Skip to content

Komsas Novel Tawanan Komander Caucasus

Novel Tawanan Komander Caucasus

Novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya merupakan komsas tingkatan 3. Berikutnya tema, persoalan, sinopsis, binaan plot, watak perwatakan, latar, gaya bahasa, nilai dan pengajaran novel.

Tema Novel Tawanan Komander Caucasus

Tema novelTawanan Komander Caucasus ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan.

Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus.

Selain itu, kegigihan Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah , dan kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera, Bara dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal, Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani dan empat orang rakannya juga berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Contoh Soalan: Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tema dan huraian contoh peristiwa yang sesuai untuk menyokong tema yang anda nyatakan.


PersoalanNovel Tawanan Komander Caucasus

Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira perbezaan kaum dan agama
Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan generasi muda yang berbeza kaum yang berkawan baik bersatu padu.

Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang keturunan atau darjat seseorang
Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptra yang memberikan hadiah kepada mereka sebelum mereka kembali ke dunia manusia

Keberanian mengadapi cabaran
Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat

Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri
Komander Caucasus endendami manusia  kerana banyak kumbang yang mati diracun dan dijadikan bahan uji kaji oleh manusia.  Dendamnya ini menyebabkan dia bertindak kejam terhadap manusia dan kaumnya sendiri, sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya.

Bekerjasama dalam menentang kejahatan dan kezaliman
Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah bekerjasama menentang Komander Causasus yang zalim.

Keberanian menentang kekejaman dan kezaliman
Farhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain berani menentang Komander Caucasus yang kejam. Dia memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara kerana ingin merampas kuasa dan menjadi Maharaja Caucasus.

Rasa bersalah akibat kesombongan diri
Kim Yong sedar dan berasa bersalah atas kesombongan dirinya selama ini.  Mujurlah rakan-raka sekelasnya bukan sahaja tidak ambil hati dan memulaukannya bahkan mereka menolongnya membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasu-

Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia manusia
Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara dimensi kumbang dengan dimensi manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa.

Ketamakan seseorang untuk berkuasa hingga mengancam nyawa orang lain.
Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan berpindah-randah akibat diburu sekaligus diancam bunuh oleh Komander Caucasus dan tenteranya yang tamak dan berhasrat untuk menjadi pemerintah kerajaan kumbang

Keinginan untuk menakluki dunia dan menguasai orang lain
Komander Caucasus telah menawan damengurung Kim Yong di dalam tabung uji balang kaca dalam makmal rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-cita Komander Caucasus yang mahu menguasai manusia dan menakluki dunia.

Kasih sayang ibu bapa yang mendalam kepada anak-anak.
Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa Farhani amat menyayangi anak, mereka amat bimbang dan sedih atas kehilangan Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani.

Sesetengah kejadian alam bersifat misteri hingga tidak terjangkau oleh akal manusia
Kewujudan alam kumbang dalam cerita ini menyedarkan manusia bahawa adanya alam lain. Dalam keadaan tertentu manusia dapat menemukan alam lain dan mengalami pelbagai peristiwa ganjil dan pelik.

Kepatuhan dan kesetiaan pengikut kepada ketua atau pemimpin
Tentera kumbang amat patuh kepada ketua mereka, Komander Caucasus mereka patuh pada arahan pemimpin.  Begitu juga kumbang kaum Bara dan spesies kumbang Sang Ubi begitu patuh dan setia kepada pemompin mereka Puteri Coleoptra.

Kesungguhan mempertahankan seni budaya dan warisan bangsa
Nenek Chea Mei yang berketurunan Baba dan Nonya berbangga dengan warisan mereka. Dia yang mahir pandai menyulam dan sentiasa memakai pakaian tradisional mereka baju kebaya.

Toleransi yang utuh antara remaja berbilang kaum.
Devnath dan Wei bertoleransi/memahami punca kelewatan Haikal datang di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.


SinopsisNovel Tawanan Komander Caucasus

Novel Tawanan Komander Caucasus mengisahkan Farhani dan rakan-rakannya berusaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.

Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.

Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.

Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.

Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.

Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-hara sehingga menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu.

Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara meminta bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik.

Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.

Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya  melalui penggunaan cecair Endosulfansekali gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhimya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dikurung.

Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.

Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang pimpinan Komander Caucasus.


Binaan Plot Tawanan Komander Caucasus

Warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Farhani dan rakan-rakannya turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong.

Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan rakannya dengan mencari kumbang terlebih dahulu sehingga membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Di dusun itu dia menemukan sebuah rumah usang. Farhani memasuki rumah usang itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang.

Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kim Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-muridnya menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal, Devnath, dan Wei telah bertekad untuk kembali semula ke rumah usang itu pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani di situ.

Sementara itu, Farhani yang tersilap melangkah ke alam dimensi kumbang telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Dia dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani telah dikurung di dalam tabung uji di sebuah makmal rahsia yang akhirnya menemukannya dengan Kim Yong. Komander Caucasus dan tenteranya berniat jahat dengan cuba merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk. Dia mengarahkan tenteranya untuk memburu, menangkap dan membunuh Puteri Coleoptera dan para pengikutnya.

Hal ini menyebabkan Puteri Coleoptera dan pengikut setianya terpaksa berpindah-randah untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa kekejaman Komander Caucasus. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu. Sementara itu, Haikal, Devnath dan, Wei telah memasuki dimensi kerajaan kumbang menyebabkan mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara.

Haikal, Devnath, dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama- sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara, tetapi Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji kaji bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.

Pada suatu malam, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah melancarkan serangan dan ternyata mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya. Mereka juga berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath dengan selamat. Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dipenjarakan. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan daripada Farhani dan empat orang rakannya. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Namun begitu, mereka kecewa apabila kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga masing-masing disebabkan mereka telah menjadi halimunan. Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya telah kembali ke dunia kerajaan kumbang. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun begitu, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan Komander Caucasus daripada kerajaan kumbang itu.


Teknik PlotNovelTawanan Komander Caucasus

Pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan berbagai- bagai spesies kumbang.

Dialog
Contoh: Perbualan antara Puan Asmah, iaitu ibu Farhani dengan Mira dan Chea Mei ketika Mira dan Chea Mei berkunjung ke rumah Farhani. Dalam pertemuan itu, Mira menyatakan hajatnya dan Chea Mei untuk berjumpa dengan Farhani tetapi niat baik mereka itu telah mengundang perasaan hairan kepada Puan Asmah.

Imbas kembali
Contoh: Farhani teringat semula tentang kisah Puteri Balqis yang pernah diceritakan oleh Ustazah Hamizah.

Imbas muka
Contoh: Farhani membayangkan tindakan Komander Caucasus yang akan meratah mentah-mentah dagingnya dan Kim Yong sekiranya misi yang diketuai oleh Bara itu menemui kegagalan dan mereka berjaya ditawan sekali lagi oleh Komander Caucasus itu.

Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya tentang tahap keselamatan Farhani dan kejadian yang bakal dialaminya sewaktu Farhani masuk ke dalam rumah usang di dalam kawasan dusun datuknya secara berseorangan pada pertama kalinya.

Kejutan
Contoh: Pembaca tidak menyangka akan peristiwa Haikal yang terjumpa sapu tangan berwarna merah jambu berhuruf ‘F’ milik Farhani di ruangan bawah tanah rumah usang. Pembaca juga tidak menyangka bahawa Haikal berani untuk menjejaki kehilangan Farhani bersama dengan Devnath dan Wei di ruangan bawah tanah rumah usang itu walaupun mereka sebenarnya tidak mengetahui kejadian sebenar dan bahaya yang bakal menunggu kedatangan mereka itu.

Teknik monolog
Contoh: Farhani bermonolog sendirian dengan memujuk dirinya bahawa dia bukanlah seorang penakut memandangkan dia merupakan anak kepada renjer hutan.


Watak Perwatakan Tawanan Komander Caucasus

  • Berusia 13 tahun dan merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik.
  • Mempunyai tiga orang abang dan dua orang kakak.
  • Murid Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana.
  • Bapanya bekerja sebagai renjer hutan manakala ibunya seorang suri rumah.

Cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan
Farhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan dan rintangan yang dilaluinya semasa menjadi tawanan Komander Caucasus

Penyayang terhadap ahli keluarga
Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya

Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru Sains
Farhani bertanggungjawab mencari kumbang.  Dia berusaha mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya

Bijak mengatur strategi untuk menewaskan musuh
Farhani bijak menyusun strategi untuk menumpaskan tentera kumbang Komander Caucasus, dia menggunakan cecair Endosulfan untuk untuk menewaskan  tentera Komander Caucasus

Prihatin dan bersimpati terhadap orang lain
Farhani rela membantu Dara Merah membebaskan Puteri Coleoptra, Bara serta rakan-rakan kumbang yang lain daripada tawanan Komander Caucasus.

Taat kepada ibu bapa
Farhani meminta kebenaran daripada ibunya, Puan Asmah sebelum pergi mencari Kumbang di dusun datuknya.

Berani mengambil tindakan tanpa memikirkan keselamatan nyawa
Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri walaupun menyedari bahawa tindakannya itu mungkin berbahaya serta engancam keselamatan nyawanya.

Mengenang budi terhadap orang yang berjasa
Farhani mengucapkan erima kasih kepada Puteri Coleoptra yang elah menyelamatkan dia dan empat orang rakannya daripada tawanan Komander Caucasus da natal layanan baik Coloeoptra sepanjang mereka berada di dalam dimensi kumbang.

Rajin mencari maklumat tambahan berkaitan pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya.
Farhani Rajin melayari Internet untuk mengakses laman sesawang yang berkaitan dengan kumbang untuk mencari maklumat tambahan tentang pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya untuk keperluan projek Sainsnya.

Pandai menyimpan rahsia
Farhani merahsiakan cerita sebenar yang dilalui oleh mereka  semasa menjadi tawanan kumbang kerana ingin mengelakkan perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku.

  1. Ketua tentera kerajaan kumbang dan kumbang kepercayaan Maharaja Tanduk.
  2. Berasal daripada kumbang spesies Chalcosoma Caucasus, iaitu mempunyai sesungut yang panjang dan berketinggian satu setengah meter.
  3. Mempunyai pengikut setia yang terdiri daripada tentera kumbang daripada spesies yang sama.
  4. Berpandangan jauh dan bercita-cita besar untuk menakluki dunia dan manusia.
  5. Kejam dan zalim apabila berusaha menjadikan Kim Yong dan Farhani sebagai ‘tikus makmal’.
  6. Tamak akan kuasa apabila bertindak merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk.
  7. Berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
  8. Pendendam terhadap manusia yang dianggap sebagai makhluk pembunuh kepada kaumnya.

Seorang yang berani
Haikal mengajak Devnath dan Wei kembali semula ke rumah using pada waktu malam semata-mata untuk menjejaki kehilangan Farhani.

Seorang yang rasional
Haikal rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Dia meminta Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei hanya menunggu di luar rumah usangdemi keselamatan mereka sementara dia, Devnath dan Wei meninjau keadaan di dalam rumah itu.

Seorang yang prihatin
Haikal menziarahi ibu Kim Yong, rakan sekelasnya dirumahnya kerana Haikal turut bersimpati dan berkongsi kesedihan tentang kehilangannya Kim Yong.

  1. Anak tunggal kepada Puan Lee. Bapa kandungnya telah meninggal dunia.
  2. Mempunyai seorang bapa tiri yang garang, iaitu Encik Kwok.
  3. Pewaris tunggal kekayaan milik bapanya yang merupakan seorang hartawan.
  4. Rakan sekelas Farhani di Tingkatan Satu Arif.
  5. Ego, angkuh, dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.
  6. Meminati serangga spesies kumbang.
  7. Berhemah tinggi apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Farhani.
  8. Sedar akan kesilapan apabila dia memohon maaf daripada Farhani.
  9. Mengamalkan semangat bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus.
  1. Anak saudara Maharaja Tanduk dan merupakan pewaris takhta koloni kumbang selepas ayahandanya mangkat.
  2. Merupakan seekor kumbang betina spesies Chrysomelidae yang memiliki cangkerang yang amat cantik berwarna kehijauan, berkilat dan bersesungut panjang.
  3. Bertatatertib dan sopan.
  4. Murah dengan senyuman apabila berbicara dengan Farhani walaupun baru pertama kali mereka bertemu.
  5. Baik hati
    Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong menjamu selera bersama-samanya.
  6. Mengenang budi
    Puteri Coleoptera menghadiahi Farhani dan rakan- rakannya lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik.
  7. Bijak bertindak apabila sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan tempat tinggalnya dikesan oleh tentera Caucasus dan Komander Caucasus yang sedang giat memburunya.
  8. Bersikap jujur dan berterus-terang
    Puteri Coleoptera meluahkan rasa kesalnya tentang sikap tamak dan gila kuasa Komander Caucasus yang bercita-cita besar untuk menakluki dunia dan menguasai manusia.

Gaya Bahasa Tawanan Komander Caucasus

Kosa kata nama-nama saintifik pelbagai spesies kumbang
Contoh: Lampyridae; Chalcosoma Caucasus; Coccinellidae; Weevil; Chrysomelidae; dan Cicindelidae.

Bahasa Arab
Contoh: Insya-Allah; Alhamdulillah; Assalamualaikum.

Bahasa Istana
Contoh: tuanku; beta.

Peribahasa
Contoh: sudah gaharu cendana pula; Bapa borek anak rintik.

Simile
Contoh: Bunyi ranting-ranting yang dipijak umpama muzik mengiringi langkah mereka.

Sinkope
Contoh: Cikgu, boleh tak kalau kita balik saja.

Repetisi
Contoh: Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?

Perlambangan
Contoh: Ada butiran jernih yang hampir gugur dari matanya.

Perumpamaan, pepatah, bidalan
Contoh: Sudah gaharu cendana pula.
Umpama nila setitik rosak susu sebelanga.
Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

Personifikasi (Sifat manusia pada perkara lain)
Contoh: Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati

Metafora (Perbandingan secara terus)
Contoh: Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya.

Hiperbola (Ungkapan keterlaluan)
Contoh: Angin petang yang dingin dan nyaman sekali- sekala siggah menggigit kulit lengannya yang terdedah.

Paradoks (Bertentangan dengan keadaan yang sepatutnya)
Contoh: Airnya jernih tetapi rasanya manis sekali.

Inversi (ayat songsang)
Contoh: Mengigatkan hal itu, Cikgu Salimah tersenyum sendiri.
Perlahan-lahan Bara melepaskan cengkamannya.


Latar Tawanan Komander Caucasus

Latar TempatTawanan Komander Caucasus

Rumah Kim Yong
Tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah mendapat berita kehilangan Kim yong

Halaman rumah Kim Yong
Tempat terbinanya zoo mini  kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai spesies kumbang

Rumah Farhani
Tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk memaklumkan mereka berada di sana

Rumah Chea Mei
Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju cheongsam berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren

Rumah Usang
Tempat Haikal, Wei, dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki rumah itu untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana


Latar MasaTawanan Komander Caucasus

Waktu malam
Contoh: Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi ‘Endosulfan ‘ dari tangan Farhani.

Waktu petang
Contoh: Farhani menunggu kawan-kawannya sebelum mereka mencari kumbang tetapi mereka lambat datang, Farhani mencari kumbang bersendirian pada sebelah petang


Latar MasyarakatTawanan Komander Caucasus

Masyarakat penyayang
Puan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis tersesak-esak setelah mendapat laporan bahawa anaknya hilang sewaktu mencari kumbang di dusun bapanya

Masyarakat yang rajin menimba ilmu sains
Farhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat pelajar yang rajin belajar semasa kelas mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu Salimah.

Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan
Farhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai cabaran dan dugaan semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus, begitu juga dengan Kim Yong yang gigih berusaha menyelamatkan diri daripada dijadikan bahan ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian.

Masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan murid-murid sekolah
Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim Yong. Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran serta pegawai penyiasat polis.

Masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
Cikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains dan guru kelas Satu Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kencana menjalankan tugasnya dengan penuh dedekasi.

Masyarakat berbilang kaum dan agama yang bersahabat baik dan saling menghormati
Devnath, Wei dan Haikal bersahabat baik. Mereka sahabat sekelas dan tinggal di kampung yang sama. Devnath dan Wei memahami keadaan Haikal  yang terlewat tiba di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.


NilaiNovel Tawanan Komander Caucasus

Baik hati
Contoh: Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai oleh Komander Caucasus dan tenteranya.

Hemah tinggi
Contoh: Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan begitu mesra dan ramah.

Hormat-menghormati
Contoh: Walaupun berlainan agama dan bangsa, Devnath dan Wei memahami dan amat menghormati cara hidup Haikal sebagai seorang muslim apabila mereka faham kelewatan Haikal tiba ke tempat mereka berkumpul disebabkan Haikal menunaikan solat isyak terlebih dahulu.

Kasih sayang
Contoh: Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.

Keberanian
Contoh: Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina.

Kebijaksanaan
Contoh: Farhani menggunakan semburan Endosulfan untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus.

Kepatuhan
Contoh: Bara dan Dara Merah merupakan koloni kumbang yang patuh dan setia kepada ketua mereka, Puteri Coleoptera apabila sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk menyelamatkan ketua mereka itu.

Kerjasama
Contoh: Kim Yong, Farhani, Dara Merah, kunang-kunang, dan ahli-ahli kumbang yang lain bekerjasama dan bermuafakat dalam misi mereka untuk menyelamatkan Puteri Coleoptera, Bara, dan rakan-rakannya yang telah menjadi tawanan Maharaja Caucasus.

Ketabahan
Contoh: Farhani tabah menghadapi saat- saat dia ditawan oleh Komander Caucasus dan pasukan tenteranya dengan menurut sahaja arahan kumbang- kumbang tersebut demi keselamatan nyawanya.

Bertanggung-jawab
Contoh: Farhani bertanggungjawab menjalankan kerja projek yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sainsnya, iaitu mencari kumbang.

Berdikari
Contoh: Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berdikari dalam usahanya mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada dari rakan lelaki sekelasnya, abangnya atau ayahnya.

Keinsafan
Contoh: Kim Yong insaf akan perbuatannya yang sombong dan angkuh selama ini. Dia memohon maaf daripada Farhani.  Dia juga insaf atas tindakannya mengurung kumbang dan mahu membebaskan haiwan itu.

Saling membantu
Contoh: Bara telah menolong Farhani membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus , kemudian Farhani pula membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya

Kerajinan
Contoh: Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang

Kebangaan terhadap warisan bangsa
Contoh: Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya keturunan baba dan nyonya. Dia memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.


Pengajaran Tawanan Komander Caucasus

Kita tidak seharusnya berdendam dengan seseorang yang pernah menyakiti kita.
Contoh: Farhani tidak berdendam dengan Kim Yong, walaupun Kim Yong pernah bersikap sombong terhadapnya. Dia tetap memafkan Kim Yong

Kita hendaklah bijak menyusun strategi untuk menyelesaikan satu-satu masalah yang berlaku
Contoh: Farhani melakukan tindakan yang bijak apabila menggunakan ‘Endosulfan’ untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus

Kita mesti berani mengambil sebarang tindakan supaya beroleh kejayaan
Contoh: Farhani berani mencari kumbang seorang diri di dalam hutan dan memasuki sebuah rumah yang sudah usang

Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan antung.
Contoh: Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan begitu sopan enagih, mesra dan ramah

Kita seharusnya berterima kasih kepada orang yang telah memberikan pertolongan
Contoh: Puteri Coleoptera menghargai pertolongan Farhani dan rakan-rakannya dalam mendapatkan kuasanya semula. Sebagai penghargaan, dia menghadiahi Farhani dengan lambing kebesaran kerajaan kumbang.

Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan
Contoh: Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus dan peristiwa dia dan empat orang sahabatnya yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
Contoh: Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.

Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal menghadapi satu-satu tugasan.
Contoh: Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang tersebut kelak.

Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama insan.
Contoh: Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia.

Kita hendaklah mencintai dan berbangga akan budaya dan warisan bangsa.
Contoh: Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang berketurunan baba dan nyonya. Dia mahir dalam ilmu sulaman dan sentiasa memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.

Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan santun.
Contoh: Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan begitu mesra dan ramah.

Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain.
Contoh: Walaupun seorang gadis, Farhani berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan lelaki sekelasnya, abang, atau ayahnya.

Kita mestilah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi
Contoh: Haikal, Devnath dan Wei pergi ker rumah usang pada waktu malam tanpa memikirkan risiko yang mungkin dihadapi oleh mereka.  Mereka mahu menjejakki Farhani yang hilang atas semangat setia kawan yang tinggi antara mereka.

Kita mestilah bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah
Contoh: Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah untuk menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.


Soalan Novel Tawanan Komander Caucasus

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Watak utama dalam novel ini ialah Farhani.

Farhani merupakan seorang yang jujur. Buktinya, Farhani berterus terang bahawa dia ditugaskan untuk mencari kumbang oleh gurunya kerana mereka ingin membina sebuah zoo mini di sekolah sewaktu bersoal jawab dengan Komander Caucasus.

Farhani juga seorang yang berani. Contohnya, Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri.

Antara lain, Farhani seorang yang bersimpati. Misalnya, Farhani bersimpati terhadap Puan Lee yang kehilangan anak tunggal kesayangannya, iaitu Kim Yong.

Novel yang saya kaji semasa tingkatan 3 ialah novel Tawanan Komander Caucasus.

Contoh peristiwa berkaitan dengan persoalan ketabahan menghadapi dugaan ialah Farhani tabah menghadapi dugaan apabila dia dikurung di dalam sebuah balang kaca yang membuatkan dadanya sukar untuk bernafas semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus.

Sementara itu, contoh peristiwa bagi persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan pula ialah Cikgu Salimah mengakui kesan positif teknologi maklumat dalam dunia pendidikan. Oleh itu, dia bertekad untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi tersebut.

Novel yang saya kaji waktu tingkatan 3 ialah novel Tawanan Komander Caucasus.

Contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang tabah menghadapi dugaan ialah Farhani tabah menempuh dugaan semasa dia dikurung di dalam sebuah balang kaca yang membuatkan dadanya terasa sesak nafas ketika ditawan oleh Komander Caucasus.

Sementara itu, contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang saling bekerjasama pula ialah Farhani, Kim Yong dan Dara Merah saling bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

Novel yang saya baca ialah novel Tawanan Komander Caucasuskarya Ruzaini Yahya.

Puncak bagi novel ini ialah penyamaran bermula menjelang tengah malam. Dara Merah, Farhani dan Kim Yong melaksanakan operasi. Dara Merah menyamar sebagai Dara Bintik, sepupunya yang telah belot menyokong Komander Caucasus. Komander Caucasus berjaya diperdaya oleh Dara Merah untuk minum minuman beracun yang telah dicampurkannya dengan cecair Endosulfan. Komander Caucasus jatuh tersungkur. Tentera Komander Caucasus berjaya dikalahkan. Haikal, Wei dan Devnath dikeluarkan dari penjara. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai maharaja kumbang yang baharu.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Terdapat beberapa peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini.

Antaranya ialah Kim Yong gigih berusaha untuk mendapatkan kumbang, termasuklah membelinya dari luar negara. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

Selain itu, Farhani dan Bara saling membantu untuk membebaskan Kim Yong dari kurungannya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan sikap saling membantu.

Antara lain, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-kelip dan kunang-kunang bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus yang zalim. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita mestilah bekerjasama untuk menentang kezaliman.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Terdapat beberapa nilai yang dikemukakan oleh penulis dalam novel ini.

Antaranya ialah nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Puan Asmah yang menyayangi Farhani merintih apabila mengenangkan kehilangan anaknya itu.

Nilai kedua ialah kerjasama. Misalnya, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kelip-kelip dan kunangkunang bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus. Watak sampingan dalam novel ini ialah Haikal.

Antara perwatakan Haikal ialah seorang yang berani. Contohnya, Haikal berani meninjau ruangan di bawah tanah di dalam sebuah rumah usang.

Selain itu, Haikal juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. Misalnya, Haikal bertanggungjawab dalam usaha menjejaki Farhani yang hilang.

Antara lain, Haikal juga merupakan seorang yang baik hati. Sebagai contoh, Haikal yang baik hati telah membantu kumpulan kumbang, iaitu Bara dan Puteri Coleoptera yang telah menyelamatkan Farhani dan Kim Yong.

Novel yang saya kaji ialah novel Tawanan Komander Caucasus.

Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah di rumah Kim Yong. Contohnya, Farhani dan rakan-rakannya ternampak pelbagai spesies kumbang di dalam zoo mini di rumah Kim Yong.

Latar kedua adalah di makmal sains sekolah. Misalnya, Cikgu Salimah memberikan tugasan kepada anakanak muridnya untuk mencari serangga ketika mereka berada di makmal sains sekolah.

Latar ketiga adalah di kamar peraduan Komander Caucasus. Sebagai contoh, Dara Merah memperdayakan Komander Caucasus dengan memberikan minuman yang telah diracun di kamar peraduan Komander Caucasus.


Nota Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1 – 5

10 thoughts on “Komsas Novel Tawanan Komander Caucasus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *