Keikhlasan dan kejujuran dalam bersahabat
Contoh Peristiwa: Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa saling membantu untuk menjayakan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan berasa risau apabila salah seorang dari mereka diancam.
Sikap tidak bertolak ansur antara suami dengan isteri akan menyebabkan berlakunya penceraian
Contoh Peristiwa: Tan Sri Muhaimin terpaksa menerima kenyataan bahawa Maryam ialah seorang pengembara dunia yang ingin akan kebebasan dan tidak boleh diikat.
Tanggungjawab seorang abang terhadap adik perempuan
Contoh Peristiwa: Budiman yang sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika bertemu dengan Muhammad Taufik dan mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Binaan Plot Novel Bimasakti Menari
Permulaan
Novel Bimasakti Menari bermula apabila Nurul Hafsa melayan sekumpulan murid dari Jepun yang diiringi oleh Puan Wickham bagi mencerap bintang. Nurul Hafsa baru bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Malangnya, bintang tidak kelihatan kerana langit terlalu cerah. Hasrat mereka untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan juga tidak kesampaian.
Perkembangan
Nurul Hafsa membuat laporan tentang pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti mencerap bintang dan kelip-kelip ke Pejabat Daerah. Ketua Nurul Hafsa, iaitu Puan Foziah menasihati Nurul Hafsa agar tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana pembangunan di Kuala Selangor tidak melanggar undang-undang alam sekitar. Kemudian, Budiman mempertemukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik. Mereka bersetuju untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor bagi aktiviti pencerapan bintang dan menjaga populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Atas pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka berjaya membuat pembentangan kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor. Menteri besar telah mengadakan majlis terbuka kepada orang ramai bagi mendengar pembentangan tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.
Perumitan
Projek tersebut ditentang oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Dato’ Johann Arlington-Majid tidak bersetuju kerana syarikat beliau tidak dapat membekalkan lampu-lampu full cut off yang diperlukan bagi tujuan projek tersebut. Dato’ Johann Arlington-Majid sebenarnya sudah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasanga hidup. Muhammad Taufik diserang ketika balik dari masjid. Setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri Muhaimin, Menteri Besar bersetuju untuk meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
Klimaks
Rentetan penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik yang sepatutnya mengikuti ibunya balik ke Otago, New Zealand telah menemui penculik di stesen minyak PETRONAS. Kemudian, Muhammad Taufik dibawa ke sebuah kawasan perladangan kelapa sawit. Selepas itu, mereka melepaskan Nurul Hafsa .Nurul Hafsa membuat laporan di balai polis Bestari Jaya. Inspektor Lim menubuhkan pasukan Gerak Khas. Akhirnya, penjenayah tersebut berjaya diberkas.
Peleraian
Hubungan antara Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik bertambah intim. Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham mengambik keputusan untuk bernikah semula. Sewaktu pernikahan ibu bapanya, Muhammad Taufik telah melamar Nurul Hafsa. Nurul Hafsa tersenyum apabila membaca mesej teks daripada Muhammad Taufik yang berbunyi “Kita ialah kelip-kelip terakhir di dunia”.
Teknik Plot Bimasakti Menari
Teknik dialog
Pengarang mengetengahkan teknik dialog melalui perbuala antara Dato’ Mustofa dengan Dato’ Johann mengenai Menteri Besar yang suka akan projek yang dicadangkan oleh Muhammad Taufik iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
Teknik monolog
Nurul Hafsa bermonolog untuk meluahkan rasa kesal kerana hasratnya untuk melihat kelipkelip yang banyak di Kampung Kuantan tidak kesampaian, sebaliknya dia hanya melihat enam ekor kelip-kelip.Contohnya:Ya enam ekor kelip-kelip, Nurul Hafsa berdetik di dalam hati.
Imbas kembali
Dato’ Johann mengingati kemabali permusuhannya dengan Tan Sri Muhaimin yang berebutkan hati seorang wanita yang bernama Marion Wickham. Permusuhan itu hanya tercetus semula kerana isu lampu.
Teknik Pemerian
Pengarang memerihalkan kenderaan hibrid yang menjadi idaman Nurul Hafsa.
Pengarang memerihalkan perasaan sakit hati Dato’ Johann terhadap Tan Sri Muhaimin.
Teknik saspens
Peristiwa pengemudi bot yang membawa Nurul Hafsa untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan memenuhi permintaan Nurul Hafsa untuk membawa bot menyusur cabang sungai yang gelap. Pembaca tertanya-tanya tentang peristiwa yang terjadi di mulut anak sungai yang gelap itu
Peristiwa Tan Sri Muhaimin menerima panggilan telefon daripada Menteri Besar ketika beliau sedang memikirkan langkah keselamatan yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan keluarganya. Pembaca tertanya-tanya perkara yang hendak diterangkan oleh tan Sri Muhaimin kepada Menteri Besar
Teknik Kejutan
Peristiwa Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam van yang sedia menunggunya di hadapan tandas di stesen minyak PETRONAS setelah pintu van itu dibuka. Pembaca tidak menyangka bahawa kumpulan lelaki itu berani untuk melarikan Muhammad Taufik di kawasan yang terbuka
Peristiwa Nurul Hafsa ditolak keluar dari kenderaan juga menjadi kejutan kepada pembaca yang tidak menyangka bahawa kumpulan penculik itu akan berbuat demikian terhadap Nurul hafsa yang merupakan seorang perempuan
Latar Novel Bimasakti Menari
Latar TempatBimasakti Menari
Balai Cerap Sultan Salahuddin
Tempat Nurul Hafsa bekerja selepas pulang dari luar negara.
Kampung Kuantan
Tempat Muhammad Taufik memberitahu Nurul Hafsa bahawa populasi kelip-kelip telah berkurangan.
Stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital
Tempat Muhammad Taufik diculik.
Kawasan Perladangan di Betari Jaya
Tempat pasukan Gerak Khas digerakkan untuk menyelamatkan Muhammad Taufik yang diculik.
Hospital Besar Tanjung Karang
Tempat Muhammad Taufik dibawa untuk mendapatkan rawatan setelah diserang oleh sekumpulan sejarah.
Taman Rimba Templer
Tempat Budiman mengadakan perkhemahan bersama-sama dengan budak pengangkap.
Rumah Prototaip Ikhtiar Teknoalam
Tempat Muhammad Taufik menerima kunjungan ibunya, Puan Maryam Wickham yang meninggalkan rombongannya untuk bersama-sama dengan anaknya itu
Latar Masa Novel Bimasakti Menari
Hari pertama bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin
Peristiwa Nurul Hafsa berasa tidak keruan ketika mengiringi kumpulan pengujung yang dianggotai 15 orang murid dan tiga orang pengiring yang ingin mencerap bintangbintang di langit.
Waktu subuh
Peristiwa Haji Yassir, Budiman, Tan Sri Muhaimin, Nurul Hafsa dan Maryam Wickham menunaikan solat subuh di surau hospital selepas kedengaran azan dari Masjid Tanjung Karang.
Waktu malam
Peristiwa Nurul Hafsa dihantar oleh ayahnya, Haji Yassir pergi ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.
50 tahun lalu
Peristiwa penduduk Kuala Selangor telah menikmati bekalan air paip.
LatarMasyarakat
Masyarakat yang cinta akan alam sekitar
Maryam Wickman, Muhammad Taufik,dan Nurul Hafsa telah melaksanakan kerja-kerja untuk menyelamatkan alam sekitar.
Masyarakat yang terpelajar
Nurul Hafsa belajar sehingga ke Jordan dalam bidang Fizik dan ilmu Falak dan bekerja di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Masyarakat yang tamak
Dato Johann Arlington-Majid yang tamak sanggup melakukan perbuatan jenayah dengan mengupah penjenayah untuk menculik anak Tan Sri Muhaimin agar Tan Sri Muhaimin menarik balik sebut harga pembekalan harga lampu.
Masyarakat yang penyayang
Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang dikehendaki oleh anak mereka itu.
Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan berkebun apabila dia mendapat gaji kelak.
Masyarakat yang berani
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Masyarakat yang sanggup berkorban
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang.
Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hatsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik.
Masyarakat yang hidup harmoni dalam sebuah keluarga
Keluarga Nurul Hafsa yang terdiri daripada ayahnya, Haju Yassir dan abangnya, Budiman hidup dengan harmoni dan bahagia.
Masyarakat yang berkahwin campur
Tan Sri Muhaimin yang berketurunan Jawa telah berkahwin dengan Maryam Wickham yang berketurunan Kaukasia.
Masyarakat yang setia kawan
Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan.
Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.
Masyarakat yang tabah
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip.
Masyarakat yang bersyukur
Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington.
Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya, Pn.Wickham.
Masyarakat yang bertanggungjawab
Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap.
Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham.
Watak Perwatakan Bimasakti Menari
Watak Utama: Nurul Hafsa
- Anak gadis Haji Yassir.
- Belajar di luar negara, iaitu Jordan dalam bidang Fizik dan kaji falak.
Seorang yang baik hati
Dia begitu prihatin akan nasib Muhammad Taufik yang cedera kerana diserang penjenayah.
Seorang pemarah
Dia berasa marah kepada Muhammad Taufik kerana memagar kawasan sungai di Kampung Kuantan.
Seorang yang bijak dan berilmu
Dia dapat mematahkan hujah Dato’ Johann Arlington-Majid sewaktu pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.
Seorang yang tabah.
Dia begitu tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan untuk melaksanakan cita-citanya iaitu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
Seorang yang berbudi bahasa
Dia menyuruh Muhammad Taufik bertanya kepada ayahnya tentang hasrat Muhammad Taufik untuk hendak meminangnya.
Seorang berpegang teguh pada janji
Dia tetap meneruskan usaha mencerap populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan sewaktu Muhammad Taufik terlantar di hospital.
Muhammad Taufik
- Anak tunggal kepada Tan Sri Muhaimin dan Puan Maryam Wickham.
- Berambut hitam pekat dan ikal.
- kulitnya cerah seperti kulit Maryam Wickham.
- Hidungnya mancung sederhana.
- Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
- Berpendidikan tinggi hingga memiliki sarjana.
- Komited dalam mencintai alam sekitar.
Seorang yang cinta akan alam sekitar
Dia mengusahakan projek Ikhtiar Teknoalam, iaitu pembinaan ruman yang berkonsepkan kediaman mesra alam.
Seorang yang bersikap prihatin
Dia sanggup menemui penjenayah dengan tujuan untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh mereka.
Seorang yang berterus terang
Dia berterus terang dengan bertanya kepada Nurul Hafsa sama ada dia sudi menerima pinangannya.
Seorang yang penyabar
Muhammad Taufik bersikap tenang dan sabar ketika berhadapan dengan Nurul Hafsa yang berasa marah kepada tindakannya memagar sungai di Kampung Kuantan.
Seorang yang penyanyang
Dia menyanyangi kedua-dua orang tuanya walaupun mereka telah berpisah dengan berusaha untuk memenuhi permintaan mereka.
Seorang yang berbudi bahasa dan menghargai tetamu
Dia melayan kunjungan Nurul Hafsa dan Budiman dengan menyediakan minuman.
Seorang yang bertanggungjawab
Muhammad Taufik sanggup memenuhi arahan kumpulan samseng yang menculik Nurul Hafsa untuk menyelamatkannya daripada kumpulan penculik itu.
Budiman
- Anak lelaki tunggal Haji Yassir.
- Abang kepada Nurul Hafsa.
- Sahabat kepada Muhammad Taufik.
- Guru Sains di Sekolah Menengah Tanjung Karang.
Seorang yang bertanggungjawab.
Dia sanggup meluangkan masa untuk menemani Nurul Hafsa di jeti bagi tujuan mencerap kelip-kelip.
Seorang yang baik hati
Dia membawa ayah dan adiknya ke hospital pada pukul 5:00 pagi untuk menziarahi Muhammad Taufik.
Seorang yang prihatin
Dia bersusah payah mengesan Muhammad Taufik yang telah diserang sewaktu balik dari masjid.
Seorang yang taat akan ajaran agama
Budiman menunaikan solat isyak di masjid bersama-sama dengan Muhammad Taufik.
Tan Sri Muhaimin
- Ahli perniagaan yang berjaya.
- Jutawan di Asia Tenggara.
- Tidak bersifat dendam terhadap bekas kekasih isterinya.
- Taat akan perintah agama.
Seorang yang berpengaruh besar
Beliau menggunakan pengaruhnya untuk membolehkan Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa membentangkan kertas kerja berhubung dengan projek Kawasan Simpan Langit Gelap, iaitu menjadikan kawasan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap untuk pencerapan bintang dan populasi kelip-kelip.
Seorang yang penyayang
Beliau sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya, iaitu Muhammad Taufik.
Seorang yang berpendirian teguh
Beliau sanggup bercerai dengan isterinya kerana tidak sehaluan.
Seorang yang baik hati dan tidak bersifat dendam
Beliau tidak berdendam dengan bekas isterinya serta tidak memarahi anaknya berikutan kunjungan bekas isterinya itu ke rumah anaknya.
Seorang yang taat akan perintah agama
Beliau menunaikan solat subuh bersama-sama dengan Haji Yassir di surau hospital.
Seorang ayah yang bertanggungjawab
Beliau turun dari kereta untuk menemani Muhammad Taufik yang hendak pergi ke tandas di stesen minyak untuk menjaga keselamatan anaknya.
Maryam Wickham
- Ahli perniagaan yang berjaya.
- Jutawan di Asia Tenggara.
- Berpengaruh besar.
- Tidak bersifat dendam terhadap bekas kekasih isterinya.
- Taat akan perintah agama.
Seorang ibu yang baik hati dan penyayang
Puan Maryam sanggup mengunjungi Muhammad Taufik dan memasakkan makanan untuk bekas suaminya.
Seorang wanita yang bersikap toleransi
Dia sanggup bernikah semula dengan bekas suaminya untuk memenuhi permintaan anak tunggalnya.
Dato Johann Arlington-Majid
- Berhati jahat.
- Ahli perniagaan yanh tidak kreatif untuk memajukan perniagaannya.
Seorang pendedam
Beliau masih berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickman menerima Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan hidupnya, bukan dirinya.
Nilai Novel Bimasakti Menari
Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk membawa kembali kegelapan di Kuala Selangor untuk memastikan habitat kelip-kelip terjaga dan Kuala Selangor kekal sebagai lokasi pencerapan bintang.
Nilai setia kawan
Contoh: Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penjahat di stesen minyak PETRONAS di hadapan hospital semata-mata untuk menyelamatkan sahabatnya, iaitu Nurul Hafsa yang telah diculik.
Nilai Pengorbanan
Contoh: Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh penculik
Nilai tanggungjawab
Contoh: Tan Sri Muhaimin telah membesarkan anak tunggalnya dengan memenuhi segala keperluan anaknya itu walaupun dia seorang bapa tunggal.
Nilai ketabahan
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi ancaman dan cabaran dalam usaha mereka untuk mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip.
Nilai kasih sayang
Contoh: Maryam Wickham sayang akan anaknya, Muhammad Taufik dengan mengunjungi rumah anaknya dan memasakkan makanan untuk anaknya itu.
Nilai berilmu berpengetahuan
Contoh: Nurul Hafsa sanggup ke Jordan selama empat tahun untuk menyambung pelajaran dalambidang falak dan fizik.
Nilai budi bahasa
Contoh: Muhammad Taufik telah menyambut kedatangan Budiman dan adiknya, Nurul Hafsa ke rumahnya dengan baik serta menghidangkan minuman untuk mereka.
Nilai ketaatan
Contoh: Budiman dan Muhammad Taufik taat akan ajaran agama dengan menunaikan solat jemaah di masjid.
Nilai keberanian
Contoh: Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid.
Nilai Kesyukuran
Contoh: Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington.
Nilai amanah
Contoh: Nurul Hafsa tetap meneruskan projek mencerap kehadiran kelip-kelip di Kampung Kuantan kerana dia telah berjanji dengan rakannya, Muhammad Taufik untuk meneruskan projek mereka walaupun apa-apa berlaku kepada mereka.
Pengajaran Novel Bimasakti Menari
Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya kehidupan kita dan mahluk lain tidak terancam.
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati.
Kitamestilah menyayangi dan menghormati ibu yang banyak berjasa kepada kita.
Contoh: Peristiwa Muhammad Taufik mengajak ibunya ke rumah walaupun ibunya telah berpisah dengan bapanya.
Kita hendaklah gigih mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Contoh: Nurul Hafsa gigih berusaha mengatasi masalah pencemaran cahaya dan kepupusan kelip-kelip.
Ibu bapa mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak terbela.
Contoh: Haji Yassir sanggup menghantar anaknya, Nurul Hafsa ke Kampung Kuantan untuk mencerap kelip-kelip supaya anaknya tidak mengalami masalah untuk pergi ke tempat tersebut.
Kita hendaklah menyayangi alam sekitar yang banyak memberi manfaat kepada kita.
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai kawasan gelap bagi memastikan khazanah alam seperti kelip-kelip dan pencerapan bintang terus dinikmati.
Kita mestilah mempunyai sikap setia kawan
Contoh: Muhammad Taufik sanggup bertemu dengan penjenayah semata-mata kerana tidak mahu keselamatan Nurul Hafsa yang telah diculik terancam.
Kita mestilah tabah dalam melaksanakan sesuatu kerja supaya matlamat kerja tersebut tercapai
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah dalam menjalankan projek yang sedang diusahakan oleh mereka, iaitu Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor walaupun usaha mereka berhdapan dengan cabaran daripada Dato’ Johann Arlington-Majid.
Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang terhadap anak-anak
Contoh: Tan Sri Muhaimin telah membesarkan Muhammad Taufik dengan baik serta memenuhi segala keperluannya.
Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan supaya kita mampu membela agama, bangsa dan negara
Contoh: Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik yang berilmu dan berpengetahuan telah membela alam sekitar di Kuala Selangor yang tercemar dengan limpahan cahaya,
Kita mestilah berbudi bahasa agar kita dihormati orang lain.
Contoh: NMuhammad Taufik yang berbudi bahasa tinggi, akhirnya telah menjadi rakan karib Nurul Hafsa.
Sinopsis Novel Bimasakti Menari
Dalam Novel Bimasakti Menari, watak utama Nurul Hafsa merupakan Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar dan guru pengiring dari Hiroshima Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa mengakui bahawa kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Dato’ Johann Arlington-Majid telah mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang lelaki bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bagi memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik oleh penculik yang menculik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington-Majid pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa dan menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
Sinopsis Novel Bimasakti Menari mengikut bab
Soalan Novel Bimasakti Menari
Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini bertemakan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah gigih berusaha dan bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka gigih berusaha untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor untuk memastikan bintang-bintang dapat dicerap dan kelip-kelip dapat dilihat oleh semua pengunjung.
Pada masa yang sama, Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar Tekno Alam dengan membina rumah mesra alam. Walaupun usaha mereka ini mendapat bantahan dan tentangan yang hebat daripada pihak tententu yang mempunyai kepentingan di tempat tersebut terutamanya Dato’ Johann Arlington tetapi mereka tetap gigih meneruskan usaha ini.
huraikan dua pengajaran yang telah diketengahkan oleh pengarang.
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah berani membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Muhammad Taufik berani membuat keputusan apabila dia bertindak seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa. Setelah keluar dari hospital, Muhammad Taufik meminta ayahnya berhenti di stesen PETRONAS dengan alasan untuk ke tandas. Namun demikian, Muhammad Taufik telah menuju ke van putih. Kemudian, dia telah ditarik masuk ke dalam van dan diculik.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah menjaga pergaulan agar tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan dalam agama. Budiman menemani Nurul Hafsa ketika adiknya itu berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala Selangor. Budiman menemani mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Sikap Budiman mengagumkan Muhammad Taufik kerana Budiman setia menemani Nurul Hafsa sebagai saudara tua yang menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel berkenaan.
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Dua latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Buktinya, Nurul Hafsa bertugas di sini sebagai pegawai sains dan dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun.
Kedua, Kampung Kuantan,Kuala Selangor, iaitu tempat yang dikunjungi oleh Nurul Hafsa dengan bapanya untuk melihat kelip-kelip.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai murni yang anda peroleh.
Novel yang saya pelajari semasa tingkatan 4 ialahBimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat beberapa nilai murni yang saya belajar dalam novel ini.
Nilai yang pertama ialah Ketaatan terhadap agama. Sebagai contoh, Haji Yassir dengan anak-anaknya iaitu Budiman dan Nurul Hafsa menunaikan solat zuhur secara berjemaah.
Nilai yang seterusnya ialah bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Sikap bertanggungjawab ini dapat diperlihatkan apabila Haji Yassir yang prihatin akan masalah pembiakan nyamuk aedes menutup tempayan yang digunakan untuk menadah air dengan plastik.
Selain itu, novel ini juga mempunyai nilai kejujuran. Nurul Hafsa jujur mengakui kegagalan mencerap keseluruhan buruk Orion kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun. Hal ini berpunca daripada pencemaran cahaya.
Huraikan satu pengajaran tentang hormat- menghormati bagi setiap novel.
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel tersebut.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Bimasakti Menari ialah kita mestilah menghormati orang yang lebih tua agar hidup diberkati Tuhan. Nurul Hafsa dan Budiman sanggup menunggu kepulangan ayahnya untuk menikmati hidangan tengah hari bersama. Begitu juga dengan Budiman yang sanggup menahan lapar semata-mata untuk menunggu ayahnya pulang dari kebun.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Jelaskan dua perwatakan watak utama.
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat banyak perwatakan Nurul Hafsa dalam novel ini.
Perwatakan Nurul Hafsa yang pertama ialah seorang yang berani. Nurul Hafsa berani membuat pembentangan dan menyatakan cadangan berkenaan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Walaupun cadangan mereka dibantah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid namun mereka tetap meneruskan pembentangan tersebut.
Perwatakan Nurul Hafsa yang kedua ialah seorang yang bertanggungjawab. Nurul Hafsa menjalankan tanggungjawabnya dengan melayan sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima, Jepun. Sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Nurul Hafsa melayan dengan baik sekumpulan kanak-kanak tersebut untuk melihat bintang. Namun demikian, hasrat mereka tidak kesampaian akibat keadaan langit yang cerah. Nurul Hafsa berjanji kepada mereka untuk memastikan hasrat 15 orang kanak-kanak dari Jepun itu tercapai.
Peristiwa Novel Bimasakti Menari
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kegigihan kepada pembaca.
Peristiwa kegigihan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik duduk di jeti menunggu kumpulan kelip-kelip.Mereka mengambil foto setiap kali ternampak kelip-kelip dalam selang masa 10 minit.
Huraian: Kegigihan dalam melakukan sesuatu tugasan tanpa rasa jemu untuk mendapatkan hasil yang baik.
Peristiwa Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam.
Huraian : Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar
Peristiwa Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman gigih dalam menyediakan dan menyiapkan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk dibentangkan di hadapan Menteri Besar.
Huraian : Kegigihan dalam menyiapkan sesuatu perkara sehingga Berjaya
Peristiwa Novel Bimasakti Menari yang menunjukkan nilai kasih sayang
Peristiwa kasih sayang ditunjuk oleh Maryam Wickham terhadap anaknya Muhammad Taufik. Maryam Wickham Abdullah begitu menyayangi anaknya dan meluahkan perasaan kasih sayang kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Taufik. Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan oleh anaknya.
Peristiwa Novel BimaSakti Menari yang menimbulkan keinsafan.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin membantu Muhammad Taufik menyelesaikan masalah kekurangan populasi kelip-kelip dengan membeli tanah seluas 50 hektar. Muhammad Taufik telah memagar tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api supaya kelip-kelip ada tempat untuk bersembunyi. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca agar menjaga alam sekitar kerana mereka memelihara populasi kelip-kelip supaya tidak pupus.
Huraikan peristiwa dalam bahagian permulaan novel yang menarik minat anda dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang saya pelajari ini.
Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah peristiwa sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah rendah Kichihimahigashi, Hiroshima Jepun duduk di kerusi di atas platform melengkung mengelilingi kubah balai cerap yang terletak di lereng Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kanak-kanak ini kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit semasa lawatan tersebut. Peristiwa ini menarik minat saya kerana saya ingin mengetahui sebab kanak-kanak dari jepun tersebut tidak dapat melihat bintangbintang di langit apabila mencerap di balai Cerap Sultan Salahuddin sedangkan Kuala Selangor terkenal dengan bintang-bintang yang dapat dilihat melalui balai cerap tersebut.
Peristiwa lain yang terdapat pada bahagian permulaan novel ini juga ialah peristiwa semasa Nurul Hafsa yang bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin berjanji kepada kanak-kanak dari Jepun yang kecewa tidak dapat melihat bintang-bintang di langit. Nurul Hafsa berjanji untuk mengembalikan semula kegelapan langit di Kuala Selangor agar bintangbintang dapat dilihat semula. Peristiwa pada peringkat permulaan ini menarik minat kerana saya ingin mengetahui cara yang akan dilakukan oleh Nurul Hafsa yang berjanji untuk mengembalikan semula kegelapan langit di Kuala Selangor. Saya juga ingin mentehaui sama ada cara tersebut berjaya atau tidak dalam usaha Nurul Hafsa melestarikan alam sekitar.
Huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Nurul Hafsa berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap untuk mengembalikan populasi kelip-kelip. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan hidup.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim salam kepada Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut rombongannya walaupun mereka telah bercerai. Peristiwa ini dapat menjadikan teladan kepada pembaca kerana kita perlu menjaga hubungan kekeluargaan agar bertambah erat untuk kepentingan anak-anak.
Jelaskan dua contoh peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim salam dengan Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Maryam Wickham telah bertemu dengan Muhammad Taufik ketika membawa rombongan sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima. Semasa menginap di rumah anaknya itu, Maryam Wickham sempat memasak sayur campur goreng, sambal ikan bilis dan sup ayam sebelum meninggalkan Muhammad Taufik. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak walaupun telah berpisah dengan suami.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik yang tabah meneruskan kehidupan akibat perceraian Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik telah berpindah sekolah di Otago, New Zealand mengikut Maryam Wickham setelah ibunya bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik meneruskan pendidikan di negara itu sehingga peringkat sarjana sebelum berhenti belajar dan kembali ke Malaysia. Muhammad Taufik hanya berjumpa sekali-sekala dengan ibunya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar tabah menghadapi kehidupan akibat perceraian ibu bapa.
Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Datuk Johann Arlington-Majid yang hadir hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Taufik di sisinya telah membentangkan projek tersebut kepada tetamu yang hadir. Segala sanggahan daripada Datuk Johann dibidas dengan sokongan Menteri Besar, yang turut menegur sikap buruknya. Pembentangan menumpukan pada pencahayaan, dan akhirnya, Menteri Besar mengumumkan tender akan diiklankan. Dalam diam, Datuk Johann yang dipenuhi dendam mengupah tiga tonto untuk menyiasat dan menggagalkan usaha mereka.
Peristiwa yang membawa klimaks yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik dicederakan oleh beberapa orang lelaki. Budiman dan Nurul Hafsa menerima berita bahawa Muhammad Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Muhammad Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menurut siasatan awal, polis memberitahu bahawa walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Muhammad Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
t.kasih….sangat2 membantu sy mengajar dalam kelas…semoga allah memberikan ganjaran yg besar kepada anda… dimurahkan rezeki dan diampuniNya
saya amat menghargai jasa anda
saya suka maryam