Skip to content

Sinopsis Leftenan Adnan Wira Bangsa mengikut Bab

Sinopsis Leftenan Adnan Wira Bangsa

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib merupakan KOMSAS SPM tingkatan 4. Berikutnya Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengikut Bab.

Bab 1 Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)  bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang  anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang  bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal,  Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah  membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka  menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris  adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa  yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil  bumi daripada Tanah Melayu. 

Bab 2 Leftenan Adnan Wira Bangsa

Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia  sangat mengemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan  bercerita mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan  membawa anak sulungnya ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu  hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang tuanya yang menjadi  sumber pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara keluarganya. Penduduk  kampung Sungal Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian sepenuhnya.  Mereka akan mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan  sumber pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka  menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad yang  terletak di persimpangan kampung. Pak Saidi dan Adnan singgah sebentar di warung  tersebut untuk melepaskan lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah  suara penduduk kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada juga yang  bermain dam. 

Bab 3 Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah.  Hatinya gembira apabila melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di  atas pangkin kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat.  Adnan mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu  melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua  adiknya kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat,  Adnan yang selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan yang ada  dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi Pak Saidi  mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.  

Bab 4 Leftenan Adnan Wira Bangsa

Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian untuk  membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka  melepaskan penat dengan berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun  tersebut. Sambil berehat di pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya ayahnya  mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya telah  menceritakan tentang asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan juga telah bertanya  mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada keturunan Minangkabau.Pak Saidi juga telah bercerita kepada Adnan mengenai penentangan orang Melayu  terhadappihak penjajah. 

Bab 5 Novel

Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah.  Mak Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengahari. Pak Saidi mengajak anak anaknya unttuk makan tengahari bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk  memberi nasihat kepada anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya  untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak  Saidi untuk menghantar Adnan samada di sekolah melayu, sekolah inggeris ataupun di  sekolah pondok. Akhirnya, Mak Milah akur dengan keputusan yang diambil oleh Pak  Saidi. 

Bab 6 Novel Leftenan Adnan

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk  kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi  murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang  yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal  menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengahhari dia  menjemput anaknya dari sekolah. 

Sinopsis Leftenan Adnan Bab 7 

Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh  bercerita mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah  Inggeris.Ramai penduduk tidak bersetuju.Pak Saidi orang pertama yang berbuat  demikian.Mereka khuatir anak Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih.Lebai Pian  menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas perbutan Saidi. Namun, Tok Ketua  membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri buah  rambutan dan durian orang kampung.Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat rancangan  uuntuk mengenakan Pak Saidi.

Sinopsis Leftenan Adnan Bab 8 

Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba  Karim datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah.Kemudian,  Karim memberitahu kepada Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya  mengambil tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang  Putih. Karim inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar  anaknya ke sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua  Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit  perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian.Akhirnya Lebai Pian  kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi. 

Bab 9 Leftenan Adnan

Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah  bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan  bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri.Adnan dan  Pak Saidi telah cuba untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian  yang dimiliki Adnan. Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu.Di  sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi  teman dan guru-gurunya. 

Bab 10 

Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki  Inggeris bernama Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercita cita menjadi seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan  tidak lama lagi. Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan  sebuah basikal baharu.  

Bab 11 

Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa inggeris,  rakan-rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan  Adnan. Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran dafripada  Cikgu Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan tinggi. Pak Saidi memberikata-kata semangat supaya menguatkan lagi semangat  Adnan untuk menang. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut. 

Bab 12 

Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan  telah bertikam lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati  atas kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam  perlawanan bola sepak . Pada hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara  kampung Sungai Ramal dan Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat  dalam pertandingan itu.Para penyokonh telah menyokong dengan kegahirahan.  Kemudian penonton terkejut apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan dan  bersalaman 

Bab 13 

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru.  Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi  askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi  mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat  kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama di kalangan guru-guru. 

Bab 14 

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan  mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan  Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi  oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda  tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.  Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak  dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak  bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi,  merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15 

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk  pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan  menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson.  Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota  tentera yang datang ke rumahnya. 

Bab 16 

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan  fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan  menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih  rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah  saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan,  semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah  diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah.  Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat  menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang  telah lama ditinggalkan.  

Bab 17 

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah  menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama  beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama  kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.  Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru  dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda.

Bab 18  

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan  kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak  perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt.  Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk  keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia. 

Bab 19 

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah  Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung  mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana  isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan  kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.  

Bab 20 

Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu  penting untuk dipertahankan. Sekiranya pertahan di bukit Candu dapat ditembusi maka  musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu. Leftenan  Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan  kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai  penduduk kampung yang enggan berpindah.  

Bab 21 

Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika  Syarikat mengadakan persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic  Fleet), dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh.  Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia  termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu  dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas  bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu. 

Bab 22 

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di  lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw,  melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh  sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah  kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap  melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu. 

Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa  perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah  kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut  lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips  menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke  Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan  mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih  banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu  kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7  petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk  Siam. 

Bab 23 

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun  akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak  menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. 

Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap  tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang  anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera  Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. 

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun  ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. 

Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-=adiknya sambil memberi kata-kata  peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Bab 24 

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang  dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam  British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah  jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar  menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah  pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan  dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan  yang sengit. 

Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera  Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk  komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu  kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen  Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan  ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,  separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak  sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil  dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka  menguasai tempat mendarat. 

Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan  tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini  berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan  meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik  sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan  mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai  India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Bab 25 

Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British,  Kota Bharu suatu mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath  segera menghubungi Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di  Teluk Siam mendapati adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla  dan Pattani. Tetapi Ops Matador tidak dapat d dilakasanakan kerana Jeneral A. E.  Percival yang bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang menghadari mesyuarat  Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di  Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival  menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah  Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan.  Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat. 

Bab 26 

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera  Jepun dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat  buah kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa  kerana maereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival  mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam  kabut, berubdur dari Nongka, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang semasa  menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral  Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan  British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai  tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang.  Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad.  

Bab 27 

Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka  tiba di Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi  pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung  Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan  terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. 

Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan  jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942,  seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun  telah menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan  Singapura , Samad bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak  tertekan dengan keadaan yang sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry  Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di  bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang  tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang. 

Bab 28 

Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan  balas tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi.  Pasukan tentera India dan tentera British yang bertahantidak berupaya memberikan  tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat  menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita telah menghantar surat  kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan Adnan akan  mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa cara sekalipun. 

Bab 29 

Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal  kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan  persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera  Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu  rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang  apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu  dari Kompeni “B” meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat  untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir.

Bab 30 

Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur  ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun  sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur  memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan  pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita  bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi  kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk  mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah  dibunuh dari jarak yang dekat. 

Bab 31 

Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh  tentera Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu,  tentera Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara  besar-besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara  dan disusuli dengan serangan pasukan artileri.  

Bab 32 

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,  termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata  mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam  pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan  mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan  tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh  orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang  menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. 

Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga  ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan  guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera  parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya  telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang  yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung  pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.  

Bab 33 

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah  kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran  dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo  lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada  yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan  senjata tajam. 

Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian  Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga  ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat  askar Melayu lalu mengebumikannya. 

Bab 34 

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,  Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah  berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan  keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat  anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan  pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu. 

Bab 35 

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah  pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan  keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba  kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia  diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas.  

Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah  semula oelh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan  mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan  menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai  Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada  hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz  Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri  yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka.  Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia. 


Nota Leftenan Adnan Wira Bangsa

2 thoughts on “Sinopsis Leftenan Adnan Wira Bangsa mengikut Bab”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *