menulis karangan

Isi – isi Karangan – Tema kemasyarakatan

Semangat kejiranan yang semakin luntur telah menyebabkan timbulnya berbagai-bagai masalah dalam masyarakat. Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan cara-cara mengatasinya.


Faktor-faktor semangat kejiranan

  • Perubahan pola/gaya hidup/ kesibukan dengan kerjaya
  • Kemajuan dalam bidang teknologi
  • Kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan hidup berjiran/ masyarakat bersifat individualistic
  • Jurang status sosioekonomi
  • Semangat perkauman yang masih menebal

Cara-cara mengatasi

  • Ibu bapa perlu menyuburkan amalan kejiranan dalam kalangan anak-anak sejak kecil
  • Ibu bapa perlu membawa/menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kejiranan seperti aktiviti gotong-royong, kenduri-kendara
  • Masyarakat menganjurkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan di peringkat kawasan kediaman โ€“ Rukun Tetangga, Sistem Rondaan Sukarela (SRS), Rakan Cops
  • Masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat seperti tolong menolong, ziarah-menziarahi
  • Kerajaan memperbanyakkan penganjuran program kemasyarakatan peringkat kebangsaan seperti majlis rumah terbuka

langkah-langkah berkesan

Statistik di atas menunjukkan bahawa tidak kurang daripada 47 kemalangan telah dilaporkan berlaku pada setiap hari di lebuh raya tidak termasuk jalan-jalan lain. Selaku rakyat yang prihatin, cadangkan langkah-langkah berkesan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Cadangan anda hendaklah dihuraikan dan disertai oleh bukti yang kukuh.

  • Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas lagi
  • Pihak kerajaan perlu mengetatkan syarat untuk mendapatkan lesen memandu
  • Pasukan peronda polis dan JPJ perlu membuat pemantauan secara berterusan di jalan-jalan yang berisiko berlakunya kemalangan
  • Masyarakat perlu mengubah sikap ketika memandu
  • Masyarakat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya
  • Masyarakat perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memandu
  • NGO perlu melancarkan kempen pemanduan berhemah
  • Swasta perlu memastikan supaya jelan raya sentiasa berada dalam keadaan baik

Leave a Comment