Skip to content

Jawapan Ujian Lisan – Tajuk Perpaduan Kaum

Perpaduan Kaum

Apakah usaha-usaha memupuk perpaduan kaum di negara kita?

Sidang 1

Calon A

Assalamualaikum cikgu-cikgu. Nama saya ………………… dan kumpulan kami akan membincangkan tentang perpaduan kaum.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi memupuk perpaduan di negara kita. Antaranya ialah guru-guru memastikan murid berkerja dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Melalui aktiviti ini, murid dapat belajar nilai berkerjasama, tolong-menolong dan menghormati antara satu sama lain.

Contohnya, murid dapat tukar pendapat dengan tugasan projek tentang perpaduan dan juga bersatu hati menyiapkan tugasan tersebut. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah membuat pertandingan ataupun aktiviti berkumpulan yang pelbagai kaum supaya sikap patriotik dapat dikekalkan dalam kalangan murid walaupun tamat persekolahan.

Calon B

Menarik betul pengenalan calon A. Usaha-usaha lain bagi memupuk perpaduan di negara kita ialah pihak ibu bapa menjadi contoh dan menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran dengan mesra tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak mereka tentang adab hormat-menghormati dan nilai patriotisme agar mereka disayangi oleh orang ramai. Oleh itu,pihak ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni yang ada dalam diri mereka supaya maruah keluarga diri dan bangsa lain terjamin.

Calon C

Pada pandangan saya pula ialah menggunakan media massa untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita. Bagaimana media massa dapat memupuk perpaduan kaum? Jawapannya ialah media massa digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Melalui media massa, rakyat Malaysia akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya kaum lain. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia dapat mengetahui tentang perayaan yang wujud, makanan dan pakaian tradisional Malaysia. Oleh itu, media massa amat penting pada masa kini kerana memberikan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia tentang sejarah dan agama yang ada di Malaysia.

Calon D

Pandangan saya berlainan dengan calon C iaitu pihak individu meraikan perayaan pelbagai kaum di Malaysia bersama-sama. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat memahami dan menghormati perayaan kaum lain serta eratkan hubungan antara kaum.

Bukan itu sahaja, individu juga makan dan minum bersama-sama dengan bangsa lain. Contohnya, semasa perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu dan India kunjung-mengunjungi rumah kaum Cina bersama-sama. Oleh itu, pihak individu hendaklah meraikan pelbagai perayaan agar dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat majmuk di Malaysia.

Calon E

Terima kasih calon D atas pandangan anda tentang cara memupuk perpaduan kaum tadi. Pada pandangan saya pula ialah pihak individu dan badan bukan kerajaan (NGO) haruslah memperjuangkan kaum dan agama di negara kita. Hal ini kerana pelbagai isu kontroversif muncul dan mengancam hubungan harmoni antara masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama.

Dengan kerjasama pihak individu dan NGO dapat menghindari sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan. Oleh itu, mereka dapat mengurangkan kadar kes jenayah dengan memperjuangkan kaum dan agama agar negara kita dapat hidup aman dan harmoni seperti slogan “Kita Jaga Kita”.

Pusingan 2 (Sesi mencelah)

Calon A

Cara-cara lain bagi memupuk perpaduan kaum ialah pihak sekolah perlulah membuka lagu patriotik pada hari perayaan seperti saya nyanyi tadi iaitu “Saya Anak Malaysia”. Dengan ini murid-murid bersatu-padu menyanyikan lagu patriotik dengan bangsa lain agar semarak semangat patriotik wujud dalam badan mereka.

Calon B

Maafkan saya, izinkan saya mencelah?

Bukan sahaja membuka lagu patriotik menyemarakkan jiwa bangsa kita tetapi juga menyedarkan masyarakat betapa pentingnya perpaduan antara pelbagai kaum ini. Media elektronik juga memain peranan penting juga kerana dapat menyebarkan maklumat dengan cepat kepada masyarakat.

Calon C

Saya berlainan berpendapat dengan calon B.

Walaupun media elektronik memberikan pelbagai maklumat kepada masyarakat, mereka lebih menumpukan perhatian terhadap perkerjaan dan perkara-perkara berfaedah. Oleh itu, pihak individu perlulah mengajak rakan-rakan yang berbangsa lain meluangkan masa bersama.

Calon D

Izinkan saya menambah sedikit idea dalam pendapat kamu?

Pihak individu juga bertanggungjawab melibatkan rakan-rakan bangsa lain dalam aktiviti sukan. Ini dapat melahirkan sifat bertoleransi dan persis kata mutiara ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bukan itu sahaja tetapi juga dapat meningkatkan kesihatan pada masa yang sama.

Calon E

Saya percaya bahawa semua orang mempunyai pendapat masing-masing tentang cara-cara memupuk perpaduan di negara ini.

Akhir sekali, pandangan saya terhadap cara-cara tersebut ialah semua pihak perlulah berganding bahu bagi memupuk perpaduan antara kaum supaya negara kita dipandang tinggi oleh negara luar disebabkan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *