Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan
- mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya.
- memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara.
- memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya.
- meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong.
- menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.
Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara
Kesan Positif
- dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita
- dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan- mengurangkan pengangguran
- dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan, seramik, dan sebagainya.
- dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
- dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat
- dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkan imej negara di mata dunia
Kesan Negatif
- mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja
- penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang
- -contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal
- menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990
- beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit
- membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya
- masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia
Perkembangan Industri Pelancongan
- kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai- tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan
- kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong
- -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang ebrsejarah kepada pelancong