Skip to content

Usaha memupuk Amalan Kebersihan

Amalan Kebersihan diri Usaha memupuk Amalan Kebersihan

Kebersihan merupakan amalan yang penting kepada masyarakat. Cadangkan usaha-usaha berkesan untuk mendidik remaja agar mengutamakan kebersihan diri danpersekitarandalam kehidupan masyarakat.

Isi Karangan Kebersihan

  • Usaha berkesan untuk mendidik masyarakat
  • Kempen kesedaran secara berterusan
  • Menswastakan pengendalian/ urusan membersihkan tempat-tempat awam
  • Menyediakan lebih banyak tempat/ bekas untuk membuang sampah
  • Meningkatkan keberkesanan peranan PBT  ( contoh : pembersihan  kawasan secara berjadual)
  • Penerapan nilai mengutamakan kebersihan di sekolah
  • Penguatkuasaan undang-undang / kompaun kepada orang ramai yang membuang sampah merata-rata

Amalan kebersihan dalam kehidupan masyarakat

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yangamat pentinguntuk setiap individu. Kesihatan diri merupakan perkara yang penting dalam kehidupan tanpa mengira faktor usia. Seseorang yang tidak mengekalkan kebersihan diri akan lebih mudah untuk dijangkiti penyakit. Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita dapat terjamin dan juga mengelakkan penyakit merebak kepada orang lain. Malangnya, isu kebersihan selalu dipandang remeh dalam kalangan remaja. Berikut adalah cara-cara yangberkesan untuk memupuk kebersihan diri dan kebersihanpersekitarandalam kehidupan masyarakat.

Peranan Ibu Bapamendidikanak

Peranan ibu bapa penting untuk mendidik remaja agarmenjaga kebersihan dirisejak kecil lagi. Ibu bapa perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran tempat tinggal pada setiap masa. Kebersihan diri seperti menggosok gigi, mandi, mencuci tangan dengan sabun dan berpakaian bersih perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, anak-anak harus diajar untuk mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat dan juga memilih tempat makan yang bersih semasa menjamu selera.

Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Sebagai contoh, anak-anak sering melihat ibu bapa mereka membuang sampah merata-rata, mereka akan mengikut perbuatan yang buruk ini. Oleh itu, amalan yang baik harus dilentur sejak dari rebungnya agar dapat membentuk kebersihan diri yang sihat semasa anak dewasa kelak.

Nilai kebersihan di sekolah

Penjagaan kebersihan merupakan salah satu amalan hidup yang sihat. Pihak sekolah tertutamanya sekolah rendah memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai ini. Pihak sekolah perlu memastikan bahawa kawasan sekolah berada dalam keadaan yang bersih. Guru-guru mestilah menasihati pelajar supaya menjaga kebersihan kelas dan kebersihan persekitaran sekolah. Pertandingan kebersihan bilik darjah boleh diadakan setiap minggu dan kelas yang paling kotor hendaklah didenda.

Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan kempen kesedaran kebersihan untuk memberikan ceramah atau menjalani aktiviti gotong royong supaya kesedaran tentang kepentingan amalan nilai kebersihan dipertingkatkan. Di negaraJepun, pelajar harus membersihkan kawasan sekolah termasuk tandas sekolah kerana sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci. Amalan ini bolehdicontohi dan amalanmenjaga kebersihan dapat dididik dari bangku sekolah lagi.

Peranan masyarakat dan media massa

Pihak masyarakat juga harus sentiasa menasihat orang ramai sekiranya menampak seseorang membuang sampah merata-rata atau tidak menjaga kebersihan tandas. Rukun tetangga atau komuniti kejiranan juga boleh menganjur kempen gotong-royong untuk membersihkan kawasan tempat tinggal. Tempat-tempat di luar rumah seperti longkang yang tersumbat dan tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan. Amalan ini dapat mengelakkan pembiakan haiwan perosak seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Amalan bergotong-royong adalah satu amalan yang terpuji menjadi kebanggaan masyarakat sejak dahulu lagi.

Di samping itu, media massa boleh memainkan peranan dalam mendidik remaja agar mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran dalam kehidupan masyarakat. Media massa haruslah memaparkan iklan tentang kesedaran terhadap kebersihan diri dan alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Peranan kerajaan

Dalam memupuk amalan nilai kebersihan, pihak kerajaan boleh memainkan peranan yang utama. Rakyat Malaysia masih ada sikap yang suka membuang sampah merata-rata dan tidak menjaga kebersihan tandas. Kilang-kilang juga sentiasa megeluarkan bahan-bahan yang kotor dan mengebabkan pencemaran sungai dan udara. Pihak kerajaan mestilah mengetatkan undang-undang supaya mendenda pihak yang telah mengotorkan alam sekitar. Pihak kerajaan juga perlu memberi nasihat dan amaran kepada orang ramai yangmembuang sampah merata-rata. Penguatkuasaan undang-undang perlulah sentiasa tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan udang-undang.

Selain itu, kerajaan juga perlu bersama-sama dengan rakyat untuk memupuk amalan menjaga kebersihan. Pemimpin negara haruslah menjadi teladan untuk menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Pihak kerajaan boleh melaksanakan kempen amalan kebersihan melalui stesen televisyen dan radio. Jika amalan yang baik berterusan dan tersemat di dalam minda rakyat, kita tidak berlu bergantung sepenuhnya kepada undang-undang.

Kesimpulan KaranganKebersihan

Sebagai kesimpulan, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kebersihan diri perlu ditingkatkan. Setiap individu perlu mendisiplinkan diri dalam aspek penjagaan kebersihan diri. Kita haruslah menjadi bangsa yang dihormati dan disanjungi tinggi dengan pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Bagi menambahkan pengetahuan orang ramai tentang hal ini, panduan tentang penjagaan kesihatan perlu disebarluaskan dan diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain. Semoga amalan kebersihan diri menjadi amalan harian dalam kehidupan kita dan semoga rakyat Malaysia mementingkan gaya hidup yang ceria dalam kehidupan seharian.

2 thoughts on “Usaha memupuk Amalan Kebersihan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *