Skip to content

Contoh Karangan: Pembelajaran atas talian

kebaikan dan keburukan pembelajaran atas talian

Cara hidup serta tingkah laku masyarakat telah berubah dengan drastik sejak bermulanya pandemik Covid-19. Pengajaran dan pembelajaran telah beralih dari bilik darjah atau dewan kuliah ke dalam talian. Apakah kebaikan dan keburukan pembelajaran secara atas talian?

Kebaikan dan keburukan pembelajaran atas talian

Masyarakat baik di Malaysia mahupun dunia menyaksikan satu perubahan drastik dalam amalan, cara hidup serta tingkah laku sejak bermulanya pandemik Covid-19. Impaknya, masyarakat mula mengadaptasi norma baharu kehidupan yang perlu ditempuhi dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali. Di Malaysia, bermula Mac 2020, para pendidik baik di prasekolah sehinggalah ke institusi pendidikan tinggi mula beralih kepada pengajaran dan pembelajaran dalam talian berbanding secara bersemuka di dalam bilik darjah atau dewan kuliah. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran atas talian terus disesuaikan menerusi pelbagai platform agar pelajar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan pembelajaran secara atas talian?

Kebaikan:merancang masa belajar mengikut jadual

Antara kebaikan Pelajar yang mengikuti kelas atas talian ialah dapat merancang masa belajar mengikut jadual mereka sendiri. Pelajar tidak perlu berulang alik ke kampus atau sekolah, jadi mereka menjimatkan masa dan dapat belajar di mana sahaja yang mereka mahukan. Mereka juga tidak perlu bersusah payah ke perpustakaan kerana bahan kursus dapat diakses secara atas talian. Pelajar juga dapat belajar mengikut keselesaan mereka. 

Contoh Karangan: Kelebihan Pendidikan Maya

Kebaikan:menjimatkan kos

Selain itu, pembelajaran secara atas talian dapat menjimatkan kos. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pelajar dapat menyertai kelas atas talian menggunakan aplikasi seperti Google Meet dan Zoom. Justifikasinya, tiada keperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos pengangkutan. 

Keburukan:tidak mempunyai peranti serta aksesteknologi

Antara keburukan belajar secara atas talian pula ialah ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara atas talian kerana mereka tidak mempunyai peranti serta akses kepada teknologi komunikasi adalah terhad. Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran diikuti. Lebih buruk lagi, situasi ini juga dapat memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Hubungan murid dengan sekolah akan terkesan kerana mereka terasing daripada suasana persekolahan untuk satu tempoh yang panjang. 

Keburukan: tidak berpeluang untuk berinteraksi

Seterusnya, pelajar tidak berpeluang untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah. Perkara ini sekaligus akan menjurus kepada kesukaran dalam menerima apa yang di ajarkan oleh guru. Kemahiran guru terhadap aplikasi pembelajaran dalam talian dan prasarana digital juga boleh membantutkan proses pembelajaran dan pengajaran atas talian.

Penutup Karangan

Akhir sekali, gerakan membudayakan pembelajaran atas talian hanya akan berjaya sekiranya pelajar, guru dan pensyarah komited terhadap setiap sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian. Selain meningkatkan kompetensi digital, pensyarah, guru dan pelajar perlu lebih berani untuk meneroka, mencuba dan membiasakan diri dengan norma baharu pembelajaran atas talian dan seterusnya memperbaiki diri dalam setiap ruang dan peluang yang ada untuk kemahiran pedagogi pembelajaran atas talian.

(400 patah perkataan)


Contoh Karangan: Kelebihan dan Keburukan perniagaan atas talian

Contoh Karangan: Pendidikan Jarak Jauh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *