Skip to content

Cara Membuat Rangka Karangan dan Contoh

menulis karangan

Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan. Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan . 

Teknik Menulis kerangka Karangan

Adalah mustahil  dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan. (Masa diperuntukan 10 Minit)

  1. Baca soalan dan pilih karangan mengikut kemampuan.
  2. Pastikan anda selesa dan mengetahui tentang topic karangan yang di pilih.
  3. Baca soalan berulang-ulang sehinggan anda benar-benar memahami kehendak soalan.
  4. Gunakan sekeping kertas putih yang dibekalkan untuk melakar Rangka Karangan yang anda pilih.
  5. Mulakan rangka dengan Pendahuluan – Isi (5 – 6 Isi) – Penutup / Kesimpulan.
  6. Untuk bahagian Rangka Isi, susun isi mengikut kesesuaian kepentingan. Yang lebih penting berada di atas diikuti dengan yang kurang penting.
  7. Peruntukan 10 Minit untuk sesi melakar Rangka Karangan ini.


Contoh Rangka Karangan

Kehilangan kanak kanak

Pendahuluan: Berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan.
– tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini

Isi-isi karangan:

peranan ibu bapa
– mengawasi pergerakan anak-anak mereka

peranan sekolah
– menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat

peranan taman asuhan kanak-kanak
– mengambil langkah-langkah bagi menjamin keselamatan  kanak-kanak

peranan masyarakat
– bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan

peranan polis
– mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak

penguatkuasaan undang-undang
– tindakan tegas terhadap penculik dan pembunuh kanak-kanak

Penutup: Semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak.


Pengangkutan Awam

Kepentingan Pengangkutan Awam

  • Pengangkutan awam nadi negara.
  • menghubungkan pelbagai destinasi
  • mudah dan cepat
  • lambang dan imej sesebuah negara

Langkah – Membina lebuh raya yang besar dan canggih

  • memberi keselesaan kepada pengguna
  • menjimatkan masa
  • berhubung dengan cepat dan pantas

Langkah – Membina komuter dan Star LRT

  • mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • mempercepat pelbagai urusan
  • memberi keselesaan kepada warga kota

Langkah – Pembinaan KLIA

  • pintu masuk negara yang canggih
  • lambaian kedatangan para pelancong
  • menarik ramai pelabur.

Langkah – Memodenkan pelabuhan di Malaysia

  • perniagaan impot dan ekspot menjadi lebih teratur
  • barangan niaga dapat dihantar dengan cepat
  • keuntungan kepada Negara

Langkah – Sistem kereta api yang canggih

  • laluan ekspress KL Sentral ke KLIA
  • laluan utama utara dan ke selatan diperhebat
  • mudah berkomunikasi dan berurus niaga

Penutup Karangan Pengangkutan Awam

  • Sistem pengangkutan mestilah canggih dan sistematik
  • negara beroleh banyak manfaat
  • ekonomi ditingkatkan dan pulangan lumayan kepada negara
  • menjana kepesatan dan kemajuan Negara

Punca rasuah dan Langkah Mencegah Rasuah

Pendahuluan

  • Rasuah ialah pemberian wang untuk mendapatkan sesuatu tanpa melalui peraturan.
  • Rasuah – skandal pinjaman Bank Bumiputera Finance ( BMF ) , Koperasi Mengambil Deposit , penggelapan wang di Bank Simpanan Nasional dan Suruhanjaya Sekuriti.

Punca Rasuah – Kekurangan didikan agama

  • Sejak kecil lagi , mereka tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna .
  • Mengkianati majikan kepentingan orang lain untuk memuaskan nafsu tamak .
  • Tidak faham ajaran agama dan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang agama .
  • Berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi tetapi berkelakuan jahat keagamaan .
  • Agama dunia melarang penganutnya melakukan rasuah – perbuatan yang terkutuk .
  • Sifat menginginkan kekayaan mengkaburkan mata mereka dan mereka lupa agama .

Punca Rasuah – Gaji rendah

  • Menyebabkan mereka menerima rasuah – menikmati kemewahan hidup .
  • Mendapat kenaikan pangkat dan tiada kelayakan untuk menuntut gaji yang tinggi .
  • Gaji tidak cukup untuk membayar sewa rumah , ansuran kereta , bil elektrik dan air , perbelanjaan keluarga dan penikmatan kemewahan hidup yang luar biasa sedikit .
  • Pekerja bawahan seperti kerani , pelayan pejabat , pegawai keselamatan , dan mereka yang menghendakkan kemewahan hidup tetapi tidak mampu .
  • Membuat perbandingan dengan kawan sepejabat mereka .
  • Diperalatkan untuk menyebarkan maklumat untuk tatapan pihak yang meminta .
  • Projek tender – pegawai terlibat menerima rasuah untuk meluluskan permohonan itu .

Punca Rasuah – Undang undang

  • Tidak mempunyai hukuman yang berat dan setimpal .
  • Denda sahaja tidak cukup untuk menakutkan pesalah .
  • Hukuman penjara – tidak menghairankan penjenayah – masuk penjara – keluar jadi jutawan .
  • Hukuman rampasan harta dan wang tidak ada dalam undang-undang .
  • Hukuman sebat tidak diluluskan oleh parlimen .
  • Rakyat tidak takut undang-undang dan berani melakukan rasuah .

Langkah – Pendidikan agama dan moral

  • Sikap diubah sejak dari kecil lagi .
  • Kerajaan mewajibkan subjek pendidikan moral dan agama di sekolah .
  • Pelajar diajar dan diterapkan ke dalam jiwa mereka nilai mulia dan murni .
  • Aspek displin , tanggungjawab , jujur , rajin , kasih-sayang , cekap , bersih dan amanah , ditekankan dalam pendidikan moral dan agama .
  • Kejayaan seseorang bergantung kepada sikap dan nilai yang diamalkan olehnya .
  • Tidak bergamak untuk menjadi kaya tanpa kira nilai prinsipnya .
  • Ibu bapa menyemai nilai keagamaan dan ajaran agama ke dalam jiwa anak mereka .

Langkah – Keadaan pekerjaan

  • Kebajikan pekerja bawahan dan kakitangan berpangkat tinggi dijaga .
  • Kemudahan perumahan , KWSP , Perkeso , kenaikan pangkat , kenaikan gaji , bayaran kerja tambahan masa , bonus dan pertukaran tempat pekerjaan diberi perhatian .
  • Majikan memberi insentif dan mengukur persembahan pekerjaan pekerja dengan adil .
  • Mempunyai keyakinan terhadap syarikat mereka .
  • Kakitangan organisasi lebih menyayangi majikan kalau menjaga kepentingan dan kebajikan .
  • Sistem dan peraturan bekerja diketat dan elakkan kebocoran untuk penyelewengan .

Kesimpulan

  • Rasuah menjahanamkan kemantapan ekonomi negara , imej negara dicemari .
  • Rakyat dan pemimpin tiada keyakinan terhadap kestabilan negara .
  • Setiap lapisan masyarakat berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .

Rangka Karangan tentang Isu sosial

kesan positif

1. Kepada negara

– membantu perkembangan ekonomi negara
– menyumbangkan pendapatan lumayan kepada negara
– menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa
– mengurangkan beban kewangan negara
– mengekalkan kestabilan dan keamanan negara
– memupuk perpaduan nasional

2.Kapada masyarakat

-menyumbangkan pendapatan lumayan
-meningkatakan taraf hidup masyarakat
-meningkatkan taraf kesihatan
-menyediakan banyak peluang pekerjaan
-menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat

3. Kepada perhubungan Antarabangsa/Dunia

-mendapat pengiktirafan antarabangsa
-menjalin perhubungan diplomatik
-menerima bantuan dan pelaburan
-publisiti dan promosi di peringkat antarabangsa
-keselamatan dan keamanan dunia


Kesan negatif

1. kesan kepada negara

-mencemari imej negara  di peringkat antarabangsa
-meningkatkan beban kewangan negara
-menggugat kestabilan negara
-mengancam perpaduan negara
-mencetuskan masalah pengangguran dan kemiskinan
-pembangunan negara terjejas

2. Kesan kepada masyarakat

-mencemari imej masyarakat
-mengancam adat dan budaya tempatan
-menggugat keselamatan dan kesejahteraan
-masalah kemiskinan dan pengangguran
-hubungan rakyat dengan kerajaan terjejas

3. kepada institusi pendidikan

-mencemari imej sekolah
-sekolah menjadi tempat yang kirang selamat
-mengancam perkembangan sistem pendidikan negara
-masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap Kementerian Pelajaran
-menghalang pembentukan Sekolah Penyayang dan sekolah Wawasan

4. Kepada diri sendiri

-menghancurkan masa hadapan
-mencemari imej diri sendiri
-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-berhadapan dengan masalah pengangguran dan kemiskinan
-menjejaskan kesihatan diri

5.kepada keluarga

-mencemari imej keluarga
-keluarga berhadapan dengan masalah kewangan
-akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat
-menjejaskan hubungan baik anggota keluarga
-meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam

6. Kepada perhubungan antarabangsa/dunia

-menjejaskan perhubungan diplomatik
-menerima ancaman daripada negara-negra maju
-keamanan dan keselamatan dunia terancam
-perpecahan,rusuhan dan peperangan
-dunia akan kiamat


Rangka Karangan tentang sukan

4 thoughts on “Cara Membuat Rangka Karangan dan Contoh”

  1. Kalau nak buat rangka kedua langkah langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak kanak . macam mana buat rangka karang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *