Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Karangan Punca pelajar ponteng sekolah

Punca pelajar ponteng sekolah

Fenomena ponteng sekolahdi kalangan pelajar semakin serius di negara kita. Huraikan punca-punca pelajar ponteng sekolah.

Faktor yang Menyebabkan Pelajar Ponteng Sekolah

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta.

Pengaruh Rakan Sebaya

Faktor utama yang sering menjadi punca ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya. Murid yang berkawan dengan individu bermasalah cenderung untuk terikut-ikut tabiat negatif seperti melepak di pusat beli-belah, bermain permainan video di kafe siber, atau merokok di tempat tersembunyi semasa waktu persekolahan. Sebagai contoh, kes yang dilaporkan di media baru-baru ini mendapati sekumpulan murid sekolah menengah ditahan polis ketika sedang bermain judi dalam talian di sebuah kafe siber semasa waktu persekolahan. Peribahasa ada menyebut, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan berbau wangi, yang menggambarkan betapa kuatnya pengaruh rakan terhadap tingkah laku seseorang.

Contoh Karangan: Kesan ponteng sekolah

Kurang minat untuk bersekolah

Selain itu, kurangnya minat terhadap pelajaran juga menyumbang kepada gejala ini. Murid yang tidak memahami pelajaran atau berasa bosan dengan kaedah pengajaran mudah rasa putus asa lalu memilih untuk ponteng sebagai jalan keluar. Contohnya, pelajar yang sering gagal dalam subjek seperti Matematik atau Sains akan berasa tidak yakin dan mula menjauhkan diri daripada bilik darjah. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Keadaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya tiada guru atau ibu bapa yang menyedari perubahan sikap mereka. Hal ini ibarat bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing – setiap orang hanya menjaga hal sendiri tanpa mengambil peduli nasib murid tersebut.

Guru yang tidak pandai mengajar

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Peranan Ibu Bapa

Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Penutup Karangan

Kesimpulannya, masalah ponteng sekolah bukan hanya isu disiplin, tetapi cerminan kepada keruntuhan nilai, tekanan sosial dan kegagalan sistem sokongan yang sepatutnya melindungi pelajar. Jika gejala ini tidak dibendung, kita berisiko melahirkan generasi muda yang tidak berdaya saing, tidak bermoral dan kehilangan arah tuju hidup. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

Contoh Karangan: Langkah Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous

nice

Anonymous

saber

You cannot copy content of this page

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x