Tanah runtuh (Rangka Karangan STPM)

contoh karangan

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semula jadi danaktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.

Pengenalan: Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.

Punca Tanah runtuh

1. Semulajadi

  • Jumlah taburan hujan
  • kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak
  • Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah – tanah menjadi lemah dan mudah runtuh
  • Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak

2. Struktur tanah

  • Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
  • Kadar resapan yang rendah.

3. Kecuraman dan kepanjangan cerun

  • Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.
  • Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.

Kesan aktiviti manusia

1. Pembangunan di kawasan tanah tinggi

  • Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang.
  • Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan.

2. Pembalakan tanpa kawalan

  • Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.
  • Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.

Kesan/masalah

1. Perubahan geomorfologi

  • Penimbusan tanah yang banyak ke sesuatu kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut.
  • Kerja-kerja pembersihan kawasan mengambil masa yang lama.
  • Kestabilan cerun runtuh perlu diperbaiki dengan menggunakan teknik penstabilan yang sesuai.

2. Banjir lumpur

  • Tiada pokok-pokok yang menyerap air menyebabkan aliran air secara langsung di permukaan tanah – banjir kilat.
  • Mengancam nyawa dan harta benda.

3. Kemusnahan hutan tanah tinggi

  • Pemusnahan hutan menyebabkan berlaku perubahan ekologi di kawasan tanah tinggi.
  • Memusnahkan kawasan tadahan air. – wujud pencemaran dan mengurangkan kualiti air bersih.

Kesimpulan: Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengatasi masalah kejadian tanah runtuh ini.

1 thought on “Tanah runtuh (Rangka Karangan STPM)”

  1. tolong saye…saye kene siapkan omwork pA..tajuknye PEMBANGUNAN TANAH TINGGI..shre ckit definisi,faktor,,kesan,,langkah2 kurangkan risiko kesan negatifnye…plizzzzzzzzzzzz……….

Leave a Reply

Your email address will not be published.