Skip to content

Cabaran pembentukan masyarakat penyayang

masyarakat penyayang

Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya penyayang.

Rangka Karangan keadaan dan cabaran pembentukan masyarakat penyayang

– Semakin kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan
– Nilai-nilai yang sering diamalkan oleh orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat, menghormati dan lain lain telah dilupakan oleh generasi masa kini
– Mengamalkan sifat individualistik dan materialistik

Wujud pelbagai gejala sosial dalam kalangan anggota masyarakat

– Masalah penagihan dadah, melepak, bohsia, merempit, jenayah remaja dan pelbagai lagi
– Mengamalkan budaya hidup hip-hop, punk yang bertentangan dengan budaya timur
– Remaja terbiar tanpa dipedulikan oleh ibu bapa/ masyarakat

Pengabaian golongan tua dan OKU

– Wujudnya pengabaian warga emas (golongan tua) dan golongan orang kelainan upaya (OKU)
– warga tua dan OKU sering kali tersisih daripada masyarakat dan keluarga
– Tanggapan bahawa mereka tidak proaktif, tidak berguna dan membebankan keluarga dan masyarakat
– Dibiarkan hidup merempat dan dihantar ke rumah orang tua

Berlakunya pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam

– Memusnahkan alam sekitar seperti hutan dan mencemarkannya seperti udara dan sungai
– Mementingkan keuntungan semata mata tanpa memikirkan generasi akan datang
– Pemaju perumahan menebang pokok sewenang-wenangnya
– Harta benda awam dirosakkan sewenang-wenangnya oleh golongan kurang bertanggungjawab
– Kegiatan vandalisme berleluasa

Masalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak

– Hak kanak-kanak seperti pendidikan, kesihatan dan kasih sayang tidak dipenuhi
– Kanak-kanak didera dari segi fizikal, mental dan juga seksual
– Masalah pembuangan bayi dan penculikan kanak-kanak

Wujudnya kegiatan anti-sosial yang berleluasa

– Wujudnya masalah prasangka antara pelbagai kaum, budaya dan agama
– Terdapat sesetengah golongan anti sosial yang meniupkan api perkauman dengan niat jahat untuk memecahkan perpaduan yang terjalin

Penutup Karangan

– Peningkatan kes keganasan domestik (rumah tangga)- fizikal, mental, emosi
– peningkatan kes berkaitan rumah tangga seperti penderaan, kelakuan ganas yang dilakukan oleh pasangan masing-masing


Contoh Karangan – Pembentukan masyarakat penyayang
Contoh Karangan – Cara Menghargai Warga Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *