Skip to content

Soalan KOMSAS – Persoalan Novel

Persoalan Novel

Persoalan membantumemperkukuh dan menghidupkan tema sesebuah karya novel. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Persoalan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan novel yang pertama ialah persoalan kegigihan berlatih untuk memperoleh kejayaan. Adnan gigih berlatih bersyarah dalam bahasa Inggeris di hadapan Mak Milah dan Pak Saidi apabila menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris di sekolahnya. Walaupun rakan-rakannya seperti Nizam, Ah Chong dan Ramasamy mentertawakan Adnan kerana beliau belum fasih berbahasa Inggeris namun Adnan tidak patah semangat. Kata-kata semangat dan janji ibu bapanya bahawa mereka akan hadir pada hari pertandingan menambahkan lagi semangat Adnan. Atas kegigihannya tersebut maka Adnan menjuarai pertandingan syarahan berbahasa Inggeris tersebut.

Persoalan yang kedua ialah persoalan ketaatan akan perintah Tuhan. Penduduk Kampung Sungai Ramal taat akan perintah Tuhan apabila mereka bersolat hajat memohon pertolongan daripada Allah agar dilindungi daripada segala musibah setelah penduduk kampung mula berpecah dua. Ada sebahagian penduduk kampung yang menyokong dan ada penduduk yang tidak menyokong kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

NotaNovel Leftenan Adnan Wira Bangsa


Persoalan NovelDi Sebalik Dinara

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan kebijaksanaan dalam bidang sains. Karl bijak dalam bidang sains apabila dia berjaya mencipta cyborg seperti Aqram, Alia dan Khairul Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. Aqram yang nama asalnya Akeem ialah adik kandung Karl yang terencat akal. Karl telah mengubahnya menjadi manusia cyborg melalui teknologi yang diciptanya. Karl telah memberikan wajah dan nama baharu kepadanya iaitu Aqram. Aqram memiliki rupa paras yang menarik sehingga Farisha tidak dapat melupakannya ketika mereka bertemu di Lapangan Terbang Senai.

Persoalan novel yang kedua ialah persoalan menunaikan amanah ibu bapa. Azraai menjalankan amanah ayah dan ibunya yang telah menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat.

NotaNovelDi Sebalik Dinara


Persoalan NovelJendela Menghadap Jalan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan novel yang pertama ialah persoalan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Danel mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang pisang. Danel telah menulis artikel dalam buku Segalanya Tentang Pisang namun dua artikel Danel menarik perhatian Lili iaitu Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom dan Perihal Pisang. Artikel bertajuk Perihal Pisang menceritakan khasiat dan kandungan pisang yang kaya dengan vitamin B6, riboflavin, niasin, asid folik, kalsium, magnesium, zat besi dan vitamin C.

Persoalan yang kedua ialah persoalan keteguhan terhadap kepercayaan dan tradisi. Letchumi masih memegang teguh kepercayaan adat tradisinya kerana dia menganggap bahawa roh nenek moyang mereka akan menjelma sebagai burung gagak dan mereka perlu menjalani amalan pitru iaitu memberi gagak tersebut makan.

Nota NovelJendela Menghadap Jalan


Persoalan NovelPantai Kasih

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan sikap mementingkan diri sendiri. Doktor Uwang bersikap mementingkan diri sendiri apabila dia tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya, Unong Siron asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang bersikap mementingkan diri sendiri apabila dia sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya ke sekolah berasrama seawal usia 7 tahun agar tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak tersebut adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

Persoalan yang kedua ialah persoalan kebijaksanaan memajukan Pusat Rawatan Pantai Kasih. Doktor Uwang bijak memajukan Pusat Rawatan Pantai Kasih yang dulunya hanyalah merupakan sebuah klinik sebesar kandang penyembelihan kambing. Selepas dimajukan, Pusat Rawatan Pantai Kasih menjadi pusat rawatan yang eksklusif dan tersohor. Kecekapan pengurusan dan pentadbiran Doktor Uwang telah membuahkan kejayaan dan perkembangan positif pusat rawatan itu.

Nota Novel Pantai Kasih


Persoalan NovelSongket Berbenang Emas

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan novel yang pertama ialah persoalan ketabahan untuk berjaya dalam pelajaran. Dahlia tabah menghadapi suasana belajar dalam keadaan yang tidak selesa di pusat pemindahan banjir setelah rumahnya dinaiki air. Dahlia terpaksa belajar dalam keadaan yang serba kekurangan. Sikap Dahlia ini telah mendapat pujian daripada Encik Daim yang merupakan bekas guru Dahlia kerana semangat Dahlia yang masih rajin belajar walaupun berada di pusat pemindahan banjir.

Persoalan yang kedua ialah persoalan keprihatinan terhadap masalah orang lain. Lili, datuk dan nenek prihatin akan nasib Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Mereka banyak menolong keluarga Che Jah. Lili misalnya menceritakan masalah Che Jah kepada Puan Hamimah. Datuk dan nenek pula menjaga dan merawat Rafik dan Haziq. Datuk telah membawa Rafik dan Haziq balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan tradisional setelah mengalami kecederaan dan lebam-lebam.

Notanovel Songket Berbenang Emas


Persoalan NovelTirani

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan menghargai budaya dan warisan bangsa. Waheeda menghargai budaya dan warisan peribumi Sarawak apabila dia meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya-Sajinah, Cameron Highlands.

Persoalan novel yang kedua ialah persoalan kasih sayang ibu terhadao anak. Sebagai ibu, Raidah amat menyayangi anaknya, Waheeda. Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya di Silicon Medical Centre. Raidah juga sanggup menjaga Waheeda ketika anaknya itu bersalin di Hospital Pakar Normah, Kuching serta menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur.

NotaNovelTirani


Persoalan NovelBimasakti Menari

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan tanggungjawab memelihara populasi kelip-kelip. Muhammad Taufik bertanggungjawab apabila dia memagar sebahagian daripada sungai Selangor untuk memelihara populasi kelip-kelip. Muhammad Taufik telah meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Dia berbuat demikian setelah mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai, bunyi enjin motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.

Persoalan yang kedua ialah persoalan kasih sayang anak terhadap ibu yang tidak tinggal bersamanya. Muhammad Taufik amat menyayangi keluarganya dan dia tidak pernah sangsi akan kasih sayang yang diterima daripada kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka telah berpisah. Muhammad Taufik bersyukur apabila ibunya, Maryam Wickham datang ke Malaysia walaupun seketika. Muhammad Taufik akan menghabiskan setiap detik yang ada untuk berbual-bual dengan ibunya itu. Bagi Muhammad Taufik, dia percaya bahawa kasih sayang, darah dan daging, jiwa dan minda tidak mengenal sempadan tempat dan zon masa.

Nota NovelBimasakti Menari


Persoalan Novel Silir Daksina

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan keprihatinan terhadap kesusahan orang lain. Datuk Haiqal prihatin akan nasib yang menimpa Tauke Lim. Hidup Tauke Lim sangat susah ketika dia baharu tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim terpaksa menanggung kesusahan akibat sikap abangnya yang gemar berjudi sehingga tanah mendiang bapanya dan tapak rumah tergadai. Datuk Haiqal telah membantu Tauke Lim dengan memberi kerja kepada Tauke Lim sebagai penoreh getah di kebunnya

Persoalan yang kedua ialah persoalan kejujuran tentang identiti diri. Aqram jujur kepada Farisha apabila dia membocorkan rahsia dirinya yang sebenar kepada Farisha. Aqram memberitahu Farisha nama sebenarnya ialah Akeem dan dia merupakan adik Karl yang terencat akal. Umurnya 60 tahun dan bukan 30 tahun. Uji kaji yang dijalankan oleh Karl berjaya mengubah penampilan dirinya.

Nota Novel Silir Daksina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *