Skip to content

Karangan Langkah Mengatasi Pencemaran Sungai

Belajar online

Sungai sentiasa dianggap sebagaitempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang. Hal ini telah menyebabkan pencemaran sungai berlaku di negara kita. Huraikan cara-cara untuk mengatasi pencemaran sungai.

Langkah-langkah untuk mengatasi Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh mengatasi pencemaran sungai.

Penambahan tong sampah

Salah satu punca berlakunya masalah pencemaran sungai ialahpengurusan sampah yang lemah. Untuk mengatasi pencemaran sungai, pihakmajlis perbandaran perlulah menambah bilangan tong sampah di tempat awam. Kekurangan tong sampah akan menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Sampah ini akandialirkan oleh air melalui longkang dan seterusnya mengalir ke sungai. Oleh itu, tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah. Selain itu, pihak yang berkenaan juga memasang perangkap sampah di tempat-tempat strategik seperti di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap supaya tidak mengalir ke sungai.

Kempen menyayangi sungai

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

Kesedaran sejakbangku sekolah

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Rakyat Malaysia amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Oleh itu, kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Pemantauanpihak berkuasa perlu ditingkatkan

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Penutup Karangan Langkah Mengatasi Pencemaran Sungai

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan. Oleh itu,masalah pencemaran sungai di negara kita haruslah ditangani dengan kerjasama daripada semua pihak. Mudah – mudahan generasi yang akan datang dapat menikmati keindahan sungai yang dianugerahkan kepada manusia.


Contoh Karangan: Punca pencemaran sungai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *