TEKNIK MEMBINA RANGKA KARANGAN

Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan. Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan . 

Adalah mustahil  dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai  teknik-teknik membuat rangka karangan.
(Masa diperuntukan 15 Minit)

Are you KOL or Blogger? Now Everyone can make money online with ACCESSTRADE! 💰
  • Baca soalan dan pilih karangan mengikut kemampuan.
  • Pastikan anda selesa dan mengetahui tentang topic karangan yang di pilih.
  • Baca soalan berulang-ulang sehinggan anda benar-benar memahami kehendak soalan.
  • Gunakan sekeping kertas putih yang dibekalkan untuk melakar Rangka Karangan yang anda pilih.
  • Mulakan rangka dengan Pendahuluan – Isi (5 – 6 Isi) – Penutup / Kesimpulan.
  • Untuk bahagian Rangka Isi, susun isi mengikut kesesuaian kepentingan. Yang lebih penting berada di atas diikuti dengan yang kurang penting.
  • Peruntukan 15 Minit untuk sesi melakar Rangka Karangan ini.

Masalah kehilangan anak senantiasa berkumandang di corong-corong radio dan menghiasi media massa kita sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah-masalah kehilangan anak daripada terus berleluasa.

Contoh Rangka Karangan :

Pendahuluan : berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat menggusarkan – tindakan   perlu diambil untuk mengatasi masalah ini

Isi-isi

peranan ibu bapa – mengawasi pergerakan anak-anak mereka – peranan sekolah – menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat – peranan taman asuhan kanak-kanak – mengambil langkah-langkah bagi menjamin

keselamatan  kanak-kanak – peranan masyarakat – bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang mencurigakan – peranan polis – mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak – penguatkuasaan undang-undang – tindakan tegas terhadap penculik dan pembunuh kanak-kanak

Penutup : semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah kehilangan kanak-kanak.

1 thought on “TEKNIK MEMBINA RANGKA KARANGAN”

  1. Kalau nak buat rangka kedua langkah langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak kanak . macam mana buat rangka karang

    Reply

Leave a Comment