Isi Karangan Pencemaran Alam Sekitar

Isi Karangan Pencemaran Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang isu penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi.

Punca-punca Pencemaran Alam

  • kegiatan perusahaan atau perkilangan
  • asap-asap kilang meyebabkan pencemaran udara dan sisa-sisa
  • pembuangan toksid menyebabkan pencemaran air
  • kegiatan pembanguanan dan penerokaan hutan
  • mengganggu sistem ekologi bumi
  • mengakibatkan hakisan tanah
  • menyebabkan bumi tiada kawasan tuduhan hujan; menyebabkan banjir
  • kegiatan pengangkutan
  • asap-asap kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida (gas beracun)
  • tumpahan minyak daripada kapal tangki di laut
  • kegiatan perladangan dan di rumah
  • pembuangan sampah yang tidak bersistem dan penggunaan racun serangga yang berleluasa menyebabkan udara tercemar

Usaha-usaha Mengatasi Pencemaran Alam

  • meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat pada semua peringkat
  • mengadakan undang-undang yang lebih ketan dan mengenakan hukuman yang berat kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar
  • membina kilang jauh dari kawasan kediaman
  • memelihara hutan dengan menghadkan kegiatan pembalakan dan penerokaan
  • usaha secara besar-besaran untuk mengawal pembangunan dan pembalakan perlu dilakukan secara berterusan untuk menggantikan hutan yang musnah

Kesan daripada Pencemaran Alam

  • apabila udara, air, dan darat tercemar, kehidupan kita tidak akan selesa; kesihatan kita terganggu
  • lapisan ozon akan menipis dan mengancam kesihatan
  • menyebabkan penyakit kulit, kanser, hilang daya pendengaran, dan sebagainya
  • bencana alam seperti banjir, tanah runtuh akan berlaku, dan mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
  • hutan sebagai kawasan tadahan hujan akan musnah dan terdedah kepada hakisan
  • hidupan liar terancam dan akhirnya pupus
  • air tidak selamat digunakan- bumi tidak selamat didiami

Leave a Reply

Your email address will not be published.