Skip to content

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa – Komsas tingkatan 4

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib merupakan komsas tingkatan 4. Berikutnya sinopsis, tema, Persoalan, Latar, Nilai, Pengajaran, Watak Perwatakan, Gaya Bahasa, Plot dan soalan novel ini.

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Tema Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Tema novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberaniandan keperwiraan seorang anggota tenteraMelayu dalam mempertahankan tanah airdaripada dijajah oleh kuasa asing. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian  dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi  askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga  penghujung nyawa. 

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan  keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar  Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke  Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga  ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah  keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung  nyawa. 


Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-legar sekitar watak utama, iaitu Adnan. Pada peringkat awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.

Sewaktu masih kecil, Adnan merupakan anak yang rajin membantu keluarganya dan taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah untuk membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia mengerjakan sawah bendang.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau senantiasa menekankan peri pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang-orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pak Saidi memiliki keazamanan yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Pengetahuan Pak Saidi tentang sejarah tanah air dikagumi oleh penduduk kampungnya.

Sejak kecil, Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan didikan terbaik untuk anak-anaknya. Pak Saidi mahukan anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang- orang Melayu menjadi pandai. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya mendapatkan ilmu pengetahuan di sekolah aliran Inggeris. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian, dan seterusnya menjadi murtad.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman- teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita- citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, dia diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun begitu, bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar. Adnan terpilih menjadi askar dalam temu duga yang diadakan di Port Dickson. Adnan berkahwin dengan Sophia.

Adnan membawa isteri dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anak dan isterinya pulang ke kampung apabila mendengar berita Jepun akan menyerang Singapura.

Pada Sabtu 6 Disember 1941, suatu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah belayar menuju ke Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal penjajap, dan kapal pembinasa sedang menuju ke Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat yang jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan banyak askar terkorban. Askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun begitu, pada hari yang ketiga, Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya berundur. Askar Jepun akhirnya berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun akan mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama 42 orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Peristiwa Leftenan Adnan Wira Bangsa

Peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun.

Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana daripada peristiwa itu telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya untuk terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musuh negara.

Peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung.

Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Peristiwa Pak Saidi memberikan pendidikan agama, seni mempertahankan diri dan pendidikan formal kepada ketiga-tiga orang anaknya.

Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran pada setiap malam. Peristiwa ini dikatakan menarik kerana  menunjukkan bahawa seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anak dalam pelajaran.

Peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris

Pak Saidi tegas menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun dipandang serong oleh penduduk Kampung Sungai Ramal. Peristiwa ini menggambarkan seorang bapa yang berpandangan jauh tentang kepentingan pendidikan untuk anak-anak.


Persoalan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Pengorbanan seorang isteri 
Contoh Peristiwa: Isteri Leftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah  dengan suaminya dan menjaga anank-anak. 

Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting
Contoh Peristiwa: Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera  Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba  menyerang askar Melayu.

Sikap berpandangan jauh 
Contoh Peristiwa: Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan  di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok. 

Persoalan semangat cinta akan negara 
Contoh Peristiwa: Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal  kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan  tanah air.


Binaan PlotNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan kepada watak utama, iaitu Adnan. Adnan digambarkan sebagai seorang anak muda yang mempunyai ciri- ciri keistimewaan dalam dirinya. Dia memiliki sifat keberanian yang jarang-jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya.

Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberi kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Mereka tidak harus kekal menjadi petani yang miskin. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara.

Dalam bahagian perumitan, Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang senang penduduk Kampung Sungai Ramal. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita tersebut. Namun, Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.

Dalam bahagian klimaks, berlaku pertempuran sengit antara tentera British yang dibantu oleh askar Melayu menentang tentera Jepun. Kejatuhan negeri-negeri di Tanah Melayu ke tangan Jepun menyebabkan British terpaksa mempertahankan Singapura sebagai kubu terakhir mereka. Leftenan Adnan merupakan pegawai tentera yang diamanahkan untuk mempertahankan kubu di Pasir Panjang dan Bukit Candu. Berlaku beberapa siri pertempuran yang hebat antara askar Melayu dengan tentera Jepun. Pertahanan askar Melayu di Bukit Candu semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun. Leftenan Adnan terus memberikan kata- kata semangat kepada anak-anak buahnya.

Peleraian cerita apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu dalam satu pertempuran. Semua anggota askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob. Leftenan Adnan berjaya ditangkap. Leftenan Renya Mutuguchi melepaskan perasaan marahnya terhadap Leftenan Adnan. Tentera Jepun mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan menggantungnya pada pokok ceri. Leftenan Renya Mutuguchi mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan Adnan. Seorang demi seorang tentera Jepun mengambil giliran menikam tubuh Leftenan Adnan. Jeneral A.E. Pervical akur akan kekalahan tenteranya kepada pihak Jepun.


Teknik Plot Leftenan Adnan Wira Bangsa

Teknik dialog
Perbualan antara Pak Saidi dengan Mak Milah. Pak Saidi melahirkan rasa terkilannya kerana orang-orang Melayu miskin di tanah air sendiri.

Teknik imbas kembali
Leftenan Adnan teringat kembali suasana meriah menyambut hari raya ketika zaman kanak-kanak. Bapanya membuat lemang manakala ibunya menyediakan lauk-pauk dan kuih-muih. Lampu pelita mengelilingi rumahnya. Adnan dan adik-adiknya serta kanak-kanak yang lain bermain mercun dan bunga api.

Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan angkatan tentera British di Singapura sebanyak 85 000 orang dan mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang cuma berjumlah 30 000 orang.

Teknik saspens
Pembaca tertanya-tanya tentang tindakan selanjutnya dari Leftenan Adnan semasa beliau dan pasukannya mengepung tempat persembunyian musuh.

Teknik kejutan
Deris terkejut apabila mendapati lelaki di sebalik topeng itu sebenarnya ialah Samad.


LatarNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Latar Tempat

(a) Kampung Sungai Ramal, Kajang.
(b) Pagar Ruyung.
(c) Kampung Sungai Merab.
(d) Sekolah Melayu Sungai Ramal.
(e) Port Dickson dan Kem Haig Lines.
(f) Singapura.
(g) Pangkalan tentera Pasir Panjang.
(h) Bukit Candu.

Latar Masa

(a) Sekitar awal tahun 40-an.
(b) Waktu pagi, petang, dan malam. (c) 6 Disember 1941.
(d) Pagi 4 Disember 1941.
(e) Tengah malam 8 Disember 1941. (f) 9 Disember 1941.
(g) 10 Disember 1941.
(h) 14 Disember 1941.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang amat cinta akan tanah air.
(b) Masyarakat yang memiliki keberanian yang luar biasa.
(c) Masyarakat yang berpendirian teguh.
(d) Masyarakat tentera yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
(e) Masyarakat yang menjadi pembelot dan pengkhianat bangsa.
(f) Masyarakat yang memiliki sifat amanah dan bertanggungjawab.
(g) Masyarakat yang bijak mengatur strategi peperangan.


Watak dan PerwatakanNovel

Watak utama novel ini ialah Leftenan Adnan. Watak sampingan ialah Pak Saidi, Sophia, Nordin, Samad, Jeneral A.E. Percival, Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, dan sebagainya.

Leftenan Adnan

(a) Leftenan Adnan ialah anak sulung Pak Saidi dan Mak Milah.
(b)  Beliau mendapat pendidikan di sekolah Inggeris.
(c)  Beliau pernah menjadi guru sebelum menjadi askar.
(d)  Beliau berkahwin dengan Sophia dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mokhtar, Zainudin, dan Fatimah.
(e)  Seorang yang mahir dalam ilmu persilatan.
(f)  Seorang yang bijak. Buktinya, Leftenan Adnan bijak mengesan strategi yang dirancang oleh Leftenan Renya Mutuguchi apabila dia mengarahkan beratus-ratus orang tenteranya menyamar sebagai askar Sikh untuk mengelirukan askar Melayu.
(g)  Seorang yang berani. Contohnya, Adnan berani menerima cabaran remaja Kampung Sungai Merab untuk berlawan tinju.
(h)  Seorang yang rajin belajar.

(i)  Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
(j)  Seorang yang penyayang.
(k)  Seorang yang patuh akan kehendak orang tua.
(l)  Seorang ketua yang bertanggungjawab.
(m)  Seorang yang gigih semasa menjalani latihan.
(n)  Seorang yang penyabar.
(o)  Seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.
(p)  Seorang yang berfikiran rasional.

Pak Saidi

(a)  Pak Saidi ialah bapa Adnan, Ahmad, dan Amarullah dan suami kepada Mak Milah.
(b)  Pak Saidi bekerja sebagai pekebun dan pesawah.
(c)  Seorang yang penyayang.
(d)  Seorang yang mementingkan ilmu.
(e)  Seorang yang berpandangan jauh dengan menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris.
(f)  Seorang yang gigih menempuh cabaran.
(g)  Seorang yang berani mempertahankan maruah diri.
(h)  Seorang yang baik hati.
(i)  Seorang yang bersikap tabah.
(j)  Seorang yang berpendirian teguh.
(k)  Seorang yang mempunyai sifat patriotisme yang tinggi.
(l) Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.

Jeneral A.E. Percival

(a) Seorang yang bertanggungjawab.
(b) Seorang yang bijak semasa mengatur strategi.
(c) Seorang yang kurang cekap ketika mengurus pentadbiran.
(d) Seorang yang bersikap tidak adil semasa pembahagian senjata.
(e) Seorang yang mudah berprasangka buruk terhadap musuh.
(f) Seorang yang mementingkan keselamatan anak-anak buahnya.
(g) Seorang yang berfikiran rasional.

Jeneral Tomoyuki Yamashita

(a) Seorang Pegawai Pemerintah Tentera Jepun.
(b) Seorang yang bijak menyusun strategi.
(c) Seorang yang gigih.
(d) Seorang yang berpendirian tegas.
(e) Seorang yang bersikap patriotik terhadap tanah air sendiri.
(f) Seorang yang pendendam.
(g) Seorang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
(h) Seorang yang bercita-cita besar.


Gaya BahasaNovel Leftenan Adnan

Simile
Contohnya, macam ayam berak kapur, seumpama ombak besar menghempas pantai.

Metafora
Contohnya, api kemarahan, menyentuh jiwa.

Personifikasi
Contohnya, Fikirannya melayang- layang mengenang kembali peristiwa dua hari yang lalu dan cuaca sejuk menusuk hingga ke tulang sum sum.

Hiperbola
Contohnya, Bahangnya terasa perit membakar kulit.

Peribahasa
Contohnya, …sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan sediakan payung sebelum hujan


NilaiNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Nilai Kasih sayang
Contoh: Pak Saidi dan Mak Milah amat menyayangi anak-anak mereka, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah.

Nilai Keberanian
Contoh: Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga titisan darah yang terakhir walaupun tanpa senjata.

Nilai Cinta akan negara
Contoh: Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatannya sebagai guru pelatih untuk memasuki bidang ketenteraan.

Nilai Rasional
Contoh: Pak Saidi yakin bahawa tindakannya menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris merupakan langkah yang tepat.

Nilai Kebijaksanaan
Contoh: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Nilai Ketabahan
Contoh: Sophia tabah memelihara anak- anaknya setelah suaminya, iaitu Leftenan Adnan gugur di medan pertempuran.

Nilai Ketaatan
Contoh: Leftenan Adnan taat pada suruhan agama apabila dia melakukan solat hajat sebelum menjalankan tugas sebagai pemimpin pasukan askar Melayu untuk menentang pihak Jepun.

Nilai Tanggungjawab
Contoh: Sebagai ketua, Leftenan Adnan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi untuk mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh pihak Jepun.


PengajaranNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Kita hendaklah menyayangi anggota keluarga agar hubungan sentiasa harmoni
Contoh: Pak Saidi yang penyayang menggunakan pendekatan psikologi untuk mendidik anak-anaknya.

Kita hendaklah berani mempertahankan negara
Contoh: Keberanian Leftenan Adnan dan askar Melayu yang lain ketika mempertahankan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan pihak musuh.

Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi
Contoh: Perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan bahawa mereka memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.

Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh
Contoh: Pak Saidi memilih sekolah beraliran Inggeris untuk anak-anaknya.

Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
Contoh: Leftenan Adnan bertanggungjawab memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya dalam medan pertempuran walaupun bilangan mereka sedikit dan kehabisan peluru.

Kita perlulah rajin melakukan sesuatu agar dapat memberikan manfaat kepada orang lain
Contoh: Adnan rajin membantu ayahnya, Pak Saidi melakukan kerja-kerja kampung.

Kita tidak sewajarnya menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara
Contoh: Tindakan Samad menjadi ejen perisik untuk tentera Jepun merupakan suatu perbuatan khianat kepada agama, bangsa, dan negara.


Soalannovel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak utama bagi novel ini ialah Adnan bin Saidi.

Satu perwatakannya yang saya fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang yang bersemangat patriotik. Contohnya, Leftenan Adnan sanggup berjuang bermati-matian sehingga titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan bumi tercinta daripada jatuh ke tangan tentera Jepun.

Selain itu, Leftenan Adnan juga merupakan seorang yang bijaksana. Contohnya , Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua tentera itu berjaya dibunuh dan beliau mendapat pujian daripada Jeneral A.E. Percival.

Seterusnya, dia merupakan seorang yang rajin. Contohnya, Adnan rajin mengulang kaji pelajaran sehingga mendapat keputusan yang baik. Dia juga rajin menolong bapanya menoreh getah, bersawah dan menjaga kebun durian.

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib, novel tersebut ternyata mempunyai banyak keisitimewaan dari pelbagai aspek.

Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.

Novel ini juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Antara nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai cinta akan negara. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya tersebut untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air. Pengajarannya ialah, sebagai anak muda, kita hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan tanah air pada bila-bila masa diperlukan.

Selain itu, novel ini juga menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutama generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang mempertahankan negara . Watak Leftenan Adnan adalah simbol keberanian dan ketabahan anak muda dalam perjuangan. Leftenan Adnan berani berjuang melawan tentera Jepun walaupun tanpa senjata hingga ke titisan darah terakhir.

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib. Nilai tanggungjawab yang dapat dilihat ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Nilai tersebut dipaparkan melalui watak Pak Saidi yang mengambil berat pelajaran anak-anaknya. Beliau menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan penduduk Kampung Sungai Ramal . Beliau sedar akan tanggungjawab seorang ketua keluarga demi memastikan anak-anaknya mempunyai masa depan yang terjamin dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, nilai tanggungjawab juga dipaparkan melalui watak Adnan . Beliau menggalas tanggungjawab memimpin Regimen Askar Melayu Kompeni C di Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan keselamatan negara . Beliau bersama-sama pasukannya berjuang bermati-matian sehingga kehabisan senjata dan berakhir dengan kematiannya yang sungguh tragis. Kemarahan tentera Jepun dengannya tidak terkira sehingga dia digantung di bawah pohon ceri dengan kepalanya di bahagian bawah dan setiap askar Jepun menikamnya dengan bayonet. Seseungguhnya, pengorbanan Leftenan Adnan demi tanggungjawab mempertahankan negara perlu kita teladani

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib. Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah peristiwa Adnan berkahwin dengan Sophia. Perkahwinan ini dirancang dan diatur oleh bapa Adnan, Pak Saidi . Hasil Perkahwinan itu telah membuahkan kebahagiaan apabila pasangan Adnan dan Sophia dikurniakan dua orang anak, iaitu Mokhtar dan Zainuddin

Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah Adnan pulang membawa khabar gembira ketika pulang bercuti, terutamanya buat isteri tercinta. Adnan menyatakan hasrat untuk mengajak Sophia berpindah kerana Adnan akan berpindah ke Pasir panjang. Di sana, Adnan dibenarkan untuk membawa keluarga dan rumah juga disediakan. Sophia menyambut pelawaan Adnan dengan perasaan sangat gembira.

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib. Berdasarkan novel tersebut , watak utamanya iaitu Adnan yang sememangnya berhadapan dengan pelbagai konflik. Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Adnan dengan ibunya. Ibunya tidak membenarkan Adnan menjadi tentera kerana tidak sanggup berpisah dengan Adnan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson Bagaimanapun , akhirnya, ibu Adnan akur dengan kehendak anaknya dan merelakan serta menghormati keputusan Adnan yang ingin menjadi seorang tentera

Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Leftenan Adnan dengan pihak Jepun . Banyak anggota Kompeni C Regimen askar Melayu di bawah pimpinan Leftenan Adnan terkorban ketika bertempur dengan tentera Jepun di Pasir panjang dan Bukit Chandu. Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya walaupun mereka semakin kehabisan peluru. Biarpun,akhirnya Tentera Jepun berjaya menembusi pertahanan kubu askar Melayu dan Leftenan Adnan turut terkorban , namun semangat beliau tetap utuh saat menghadapi konflik tersebut.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.

Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat persoalan kemasyarakatan dalam novel tersebut.

Antara persoalan kemasyarakatan yang terkandung dalam novel ini ialah semangat juang yang tinggi dalam kalangan askar Melayu. Sebagai contohnya, ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan askar Melayu yang masih bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.

Selain itu, kerjasama untuk mengukuhkan sistem pertahanan negara juga antara persoalan kemasyarakatan yang ditonjolkan dalam novel ini. Ketika Leftenan Adnan diarahkan oleh pihak Inggeris untuk bertugas di Bukit Candu, beliau mendapati tiada persiapan rapi yang dibuat di sana. Leftenan Adnan telah mengadakan mesyuarat tergempar dan meminta mereka bergotong-royong menggali parit dan kubu. Leftenan Adnan dan orang-orang bawahannya turut menebas semak samun dan membaiki pagar duri.

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, tema novel ini ialah semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.

Tema ini dapat dibuktikan Leftenan Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang bermati-matian hingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi tercinta daripada ditakluki oleh tentera Jepun.

Selain itu, ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan askar Melayu yang masih bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.

Di samping itu, askar-askar yang bertugas mengawal kubu Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga walaupun sudah beberapa hari tidak makan dan minum. Pada waktu pagi, tentera Jepun telah datang ke kawasan pertahanan mereka. Tentera Jepun mahu Leftenan Adnan menyerah tetapi Leftenan Adnan berkeras ingin mempertahankan kubu Pasir Panjang. Oleh itu, tentera Jepun telah membedil kubu itu melalui udara. Askar Melayu dan Leftenan Adnan telah memberikan tentangan hebat kepada tentera Jepun sehingga mereka gagal menembusi benteng pertahanan askar Melayu. Kekalahan ini menyebabkan Jeneral Yamashita semakin marah dan malu.

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa latar tempat dalam novel ini.

Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah warung Pak Samad. Warung ini merupakan tempat penduduk kampung bertukar-tukar maklumat dan cerita.Warung ini juga menjadi tempat untuk Nordin bermain dam bersama-sama dengan rakan-rakannya.

Selain itu. Sekolah Inggeris juga merupakan antara latar tempat yang dipaparkan oleh penulis dalam novel ini. Sekolah ini merupakan tempat Adnan belajar. Ketika dia belajar di sini, Adnan menunjukkansikap yang baik dan sering mendapat pujian terutamanya daripada Cikgu Anderson.

Selepas membaca novel Leftnan Adnan Wira Bangsa, terdapat beberapa latar masyarakat yang saya dapati daripada novel ini.

Antara latar masyarakat ialah masyarakat kampung yang pemurah. Pak Saidi selalu mempelawa penduduk kampung makan buah-buahan di dusunnya. Dia juga selalu memberikan hasil dusun buah-buahannya kepada jiran-jirannya.

Seterusnya, masyarakat yang mementingkan ilmu juga terdapat dalm novel ini. Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran. Sekolah itu mengajar banyak mata pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Pak Saidi sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah.

Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berani mempertahankan tanah air. Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. Walaupun Leftenan Adnan telah cedera parah, dia telah melawan tentera Jepun secara berdepan dengan menggunakan bayonet dan menewaskan banyak tentera Jepun.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu Adnan. bin Saidi atau dikenali sebagai Leftenan Adnan.

Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah penentangan daripada Budin. Penentangan ini bermula pada perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal. Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Budin akan bertinju dengan Adnan. Akhirnya, Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat.

Selain itu, watak utama juga menghadapi konflik pelekehan rakan-rakan Leftenan Adnan terhadap cita-citanya. Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.

Setiap novel mempunyai beberapa unsur yang membuatkan novel tersebut menarik untuk dibaca. Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, terdapat unsur konflik yang membuatkan novel tersebut semakin berkembang.

Konflik pertama yang timbul dalam cerita adalah apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris. Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.

Selain itu, konflik yang timbul dalam novel Leftenan Adnan adalah ketika pertempuran Batalion Kedua Askar Melayu dengan pendaratan askar Jepun di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Dalam pertempuran ini, askar Jepun telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan menyebabkan banyak terkorban dan banyak askar India British melarikan diri. Namun begitu, semangat Leftenan Adnan tidak berputus asa lalu bertahan dan berjaya menggagalkan askar Jepun tetapi pada hari ketiga askar Melayu yang bertempur terpaksa berundur. Askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan.

Di samping itu, terdapat satu lagi konflik dalam novel di mana konflik berlaku di antara askar Melayu dengan tentera Jepun pada masa terakhir Perang Dunia Kedua. Pada masa ini Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya. Walaupun mereka semakin kehabisan peluru sedangkan askar tentera Jepun semakin bertambah, semangat askar Melayu tidak pernah berkurang dan terus berjuang mempertahankan diri dan maruah negara.

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib, terdapat satu watak sampingan lelaki. Watak sampingan tersebut ialah Pak Saidi.

Pak Saidi mempunyai seorang isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Pak Saidi tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.

Perwatakan Pak Saidi adalah seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Sebagai contoh, Pak Saidi tidak mahukan anak-anaknya ketinggalan dalam arus pendidikan semasa. Beliau mahu masa depan menjadi lebih baik. Oleh itu, Pak Saidi menghantar anak mereka ke sekolah aliran Inggeris walaupun beberapa orang penduduk kampung membantah perbuatannya.

Berdasarkan novel yang telah saya pelajari, iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat persoalan kasih sayang.

Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, persoalan kasih sayang yang dipamerkan ialah bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya. Misalnya, Pak Saidi sanggup menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana sekolah itu mengajarkan banyak mata pelajaran kepada para pelajarnya. Oleh itu, Pak Samad sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah. Walaupun tindakan Pak Samad ditentang oleh penduduk kampung, dia tetap menghantar anaknya ke sekolah Inggeris untuk memastikan anaknya mendapat pekerjaan yang lebih baik.


Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengikut Bab

9 thoughts on “Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa – Komsas tingkatan 4”

  1. THANKYOUU !!!
    Alhamdulillah saya jumpa page ni,terimakasih banyak-banyak..
    saya harap pembaca yang lain juga seperti saya..
    GOODLUCK N ALL THE BEST
    SPM B05 DAN SETERUSNYAAA!!

  2. Penulis boleh periksa semula ada beberapa perkataan yang (sintaks error)/kesalahan ejaan,
    walaubagimanapun..terimakasih sekali lagi saya ucapkan diatas perkongsian penulis,SELAMAT MAJU JAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *