Skip to content

Karangan Sukan -Kepentingan, Langkah, Peranan(SPM)

Karangan Sukan SPM

Karangan tentang sukan merupakan “hot topic” dalam peperiksaan SPM. Berikutnya rangka karangan sukan untuk pelbagai aspek dan tajuk karangan.

Kepentingan sukan kepada individu dan negara

Bidang sukan merupakan bidang yang penting di Malaysia. Aktiviti sukan memberi banyak manfaat kepada individu dan juga memberikan sumbangan kepada negara kita.

Isi Karangankepentingan sukan

– Mengekalkan kesihatan,berpeluh boleh membuangkantoksik badan, jauh daripenyakit.
– Memupuk perpaduan kaum, kejayaan pasukan kebangsaan tanpa mengira kaum.
– Mengurangkan masalah sosial
– Meningkatkan imej negara, mengharumkan nama negara di persada dunia.
– Menjana pendapatan lumayan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulannya, semua pihak terutama kerajaan, ibu bapa, sekolah perlulah memberikan sokongan kepada remaja.

Contoh Karangan: Kebaikan Aktiviti Sukan kepada individu, masyarakat dan negara


Rencana Dasar 1 Murid 1 Sukan

Dalam usaha menggalak dan mencungkil potensi murid dalam bidang sukan, KPM  telah memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan untuk dilaksanakan di semua  sekolah. Sehubungan dengan itu,  anda ingin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk “Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar 1  Murid 1 sukan di Sekolah”. Tulis rencana itu selengkapnya

Isi-isi karangan sukan

Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan kegiatan sukan di kalangan pelajar.

– keterlibatan semua murid dalam aktiviti sukan
– mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid
– melahirkan murid yang cergas dan cerdas
– memupuk semangat setiakawan, perpaduan dan kesukanan
– sebagai satu prasyarat kemasukan ke IPT
– melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek


Faedah menyertai aktiviti sukan

Penglibatan dalam kegiatan sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat dari aspek fizikal dan mental. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.

Isi karanganFaedah menyertai sukan

– memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
– menyihatkan badan
– memupuk nilai-nilai murni
– menjadi pasukan pelapis kepada atlet negara.
– memupuk semangat juang yang tinggi.

Contoh Karangan – Faedah Sukan kepada Remaja


Kebaikan menyertai kegiatan sukan lasak

(Mendaki gunung – Berkayak – Berbasikal) Sukan lasak semakin popular di Malaysia. Sukan lasak mempunyai banyak faedah kepada golongan muda.

Isi karangan kebaikansukan lasak

– dapat mendisiplinkan diri
– menggalakkan persaingan sihat
– mengukuhkan nilai kerjasama
– membina ketahanan minda
– Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
– Melahirkan remaja yang  cergas
– Mencari kenalan baru

Contoh Karangan: Kebaikan Sukan Lasak


Langkah langkah memajukan sukan di Malaysia

Aktiviti sukan memainkan peranan penting untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti dan juga membantu dalam pembangunan Malaysia.

Isi karanganmemajukan sukan

– Jurulatih yang berwibawa
– Kemudahan sukan yang lengkap / sempurna
Padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan yang lain harus dibina.
– Pemakanan seimbang / penjagaan kesihatan yang baik
– Ganjaran yang menarik / berpatutan

Masyarakat harus mempunyai kesedaran bahawa sukan mendatangkan manfaat kepada individu dan negara kita.

Contoh Karangan: Langkah Langkah memajukan sukan


Peranan memupuk amalan sukan

Minat bersukan dalam kalangan remaja hari ini semakin berkurangan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.

Isi Karanganmemupuk amalan sukan

Peranan pihak swasta – Sebagai penaja/pemberi biasiswa/dermasiswa

Peranan ibu bapa – Memberi galakan
Melibatkan diri dalam aktiviti sukan bersama anak-anak
Membelikan anak-anak peralatan sukan.

Peranan kerajaan – Dasar 1M1S
– Menyediakan kemudahan asas sukan.
– Membina sekolah sukan
– Menyediakan jurulatih bertauliah di sekolah-sekolah

Peranan media massa – Publisiti, Iklan

Peranan sekolah – Mengadakan latihan / pertandingan di peringkat sekolah
– Memberi pengiktirafan / penghargaan

Kesimpulan, kesedaran remaja tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan.


Faedah-faedah dasar 1Murid 1Sukan

Setiap pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan melalui pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Jelaskan faedah-faedah yang akan diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan.

Isi karangandasar 1Murid 1Sukan

Negara kita berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Kegiatan sukan boleh membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan.
Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di peringkat sekolah.

– Dapat menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak
– silaturahim dengan rakan sebaya dan guru
– Dapat mendalami ilmu sains sukan
– Mampu membentuk disiplin diri
– Berupaya memupuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar berbilang bangsa
– Dapat mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat tinggi

Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa manfaat kepada pelajar di negara kita. Semua pihak harus mengalak pelajar di sekolah untuk menyertai aktiviti sukan yang berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Justeru, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dapat mencapai.


Peranan ibu bapa

Aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Huraikan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bersukan.

Isi karangan Sukan (Perananibu bapa)

Aktiviti sukan dapat menyihatkan dan mencergaskan badan. Remaja haruslah melibatkan diri dengan lebih aktif. Apakah peranan ibu bapa?

– Ibu bapa perlu membelikan peralatan sukan kepada anak-anak
– Ibu bapa perlu menyokong/mendorong jika anak-anak mempunyai potensi dan bakat dalam sukan
– Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menceburkan diri dalam bidang sekan secara aktif
– Ibu bapa menghantar anak-anak ke tempat latihan
– Keluarga membelikan majalah sukan yang digemari oleh anak-anak
– Keluaga memberikan penghargaan kepada anak-anak atas kejayaan dalam bidang sukan

Kesimpulannya, ibu bapa harus memberikan galakan dan sokongan kepada anak anak. Ibu bapa tidak harus mementingkan aspek kecemerlangan akademik sahaja tetapi mengetepikan kepentingan sukan. Matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *